Tuesday, June 6, 2017

Hari ke 11 berniaga

Tuesday, June 6, 2017,11:17 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi

Harini merupakan hari ke 11 berniaga di bazar ramadhan. Alhamdulillah allah permudahkan segalanya. Sepanjang saya berniaga cuaca sangat bagus, tuah menyebelahi saya, hujan sebelah pagi, tengah hari mentari muncul lagi (cerah la).

Sepanjang saya berkerjaya, ini adalah kerja yang memerah kudrat saya sehabisnya, kadang terasa seperti seolah-olah tiada daya dek kepenatan tapi semangat sentiasa ada, niat mengikut sunnah rasulullah menguatkan hati. Berniaga ni bukan senang, penat, masa dengan keluarga kurang. Bagaimana orang survive ye kalau ini adalah satu-satu nya sumber pendapatan mereka? Semoga mereka beroleh ganjaran daripada Allah atas usaha yang dilakukan.

InsyaAllah saya akan berniaga hingga akhir ramadhan.

Ya Allah kuatkan lah daya dan semangatku aku dalam mencari rezeki, jangan kau leka kan aku dengan segala nikmat yang kau berikan. amin.



Read More...

Saturday, June 3, 2017

Kaedah Pagar Laut Dalam Rumah

Saturday, June 3, 2017,8:00 AM |
Assalammualaikum

Harini saya nak kongsi sesuatu yang menular di laman muka buku. Ramai yang share, jadi saya letak disini supaya tak hilang dan mudah untuk saya atau sesiapa yang berminat untuk rujukan kemudian hari. Boleh diamalkan, salah satu ikhtiar kita selain mangga berbiji-biji di grill rumah. 


Read More...

Friday, June 2, 2017

Lawatan Tabika Kemas Tahun 2017

Friday, June 2, 2017,3:37 PM |
Assalammualaikum

Lawatan pelajar yang Abg Haq dan Ilman sertai. 

Bersesak-sesak, mesti panas kan sayang. Terselit gambar Abg Haq disebalik gugurlz. Nak jugak gambar. Ilman kecik sangat, dia ada tapi mesti kat belakang, jadi tak nampak la. hehehe

Mama selit satu gambar sempena Hari Guru tahun 2017. Nampak, cikgu susun, ilman paling depan. Masa ni pelajar 6 tahun ada dalam kelas.



Read More...

Thursday, June 1, 2017

Salam Ramadhan

Thursday, June 1, 2017,9:24 AM |

Assalammualaikum dan salam ramadhan buat semua. Semoga ramadhan tahun 2017 ni kita dapat buat lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Semoga allah memberkati segala urusan kita di dunia ini. 



Read More...

Makan di Muara Sungai Duyong

,8:53 AM |
Assalammualaikum

Selamat pagi semua. Di hari yang indah ni saya nak kongsi moment indah saya bersama rakan sepejabat. Di ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan JJ (bercermin mata tudung biru) selaku seponser pada hari kejadian.

Makan-makan ini adalah sempena meraikan staf yang bertukar ke daerah lain, staf yang berpencen, staf yang naik pangkat dan juga sempena nak menyambut puasa. Alhamdulillah, happy sangat hang out dengan depa-depa ni.


Sedap-sedap masakan disini


Dak hanie senyum kegembiraan dalam kelaparan tunggu sampai cukup korum baru boleh makan. 


Mana lagi ni, cepat la sikit. banyak kosi kosong lagi tu. 



Selepas makan, semua muka kegembiraan. 


Still waiting....

Maaf ler susunan gambar tidak mengikut urutan. Sekian. Wasalam
Read More...

Wednesday, May 31, 2017

3 sebab saya berniaga bazar ramadhan

Wednesday, May 31, 2017,10:50 AM |
Assalammualaikum.

Alhamdulillah harini masuk hari ke lima berpuasa. Alhamdulillah juga sebab harini masuk hari ke lima saya berniaga di bazar ramadhan. Pertama kali berniaga, baru nak belajar.

Macam mana tahun ni saya terdetik nak berniaga? Bertahun-tahun pandang banner tapak niaga bazar, selalu nya pandang dengan pandangan sepi je. tak terlintas saya akan berniaga suatu hari nanti.

Terdetiknya hati saya kerana beberapa perkara antaranya adalah :

1. Saya ada pembantu iaitu adik saya yang baru pulang dari australia. Beliau baru beberapa hari landed di Malaysia, belum ada kerja.

2. Saya ada modal. Modal yang saya ada ni bukan lah jatuh bergolek tapi kalau ada sebarang kerugian saya masih boleh terima. Stigma orang tak pernah berniaga... "macam mana lah kalau rugi ni"? "boleh ke aku masak ni"? Tapi sejujurnya saya harap setiap hari ada untung la. (^_^)

3. Saya perlukan duit lebihan untuk simpanan nak masuk rumah baru.

Alhamdulillah, syukur sangat 5 hari berniaga ni Allah permudahkan urusan saya. Sebenarnya nak cerita banyak lagi, tapi masa tak mengizinkan.

Nanti saya story lagi ye. k babai.

Nasib si tam ni panjang sikit, boleh ler sumbat semua barang, angkat sekali arung.

Memang mendap kereta time ni.

Alhamdulillah selesai setup gerai. Abg Haq pun ada nak jual askem katanya. 


Read More...

Monday, March 20, 2017

Bintik Merah Dan Berair, Chicken Pox Ke Campak

Monday, March 20, 2017,11:14 AM |

Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Mula-mula mama tengok ada 5 bintik merah kat badan Abg Haq. Ingatkan kene gigit nyamuk. Tak lama tu makin banyak. Kemudian dekat bintik merah tu ada air gelembong, mama dah rasa lain macam je. Abg haq pernah kene campak keladi masa umur setahun lebih dulu tapi xda la macam ni keadaannya. Makin lama makin banyak dan naik ke muka, kepala, tangan. Rupanya kene chicken pox. 

Beza chicken pox dengan campak adalah campak tu ruam yang banyak dekat badan diikuti dengan demam dan keadaan badan yang tidak sihat manakala chicken pox pula bintik dekat badan diikuti dengan gelembong air, air itu kuman yang menyebabkan senang merebak. Bila air di gelembong dah pecah, ia akan kering, masa proses kering tu la ia akan rasa gatal.

Kesian anak mama, harini dah masuk hari ke empat. Bawa Abg Haq ke klinik doc bagi calamine lotion dan ubat syrap tahan gatal. Semoga anak mama cepat sembuh dan tak menjangkiti Ilman dan Ali ye.

 Hari ke tiga kene chiken pox.


Doc kata minum lebih air suam dan jangan berjalan-jalan, duduk je dekat rumah. Jauhkan daripada adik-adik sebab penyakit ini berjangkit. Iktiar mama pula, beli air kelapa dan pantang makan. Makan lauk ikan dan sayur sahaja, ayam ke makanan laut ke semua tak boleh. Baju kene basuh asing dan Abg haq tak boleh berpeluh-peluh sangat sebab bila berpeluh, bintik merah cepat merebak. 


Read More...

Saturday, March 18, 2017

Nukilan untuk anak mama

Saturday, March 18, 2017,8:00 AM |
Bismillahirahmannirahim

Khas untuk anak-anak mama

Muhammad Haq Uqasha bin Mohd Fairuz
Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz
Muhammad Ali Baihaqi bin Mohd Fairuz

Anak,
Bumi Allah ini besar,
Bumi Allah ini luas,
Kamu teroka lah anak,
Walau banyak cubaan,
Walau banyak dugaan, 
Walau banyak ujian,
Namun, 
Allah lebih dari segala-galanya.

Anak,
Kamu ketenganan mama,
Kamu pembelajaran buat mama,
Kamu suka duka mama,
Kamu syurga dunia mama,
Kamu aset akhirat mama.

Anak,
Gembiralah kamu tika kecil,
Bahagialah kamu tika dewasa
Damailah kamu tika berusia. 

Anak,
Jadi lah sebaik-baik khalifah,
Jadi lah sebaik-baik hambaNya,
Moga Allah beri kamu bahagia,
Restu sentiasa mengiringi kamu semua.



Read More...

Friday, March 17, 2017

Ali Baihaqi

Friday, March 17, 2017,8:00 AM |
MUHAMMAD ALI BAIHAQI BIN MOHD FAIRUZ
25 APRIL 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi. Dengan sengaja mengupload gambar cahaya mata, buah hati pengarang jantung saya yang ke tiga ini. Alhamdulillah membesar dengan sihat bagai johan. Semoga Allah permudahkan mama untuk membesarkan anak-anak mama semua agar kamu semua jadi khalifah dibumi Allah ini. 















Read More...

Thursday, March 16, 2017

Setelah Batuk 4 Hari Ali Baihaqi sah kene Bronchial Pneumonia

Thursday, March 16, 2017,10:15 AM |
BRONCHIAL PNEUMONIA
16 JAN 2017
MUHAMMAD ALI BAIHAQI BIN MOHD FAIRUZ
8 BULAN 22 HARI


Semoga anak mama Muhammad Ali Baihaqi cepat sembuh. Naik ambulan kemudian terus ke bahagian kecemasan zon merah di Hospital Melaka. Risau betul mama, alhamdulillah setelah xray dan pemeriksaan daripada doktor pakar kanak-kanak, mereka kata jangan risau. Ali cuma ada jangkitan di paru-paru (pneumonia). 

Pertama kali masuk ke zon merah seumur hidup mama membuatkan mama merasakan keinsafan di dalam diri ini. Kesihatan yang baik adalah benda yang paling bernilai dalam hidup. Ya Allah berikan aku, ibu bapaku, suamiku dan keturunanku kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan dengan baik. Berikan kami nikmat syukur kepada mu Ya Allah. Mama betul-betul merasa kerdil dan tak berdaya tengok pesakit di Zon Merah ini. Semoga Allah permudahkan urusan mereka. 


Hari ke tiga Ali mula aktif semula (gambar kat atas). Tidak seperti hari pertama dan kedua, Ali bangun untuk susu, makan, ambik gas selebihnya ali tidur. Sampaikan mama risau, kenapa Ali tidur je misi? Misi kata takpe kak, dia penat tu, biar dia berehat. Mama rindu anak mama yang aktif tika ini. Moga Ali kuat ye sayang. 


Tika ini Ali dah nak main semula. Bagi mainan dibelek-beleknya, ketawa-ketawa dengan mama, abang-abang datang pun Ali suka main. Abang Haq dan Abang Ziqri tidak datang hari-hari sebab mereka suka bising dan berlari-lari, mungkin abang ingin sini palyground kot. Mereka akan datang 2 hari sekali. Tika ini Ali diberi gas 4 jam sekali dengan 2 kali pam. Tidak seperti sebelum ni, 2 jam sekali dengan 6 kali pam. 


Ali nak keluar ni. Alhamdulillah beransur pulih anak mama ni. 6 hari di Hospital. Kita bagi laluan anak-anak yang lain. Kat Hospital Melaka ni selalu penuh dan katil asyik tak cukup je. Ramai juga yang kene pneumonia macam Ali. Kesian anak-anak kecil, moga cepat sembuh ye sayang-sayang semua. 



Read More...

Wednesday, February 8, 2017

Petua atasi eczema

Wednesday, February 8, 2017,8:00 AM |
Assalammualaikum

Harini saya nak kongsikan salah satu testimoni daripaga pengguna minyak ikan shaklee.


ibu-ibu yang mana anaknya ada eczema boleh cuba menggunakan Omega Guard a.k.a Minyak Ikan Shaklee ini. InsyaAllah boleh nampak perubahan ketara.

Selain daripada eczema, anak-anak yang ada lelah pun boleh. Selain itu, Omega Guard ini bagus untuk perkembangan minda anak-anak sebab ada DHA, AHA dan sebagainya.

Klik sini --> Faedah Omega Guard

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 
019-6609951
Read More...

Tuesday, February 7, 2017

Homestay di Klebang Melaka

Tuesday, February 7, 2017,8:00 AM |
Assalammualaikum

Harini saya ingin memperkenalkan salah satu homestay yang berada di Melaka iaitu :

D'pinang Homestay Melaka


Sekiranya anda tercari-cari homestay di Melaka, boleh cuba menginap di D'pinang Homestay Melaka. D'pinang Homestay ini terletak berhampiran dengan Pantai Klebang (+/- 1 km) dan Pantai Puteri/Tanjung Keling (+/- 3km). 

D'pinang Homestay merupakan sebuah rumah teres 3 bilik yang terletak betul-betul di tepi jalan besar. Ini adalah sangat memudahkan untuk  guest keluar dan masuk. 


Kadar harga :

RM200 - Hari biasa (Ahad hingga Khamis)
RM220 - Hari minggu / Jumaat - Sabtu / Perayaan / Cuti sekolah

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor tertera.

019-6609951
019-4212782
012-7454751

atau boleh layari laman web dpinanghomestay.blogspot.my

Read More...

Monday, February 6, 2017

Selamat Datang Tahun 2017

Monday, February 6, 2017,11:42 AM |
Assalammualaikum.

Selamat Datang 2017. Dari hari ke hari mood untuk mengupdate blog semakin ke laut China Selatan. Tah bila lah nak aktif seperti dulu. Seronok bila baca semula post-post saya yang lama. Tak sangka banyak juga yang saya share melalui blog ni ye. Harap-harap apa yang saya share tu boleh membantu pembaca-pembaca yang mencari solusi melalui en. google. 

Saya harap sangat tahun ni saya aktif menulis kembali. penulisan ni adakalanya menghilangkan stress selain daripada shopping. hehehe. 

sekian sahaja catitan pendek daripada saya. 
wasalam. 
Read More...