Wednesday, May 31, 2017

3 sebab saya berniaga bazar ramadhan

Wednesday, May 31, 2017,10:50 AM |
Assalammualaikum.

Alhamdulillah harini masuk hari ke lima berpuasa. Alhamdulillah juga sebab harini masuk hari ke lima saya berniaga di bazar ramadhan. Pertama kali berniaga, baru nak belajar.

Macam mana tahun ni saya terdetik nak berniaga? Bertahun-tahun pandang banner tapak niaga bazar, selalu nya pandang dengan pandangan sepi je. tak terlintas saya akan berniaga suatu hari nanti.

Terdetiknya hati saya kerana beberapa perkara antaranya adalah :

1. Saya ada pembantu iaitu adik saya yang baru pulang dari australia. Beliau baru beberapa hari landed di Malaysia, belum ada kerja.

2. Saya ada modal. Modal yang saya ada ni bukan lah jatuh bergolek tapi kalau ada sebarang kerugian saya masih boleh terima. Stigma orang tak pernah berniaga... "macam mana lah kalau rugi ni"? "boleh ke aku masak ni"? Tapi sejujurnya saya harap setiap hari ada untung la. (^_^)

3. Saya perlukan duit lebihan untuk simpanan nak masuk rumah baru.

Alhamdulillah, syukur sangat 5 hari berniaga ni Allah permudahkan urusan saya. Sebenarnya nak cerita banyak lagi, tapi masa tak mengizinkan.

Nanti saya story lagi ye. k babai.

Nasib si tam ni panjang sikit, boleh ler sumbat semua barang, angkat sekali arung.

Memang mendap kereta time ni.

Alhamdulillah selesai setup gerai. Abg Haq pun ada nak jual askem katanya.