Thursday, January 29, 2015

Ibu mengandung kene anemia sampai masuk wad, masyaAllah

Thursday, January 29, 2015,7:30 AM |
Sangat sinonim rasanya anemia dan kehamilan ini kerana anemia merupakan salah satu komplikasi yang boleh terjadi dan sering terjadi semasa mengandung. Anemia ini terjadi apabila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting kerana dia lah yang bawa masuk oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan.

Cara nak tambah sel2 darah merah? Dengan zat besi. Malang sekali, kebanyakan ibu mengandung ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan extra badan (sebab dah ada baby). Bertambah teruk lagi kalau dah kena morning sickness & selalu muntah-muntah. Kalau betul-betul serius, memang kena masuk wad.

Bukan nak menakutkan ibu-ibu yang nak mengandung ni ye tapi sekadar memberi pengetahuan. Jangan risau sebab setiap perkembangan ibu mengandung akan dipantau oleh nurse semasa kita buat check up nanti.  Nurse akan pantau nilai HB ibu. 

Kisah Master Aya Chalo (kena warded) degil adan tak mahu dengar nasihat kak Lin Chalo dia. Jom tengok sendiri cerita adik beradik ni dalam video di bawah.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Klik sini untuk terang dan jelas mengenai anemia dan Testimoni ibu hamil yang ada anemia

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut megenai ibu mengandung dan anemia boleh hubungi saya secara personal, InsyaAllah ibu yang beranak 2 ini boleh membantu. Dari pengalaman kita belajar, maka lebih berfaedah dikongsi bersama ye tak. hihihi

Hanie
019-6609951
ID 866973
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Wednesday, January 28, 2015

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan, ilman sayang

Wednesday, January 28, 2015,1:49 AM |
Alhamdulillah, Ilman nak masuk 1 tahun 3 bulan, kejap je rasanya kan, teringat-ingat lagi proses meneran nak keluarkan Ilman, cewahhh. Perkembangan Ilman sangat bagus setakat ini, dia boleh berlari walaupun tak stabil, suka main bola, gigi dah banyak dan geraham pun ada yang dah tumbuh, sangat suka makan, yang paling best Ilman makan pedas tau, kelass lah anak mama ni, mama tak manjakan Ilman sangat bab-bab makan ni, tak seperti Abg Haq, anak sulong kan, risau je kalau bagi makan bukan-bukan atau pedas ni, kot-kot lah perut tak tahan ke tapi Ilman, mama berjaya, alhamdulillah lah tak meragam perut Ilman. waaa wajar buat satu entry ni pasal melatih anak makan pedas. hihihi. 

Gambar terbaru Ilman tengah tidur, Ya Allah suci nya muka Ilman, tenang, mendamaikan hati mama

Ilman semakin besar semakin panjang akalnya, asal Abg Haq peluk mama nak bermanja dengan mama dia kata lah nak syusyu, hahaha mama dah tau taktik Ilman, pandai ek. Lepas tu Ilman dah pandai berebut dengan Abg Haq, pandai nak kacau-kacau Abg Haq, kadang-kadang saje je dia sikat rambut die pastu sikat rambut Abg Haq, dah goboh rambut Abg Haq yang sikat ke tepi tu. Mengamok lah Abg Haq tengok rambut dah tak cantik. 



Seronok update kisah anak-anak kat blog ni, pukol 12 malam terasa macam pukol 8 malam pula kan, terang je mata, hihihi, pasni InsyaAllah akan menyusul kisah-kisah menarik mereka lagi. 

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan Pos ke seluruh Malaysia. Berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin shaklee boleh terus hubungi saya wasap2 pun boleh di 019-6609951. Follow la blog saya nanti saya kembali ke blog anda. hihihihi. adiossss, wasalam 

Read More...

Friday, January 23, 2015

Muka buruk, Chicken Pox halang wanita jadi supercantik dimata suami

Friday, January 23, 2015,10:27 PM |
Saya kene chicken pox waktu masa anak remaja, tapi tak ingat lah masa tu form berapa, tapi syukur sangat tak dah lah kesan-kesan parut kat muka ke kat badan ke cuma masa kene 'campak' dulu masih ada kesan kat kaki sebesar duit 5sen. Alhamdulillah lah sangat sebab itu satu je.

  Al-kisah seorang sahabat ini kene chicken pox masa dah dewasa, so kesan tu memang susah lah nak hilang, keyakinan diri pun kurang. Nak jadi supercantik dimata suami pun, macam tak comfiden. Paling teruk sekali kat muka, masyaAllah memang teruk lah, berbintik-bintik muka. bila dah fedup!!!!!!!...... 

Ok jom teruskan mengikuti kisah wanita supercantik dan Chicken Pox ini dengan mengikuti video pendek kat bawah ni, memang tak rugi apa pun, yang pasti wanita itu dah cantik dan yang paling penting dapat jadi wanita supercantik di mata dan hati suami.



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

Set Chicken Pox yang wanita ini ambil ialah SET D Plus (Vitamin C, E b complex, ESP) dan GLA. Waaa.. ni semua set nak cantik kan kulit ni, memang best lah kesan nya. Saya dulu pun jatuh cinta dengan shaklee dengan makan set cantik a.k.a set D ni tau. Memang memuaskan hati. Kalau percaya sila cuba yek.

Hanie
ID 866973
019-6609951

Pengedar sah Shaklee di Melaka
POS ke seluruh Malaysia
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Thursday, January 22, 2015

Pengalaman pertama Abg Haq di Tabika Kemas

Thursday, January 22, 2015,1:55 PM |
Terlewat sudah mama nak buat entry untuk hari pertama Abg Haq ke sekolah. Kalau nak ikutkan harini ni dah 9 hari Abg Haq pergi ke tabika kemas ni. Tapi takpe lah sebagai kenangan untuk hari pertama anak mama ke sekolah.


Ini adalah dipagi hari pertama Abg Haq untuk ke tabika kemas. Nampak sungguh teruja.
Masa hantar Abg Haq, alhamdulillah abg haq tak menangis walaupun ada jemaah menangis beramai-ramai kat situ. Lepas mama hantar Abg Haq pastu mama tinjau kat tingkap tengok Abg Haq duduk bersandar kat dinding diam-diam, terus je mama balik rumah. Firasat mama mengatakan Abg Haq anak berani, mesti tak menangis punya. Mama ambik cuti hari ni kot-kot nak pergi sekodeng Abg Haq kat sekolah tapi dek kesibukkan kerja rumah tak sempat sungguh nak menjengah Abg Haq kat sekolah. Waktu balik sekolah baru lah pergi jemput Abg Haq.


Cikgu kata Abg Haq walaupum budak 4 tahun (3 tahun 4 bulan) tapi berani dan aktif. Waaaa.. kelasss anak mama.. alhamdulillah perkembangan Abg Haq sangat memuaskan hati mama.


Nanti mama sambung lagi cerita Abg Haq yek. Ada hot story, Abg Haq dah pandai cakap bukan-bukan, ya Allah baru 9 hari kot. 

Read More...

Wednesday, January 21, 2015

Serik dan fobia berpantang, banyak masalah semasa berpantang, jom atasinya dengan Set Berpantang Shaklee

Wednesday, January 21, 2015,4:06 AM |
Masa anak sulung saya hadapi masalah takut untuk buang air besar dan memang dari bersalin sampai hari ke 4 saya tak buang air besar. Bila masuk toilet pula memang lama. Ya Allah memang fobia benau la saya dengan sembelit ini. Kedua nya saya lebih banyak duduk tengok tv (kurang bergerak) kerana luka lambat sembuh. Ketiganya badan saya letih sampai ada buat shif dengan mama untuk jaga baby sebab baby tak nak tidur malam. 




Tapi alhamdulillah saya berpantang dengan set berpantang shaklee segala masalah yang saya hadapi semasa berpantang anak sulung tidak terjadi lagi kepada saya ketika anak kedua. Syukur sangat. 

Jom lihat video testimoni set berpantang shaklee ini. Pasti anda teruja nak berpantang lagi!!!


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

Sekiranya anda nak tahu vitamin mana lagi yang boleh membantu perjalanan berpantang anda berjalan dengan lancar boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Banyak cerita yang boleh kita kongsikan bersama.

Amalan berpantang masyarakat melayu

ID 866973 (Hanie)
WhatApps /SMS : 019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Thursday, January 8, 2015

Vita-lea for children adalah multivitamin untuk anak lebih cergas

Thursday, January 8, 2015,2:59 PM |
Alhamdulillah vita-lea untuk kanak-kanak telah kembali ada di dalam pasaran. Sebelum ni selama hampir setahun lebih menyepi. Kini bakal mengegarkan dunia vitamin anak-anak kecil kita. cewah. Bagi saya, dengan keluarnya vita-lea untuk kanak-kanak ini sangatlah bertepatan dengan usia anak saya yang mencecah setahun 4 bulan. Sangat sesaui untuk anak saya iaitu Ilman ambil vita-lae untuk kanak-kanak ini. 

Berikut adalah info vita-lea untuk kanak-kanak. Memang sangat bagus, lengkap dan sesuai untuk dijadikan makanan tambahan bagi anak kecil kita. 





Bagi yang berminat untuk mendapatkan vita-lea untuk kanak-kanak ini boleh hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut. Nantikan testimoni daripada anak saya, Ilman. Ilman tak suka Chewable vit c sebab masam tapi sangat suka dengan Omega Guard shaklee. Nantikan apa reaksi die er.. tunguuuuuu...

Read More...

Monday, January 5, 2015

Apa yang sebenarnya pihak shaklee ni buat?

Monday, January 5, 2015,1:28 PM |
Tak tahu la apa gila pihak shaklee buat permulaan tahun 2015 ini. Tengok promosi gila-gila untuk januari ini. Sampai 3 produk, mungkin kah ini salah satu strategi nya untuk tarik pengguna untuk beli lebih-lebih waktu promosi ini? Jawapannya YA sebab saya pun suka beli bila ada promosi ni. hihihi. 

Produk yang dipromosikan adalah seperti gambar dibawah ini iaitu Vitalea (comeback setelah lama menyepi), alfalfa dan vivix.


Vitamin promosi ini tak boleh beli online kecuali ahli, jadi kalau nak konteklah saya k. Tapi vitamin lain boleh order online klik sini. Do it Your Self, buy now!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan promosi gila shaklee ini jom hubungi saya WhatApps/ SMS di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Yuran Tabika Kemas Tahun 2015

,1:16 PM |
Sambungan untuk entry sebelum ini. abg haq sekolah di tadika kemas melaka

Kami terima mesej dari teacher lynn yang berbunyi ini : 

Assalamualaikum..sukacita dijemput tuan/puan hadir pada Majlis Orientasi Tabika KEMAS Bertam Malim B, 2/1/15(jumaat) mulai jam 10pagi. Pendaftaran akan bermula pada jam 9 pagi. Pakaian anak2 tuan/puan adalah bebas.Pembayaran adalah seperti berikut :-Yuran wajib :-Pendaftaran = RM10.00Yuran JAN = RM20.00Baju Sukan = RM25.00 Insurans = RM5.00Yuran Tambahan =Baju Korporat = RM20.00Alat tulis = RM5.00Buku Latihan = RM15.00*yuran tambahan boleh dibayar pada bulan FEB.(uniform tabika KEMAS hendaklah dibeli oleh tuan/puan berikutan tiada lagi keluaran oleh pihak koperasi jabatan. Uniform boleh didapati di Kedai Bee Loon,pasaraya TENTEN, Khelass Bunga Raya)Bayaran boleh dibuat semasa orientasi atau awal sesi persekolahan.Terima kasih kerana memilih Tabika KEMAS Bertam Malim B sebagai prasekolah anak2 tuan/puan. Selamat Tahun Baru 2015 dari seluruh warga tabika. >Teacher Lynn <


Total yuran tabika kemas untuk tahun 2015 adalah RM100.00 sahaja. Yuran bulanan RM20.00 sahaja. Senyum lebau tengok murah sesangat yuran ni. Kalau swasta punya berdenyut telinga dengar. hihihi. Pendaftaran ditunda kepada harini iaitu 5 Jan 2015. Jadi gambar di atas adalah muka cecomel abg haq sebelum pergi ke tabika. 

Mama hanie
pengedar sah shaklee yang berada di Melaka
Klik sini untuk  Set kanak-kanak

Read More...