Tuesday, June 6, 2017

Hari ke 11 berniaga

Tuesday, June 6, 2017,11:17 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi

Harini merupakan hari ke 11 berniaga di bazar ramadhan. Alhamdulillah allah permudahkan segalanya. Sepanjang saya berniaga cuaca sangat bagus, tuah menyebelahi saya, hujan sebelah pagi, tengah hari mentari muncul lagi (cerah la).

Sepanjang saya berkerjaya, ini adalah kerja yang memerah kudrat saya sehabisnya, kadang terasa seperti seolah-olah tiada daya dek kepenatan tapi semangat sentiasa ada, niat mengikut sunnah rasulullah menguatkan hati. Berniaga ni bukan senang, penat, masa dengan keluarga kurang. Bagaimana orang survive ye kalau ini adalah satu-satu nya sumber pendapatan mereka? Semoga mereka beroleh ganjaran daripada Allah atas usaha yang dilakukan.

InsyaAllah saya akan berniaga hingga akhir ramadhan.

Ya Allah kuatkan lah daya dan semangatku aku dalam mencari rezeki, jangan kau leka kan aku dengan segala nikmat yang kau berikan. amin.