Monday, March 30, 2015

Mesyuarat Agung Tabika Kemas Bertam Malim B

Monday, March 30, 2015,1:26 PM |
Hujung minggu haritu saya dan suami terpaksa rela pergi kalau tak Abg Haq akan menangis seharian. Abg Haq: Mama, cikgu suruh datang sekolah. 
Mama : kalau tak pergi boleh tak? 
Abg Haq : ala... (muka nak nangis)
Jadi , terpaksalah mama pergi.


Ilman pun ikut sekali. Memang bising la suara Ilman, siap menyanyi-nyanyi lagi. Yang paling best, si bijak mama ni mengopek apa yang cikgu tampal kat dinding, puas la ayah melayannya. Ilman kopek ayah tampal, ilman kopek ayah tampal, kene marah, menangis bapak kuat. hihihi.

Abg Haq ada kat dalam bilik mengala, ada pertandingan mewarna tapi macam biasa Abg Haq tak menang. hihihi Oleh sebab yang datang setakat 8 Orang ibu/bapa maka kami saumi isteri dengan automatiknya terpilih untuk menjadi AJK. Tak kisah la, kalau ada masa kita turun, Insya Allah. 

Bila ditengok takwim, KEMAS ni memang banyak aktivi la, bagus juga, mengeratkan hubungan ibu bapa dengan cikgu dan ibu bapa kanak-kanak lain. Nantikan aktiviti Tabika Kemas pada entry-entry seterusnya okey. wasalam.

Read More...

Monday, March 23, 2015

Cara terbaik memutihkan ketiak hitam

Monday, March 23, 2015,2:13 PM |
Masalah sy sejak dulu ialah gelap di celah ketiak, peha dan lutut. Mmg gelap sampaikan dulu2 rasa risau nak kawin:P. Sebut je apa krim / scrub / masker mandian semua dah cuba rasanya. Tapi x terjejas pun. Masa nak bersalin mmg paling nightmare..malu kat doktor weh!!

Sy makan ESP sebnaranya bukan sebab masalah ni, malah tak pernah terfikir pun. Tapi selepas sy konsisten makan selama 2 bulan, tiba2 sy perasan ketiak, celah peha n lutut sy dah cerah!! Taklah putih melepak licin tp jauh lebih cerah dari biasa..ye lah baru 2 bulan pun konsisten. Sblm ni makan jugak tapi sy main selang seli ikut suka aje. Kebaikan lain memang banyak tp yang ni mmg saya sgt2 teruja. Akhirnya masalah besar kulit saya dah berhasil! Sy cadang nak tambahkan lg dengan scrub di luar so that proses nya makin cepat. Yelah..kulit mati tu diganti sel baru kesan dari protein dari ESP..kemuadian dari luar blh sental buang sel2 tu guna scrub.

Gambar hiasan aje ye..takkan nak snap gambar ketiak hitam kan..hilang selera ko! Ni gambar sasaran tahun 2015..KETIAK PUTIH MELEPAK..


hahaha, memang seronok baca kisah ni, salah satu dari beribu perkongsian pengguna ESP. Yang ni paling saya tertarik, lepasni saya pun nak konsisten ambik ESP juga lah. 

Masalah ketiak hitam, bahagian celah-celah hitam memang memalukan sebagai seorang perempuan kan, biasa kat luar tu memang sental pakai scrub je tapi dari dalam bagaimana, dengan ESP la, sebab ESP adalah protein. Protein tu membentuk sel-sel baru, jadi kalau nak kulit cantik, ambil lah ESP secara konsistan kerana ESP mempunyai protein yang berkualiti tinggi dan diuji secara klinikal serta non-Gmo serta mempunyai 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. 

Untuk maklumat lanjut boleh je hubungi Hanie di 019-6609951 (Wasep/telegram/SMS)

Anda juga boleh beli ESP secara online dengan mudah hanya klik ->  ESP

Read More...

Wednesday, March 18, 2015

Bagaimana Ilman memperngaruhi Abg Haq untuk makan pedas

Wednesday, March 18, 2015,1:22 PM |
Asal merah je dah tak nak, padahal kalau spegeti tu merah je lebih bukan pedas pun kan. Itu lah situasi yang dialami oleh Abg Haq, anak sulung saya. Kini Abg Haq dah sekolah. Tajuk entry kali ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini, Tips ajar anak makan pedas.

Biasanya saya akan puji anak-anak tak kisah lah dieorang buat benda seperti kemas mainan ke atau lap air tumpah ke, "pandainya kemas mainan sayang mama ni, baiknya sayang mama tolong lap air tumpah". Bila puji salah sorang, sorang lagi macam excited nak buat juga supaya dapat pujian. Begitulah, saya tak pasti anak orang lain bagaimana pula situasinya.

Jadi dengan usia Abg Haq yang kini masuk 3 tahun 6 bulan (betul tak aku kira ni) perasaan tak nak kalah tu memang sentiasa ada, lebih-lebih lagi dengan Ilman, memang Abg Haq suka nak menang, nak no. 1 dalam apa-apa hal. Kalau mama puji Ilman, kadang-kadang jeling je dari jauh, nak tengok apa yang Ilman buat tu sampai mama puji.



Jadi dengan usianya begini, saya selalu puji Ilman bila suap makan pedas, Ilman tak luek balik. "Pandai anak mama makan pedas, Ilman kuat, Ilman dah besar" Abg Haq kalau dengar mama puji Ilman macam tu, dia terus cakap "abg nak juga", padahal dulu memang bangkang habis pedas-pedas ni. hihihi. Jadi, nampak tak bagaimana taktiknya mama nak buat supaya Abg Haq terpengaruh untuk makan pedas. Alhamdulillah sekarang dah boleh la makan pedas sikit-sikit. 


Read More...

Thursday, March 12, 2015

Kelebihan kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten

Thursday, March 12, 2015,4:14 AM |
Saya adalah pengemar kepada ESP. Apa yang membuatkan saya jatuh cinta adalah sebab ia membantu saya untuk alas perut ketika saya sedang sibuk. Mula-mula untuk alas perut, lepas tu rasa kulit macam best je kan. Senang cerita anda cuba baru tahu,. hihihihi  Harini saya nak kongsi apa kelebihan kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten.

1. Mengekalkan awet muda kerana asid amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50 ribu jenis protein dalam badan, 20ribu jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.

2. ESP mengandungi hormon berasaskan tumbuhan semulajadi. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavoid. Isoflavoid membantu dalam mengurangkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan mencegah penyakit jantung.

3. ESP membantu memulihkan fungsi prostat lelaki. Genistin dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada  merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat dan keupayaan seksual lelaki terpelihara.
4. ESP mencantikan dan menganjalkan kulit. Esp merangsang regenerasi kulit, otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

5. Memulihkan pigmentasi. ESP membantu melanbatkan proses uban, membantu mengurangkan rambut gugur, menyelesaikan masalah rambut, pigmentasi dan jeragat.

6. ESP memberi tenaga segera. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. Oleh itu, ia memulihkan keletihan, migrain, insomia dan tekanan serta gejala yang berkaitan seperti kebingungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

7. ESP membantu menguatkan memori, ia adalah kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yang cukup.

Protein ESP  yang bermutu tinggi pasti berbeza dari soya-soya yang ada dipasaran. Ramai yang telah mencuba ESP ini dan jatuh cinta. Sekiranya anda pula ingin mencuba,Boleh hubungi saya di 019-6609951 (wasap/sms) untuk maklumat lanjut.

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan pos keseluruh Malaysia.


Read More...

Tuesday, March 10, 2015

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Tuesday, March 10, 2015,7:00 AM |
Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah. 

Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.  

Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat.

1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih. 
   
2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam atau sotong). Saya suka siap cincang, potong-potong, nanti nak masak terus masuk je.


3. Cili dah siap blender, jangan bubuh air banyak masa blender, bila kurang air, jimat masa menumis. Boleh mesin untuk masak dua minggu, asingkan 2 bekas, seminggu masuk kat chiller, seminggu masuk kat frezeer. Untuk elak cili berbau dan berlendir kalau lama sangat dalam chiller tapi kalau yang tempat chiller nya memang cukup sejuk, itu boleh la letak. Saya tak pasti boleh guna tak cili yang dah blender dalam tempoh yang lagi lama contohnya sebulan ke sebab yang biasa mak saya buat adalah 2 minggu.

4. Kalau nak perap ayam atau ikan, boleh siap-siap gaulkan rempah dan simpan dalam bekas dan letak dalam chiller. 

5. Gunakan bekas yang mudah dilihat dari luar (transparent) supaya mudah nak tengok apa benda dalam bekas tu.

Itulah 5 tips masak dengan cepat untuk sediakan lauk dalam masa seminggu. Ada lagi satu, lagi best, contoh kalau masak asam pedas, bila kita dah siap-siap tumis bawang cili semua sebelum masuk ikan, asingkan dulu kuah, jadi bila lain kali kita nak makan asam pedas, keluarkan kuah dari frezeer, cairkan terus masuk ikan. waaaa... sangat senang kan.

Al-kisah bagaimana saya dapat tips ni, mak saya yang ajar. Dulu masa duduk Sarawak, kawan-kawan ayah suka suruh mak masakkan kuah asam pedas sebelum mereka pergi memancing di tengah lautan, jadi bila dapat tangkap ikan, siap basuh semua masukkan je dalam kuah asam pedas tu. Haaaaa, sedapkan makan ikan fresh atas kapal. Begitu lah kisahnya.

Banyak lagi nak kongsi tapi lain kali lah, kita tulis entry lain. Teruskan melawat ke blog saya ni, InsyaAllah saya akan penuhi dengan cerita best. Wasalam.

Untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh hubungi saya di 019-6609951. Saya adalah pengedar sah shaklee ID 866973 yang berada di Melaka, pos ke seluruh malaysia. bye bye
Read More...

Monday, March 9, 2015

Vitamin untuk anak supaya antibodi lebih kuat dan tak mudah berjangkit

Monday, March 9, 2015,3:44 PM |
Alhamdulillah sejak Abg Haq bersekolah, kesihatan Abg Haq dah bertambah baik, kalau Ilman demam ke batuk ke Abg Haq tak berjangkit pun, ada sekali tu mama yang demam, risau juga dengan Abg Haq nanti demam, susah lah dia nak ke sekolah tapi Ya Allah syukur, antibodi Abg Haq kuat dan tak berjangkit pun dengan saya.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Saya memang beri Abg Haq vitamin untuk kanak-kanak iaitu Mealshake, chewable vita c dan Omega Guard. Mealshake tu saya dah siap-siap bancuh dalam bekas susu, jadi senang lah buat susu macam biasa je, dan Chewable vita C dan Omega Guard saya bagi selang-selang. Kalau harini makan Chewable vita C, esok makan Omega Guard plak, nak jimat kan tapi nak sihat juga. Aci tak? hihihihi Kalau Abg Haq demam pasti dia dapat makan Chewable vita C lebih sebab vitamin C boleh meningkatkan sistem pertahanan badan kita.

Sejak-sejak Vita-lea for children buat comeback, setelah setahun lebih menyepi, apabila keluar balik, saya pun macam biasa teruja nak beli, nak bagi pada ilman sebab Ilman tak suka masam, so memang tak sangka rasanya ngam-ngam dengan apa yang Ilman suka. Memang kene sorok lah Vita-lea for children ni, kalau nampak je tapi tak bagi Ilman boleh jadi helikopter berpusing atas lantai. hihihihi

Abg Haq pun tak ketinggalan lah makan Vita-lea for Children ni, memang suka, Abg Haq pagilnya 'tamin skolah' sebab mungkin dia perasan asal nak ke sekolah je makan vita-lea for children ni. So dapat lah nama manja 'tamin skolah'. 

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka, kalau berminat nak COD boleh hubungi saya 019-6609951 atau Pos di luar Melaka dan keseluruh Malaysia.


Read More...

Thursday, March 5, 2015

Waktu terbaik buat ujian pap smear

Thursday, March 5, 2015,4:58 PM |
Apa itu Pap Smear? wallahualambisawab. Tak tau la saya. Hihihi.. Minggu lepas misi datang rumah sebab nak tanya kenapa tak datang klinik bawa ilman cek up. Jawapannya saya terlupa lah misi. So misi suruh datang dan pastu siasat saya punya period bila lepas tu pesan untuk buat pap smear.. emm.. saya pun kata ok misi. Saya tau itu satu ujian tapi tak tahu untuk apa? 


Jadi dengan kemudahan harini kita boleh tanya en.google. Apa itu Pap Smear? Pap Smear adalah satu ujian yang dilakukan untuk memeriksa kesihatan servik (bahagian pangkal/bawah rahim yang bersambung dengan vagina). Tujuannya adalah untuk mengesan kehadiran sel servik yang luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.

Alkisah ke klinik cek up ilman yang berusia 1 tahun 4 bulan 20 hari. Berat 8.4 kilo tinggi 74cm kot. Alhamdulillah dah keluar dari graf kuning.. yeahhh..

Saya pun cakap "haritu misi nama Mazwin tu suruh buat Pap Smear, boleh buat ke arini?"
Awak datang esok, arini sibuk. Waahh, macam saya ni bos pula kan boleh sesuka hati datang klinik selalu. Lepas tu misi tanya tau ke nak kira waktu yang sesuai buat Pap Smear ni, mmg tak tahu lah kan.. Jadi waktu yang sesuai adalah pada hari ke 10 hingga ke 14 period. Kira mula dari hari pertama datang period (bukan dari habis period). 

Sekiranya nak tau lebih lanjut boleh lawati laman web myservik.gov.my. Semoga info ini berguna kepada semua. Sekian, wasalam.

JOM KLIKS!!!!!!


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.
Read More...

Tuesday, March 3, 2015

3 Tips waktu terbaik untuk nasihat anak mengikut cara Rasulullah s.a.w

Tuesday, March 3, 2015,1:51 PM |
Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakannya. Betul kata pepatah yang sering kita dengar dan sememangnya terbukti kita sebagai ibu bapa, orang-orang yang selalu ada bersama anak-anak, Kita dijadikan contoh kepada anak-anak, kalau baik, InsyaAllah baik anak begitu juga sebaliknya. 

Teringat masa Abg Haq kecil, bila saya tension yang tak terkawal, saya tak lah nak menjerit-jerit macam kene histeria pada anak, tapi cara saya akan jerit pada diri sendiri, gengam kedua belah tangan lepastu letak kat kepala sambil cakap eeeeeee.... lepas dua tiga hari, abg haq buat benda yang sama saya buat, bila dia geram, dia akan buat seperti yang saya buat. haaaa tak ke bahaya jadiknya. 

Kredit pic to sinar harian

Harini saya nak kongsikan 3 tips waktu yang terbaik untuk nasihat anak mengikut cara Rasulullah s.a.w. Tips ini saya dapat dari program Bengkel Ibubapa anjuran KEMAS pada 1 Mac 2015 haritu. Ceramahnya disampaikan oleh PU Fakhrul. Memang seronok dan cara penyampaian PU Fakhrul memang menarik perhatian hadirin yang datang. Banyak doa-doa yang bagus serta tips berguna yang dikongsikan oleh PU tersebut. Antaranya adalah tips waktu terbaik untuk bagi nasihat kepada anak-anak.

1. Sewaktu anak sakit
2. Sewaktu makan
3. Sewaktu keluar/dalam kenderaan

Memang mudahkan tapi kita tak tahu, itu yang terjadi anak bosan mak membebel sepanjang masa tapi tak terkesan di minda dan tak lekat di hati.. hihihi pasni kene banyak belajar lagi mengenai sunnah Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak-anak ni. 

PU Fakhrul berpesan melentur buluh biar lah dari rebungnya. Semasa anak kecil, didik anak dengan banyakkan cerita kat anak mengenai Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Pejuang-pejuang islam yang hebat, ceritakan, biar anak-anak kagum dengan sejarah islam. Terdetik kat hati saya, betapa jahilnya saya sebagai ibu mengenai kisah-kisah pejuang islam, kalau ultramen ke gaban ke saya tahu la. Lepas ni kene banyak-banyak belajar, moga Allah beri saya kesempatan masa untuk meneroka lebih banyak mengenai sejarah itu agar dapat dikongsikan kepada anak-anak. 

Banyak sebenarnya nak cerita ni tapi masa tak mengizinkan. Saya akan update lagi mengenai apa yang PU Fakhrul kongsikan pada Bengkel Ibubapa di entry seterusnya. wasalam.

Hanie
ID 866973
019-6609951

JOM KLIK !!!!!!!

Read More...

Monday, March 2, 2015

Pengedar sah shaklee di Melaka, promosi Mac 2015

Monday, March 2, 2015,2:37 PM |
PROMOSI MAC 2015

ESP 
BELI 6 PERCUMA 1 ATAU BELI 2 GET 5% OFF

ZINC & VITALEA FOR CHILDREN
BELI 3 PERCUMA 1





penangan esp kepada wanita
resepi minuman kegemaran saya ESP
Vitamin untuk kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi hanie di 019-6609951 atau email di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan pos ke seluruh Malaysia
Read More...

Sunday, March 1, 2015

Majlis Bacaan Yassin Tabika Kemas Bertam Malim

Sunday, March 1, 2015,5:23 PM |
Alhamdulillah saya diberi kelapangan masa untuk hadir ke majlis bacaan yasin Tabika Kemas Bertam Malim yang diadakan di Tabika Kemas Bertam Malim A bersebelahan Majlis Kg. Bertam Malim. Dalam Majlis ini dibuat bersekali dengan Tabika Kemas Bertam Malim B (sekolah Abg Haq). Ibu bapa dijemput hadir.

Walaupun begitu, kehadiran gabungan kedua-dua tabika ini tidak lah memberangsangkan. Nasib baik la dijemput sekali orang-orang masjid sebelah, terasa lah ramai sikit. Kalau tak, ada lah 7, 8 ketol manusia. Hihihihi.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan ataupun terlupa.

Majlis bacaan yasin ini berlangsung selepas magrib (27hb feb), jadi saya ambil kesempatan untuk solat di Masjid bersebelahan dengan Tabika tersebut.

Abg haq cukup teruja jumpa kawan-kawan, bermain kejar-kejar sampai songkok baju basah akibat peluh. 3 orang yang aktif dan bising tu rasanya bagai 10 orang plak yang bermain. Sesekali Abg Haq masuk ke dalam tabika jengah mama ada ke tak lepas tu sambung main lagi pastu jengah lagi..  hihihi risau mama balik tingalkan dia lah tu.

Makanan yang dihidangkan sedap dan saya yang dah makan kat rumah pun makan lagi. Cuma Abg Haq makan 2 suap je dah kenyang, sebenarnya Abg Haq leka nak bermain dengan kawan-kawan.


Read More...