Tuesday, September 15, 2015

#35EntrySept, DO's & DONT's untuk ibu mengandung

Tuesday, September 15, 2015,5:01 PM |
Apa yang anda rasakan apabila doktor kata "tahniah anda mengandung 2 bulan".  Perasaan saya ketika anak sulung tu rasa macam bercampur baur. Rasa tak sangka pun ada, happy pun ada, risau pun ada. Macam-macam rasa, Al-maklumlah anak sulong dan saya cepat lekat bak kata orang tua-tua bunting pelamin. Bila disahkan akan dapat anak kedua memang happy lah sebab nak bagi kawan kepada anak sulong saya tu. Anak ketiga, ehem-ehem dalam proses, InsyaAllah.

Berikut adalah DO's and DONT's untuk ibu mengandung: 


Anemia dengan ibu mengandung tu memang biasa dengar. Apa nasib sampai Warded ni, adehhhh..

Read More...

#35EntrySept, Promo YES Prenatal or Posnatal pack FREE sebotol Vita-lea

,4:18 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang.

Harini saya nak kongsikan apa yang ditawarkan oleh pihak shaklee. Tawaran hebat sepanjang Sept ini khusus untuk ibu-ibu yang tercari-cari supplement sepanjang kehamilan dan juga selepas kehamilan. Yang best nya dengan setiap pembelian YES Prenatal atau Postnatal kita akan dapat FREE multivitamin shaklee iaitu Vita-Lea Iron Formula yang berharga RM88.75 (Tidak termasuk GST). 

Harga Prenatal dan Postnatal Pack adalah RM616.92 termasuk GST. Harga sama jadi apakah perbezaannya? Sila rujuk gambar dibawah. 


Bezanya adalah Prenatal ada mengandungi B complex dan Postnatal B complex itu ditukarkan dengan Alfalfa. Dan jangan lupa dengan setiap pembelian pack YES ini kita dapat FREE Vita-Lea Iron Formula. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Hanie 
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Friday, September 11, 2015

#35EntrySept, 6 cara tenangkan bayi yang kuat menangis

Friday, September 11, 2015,11:43 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi.

Harini saya nak kongsikan 6 tips penting yang perlu diambil maklum oleh ibu, ayah atau nenek terutamanya yang baru dapat anak. Ini juga lah yang saya buat untuk menenangkan buah hati sulong saya yang asyik menangis masa dalam pantang.


Tepukkan perlahan

Sambil dukung, anda tepuk-tepuk badan bayi anda. Ada yang tertidur jika ditepuk-tepuk. 

Buat bunyi yang menenangkan

Bayi secara umumnya menyukai bunyi yang menenangkan seperti zikir dan berdengung. Atau boleh juga buat bunyi seperti syuuuu, seperti bunyi di dalam perut ibunya.

Urutan 

Bayi suka dirinya dibelai dengan lembut. Urut perlahan bayi anda. Gosok kaki & badannya. Bayi akan berasa selesa.

Udara segar

Apabila bayi menangis cuba cari ruang yang lebih luas. bawa bayi anda keluar & ambil udara segar. Mungkin dia akan rasa lebih lega dan tenang.

Bedung atau Peluk Erat

Bayi akan berasa selesa & selamat apabila dibedung dan dipeluk erat. kain bedung yang meliputi badannya membuatkan bayi terasa seperti berada di dalam kandungan ibunya.

Keluar menaiki kenderaan

Ada sesetengah bayi akan berhenti menangis setelah menaiki kenderaan. Malah ada yang terlena tertidur. 



Klik untuk gambar lebih jelas.

Jom layan video menarik ini. 


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Hanie
019-6609951
ID 866973
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Thursday, September 10, 2015

#35EntrySept, #kttShaklee info sihat & menarik

Thursday, September 10, 2015,1:00 PM |
Apakah maksud #kttshaklee?

#ktt itu adalah singakatan kepada korang tau tak. Fungsi #kttshaklee ini adalah untuk memberi info samada mengenai produk shaklee ataupun info sihat yang umum. #ktt ini adalah ideal daripada pengasas group Jutawan Shaklee iaitu Pn. sherry. Antara #kttshaklee yang menarik adalah : 






Hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

#35EntrySept, Malang tidak berbau

,11:10 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi.

Apa yang malang sangat tu. Al-kisah minggu lepas laptop saya tidak dapat digunakan sebab hard disk rosak dan semalam handfon saya terjatuh dan terus blank screen. Kalau orang call dapat dengar tapi tak dapat buat apa-apa, hitam je screen tu. Ya allah, kenapa lah boleh jadi macam ni kan. Apa lah salah saya (muhasabah diri). 

Kedua-dua gajet rosak dan masih belum sempat dibaiki, tergendala projek #35EntrySept saya ni. Tak pe lah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 


Oleh itu dikesempatan ini saya nak umumkan nombor 019-6609951 saya tidak dapat digunakkan untuk semnetara waktu. Sekiranya telah dibaiki saya akan maklumkan kemuadian. 

Sekian, wasalam. 

Jom layan video ini supaya tenang itu milik kita. Amin. no more stress. 


Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.
Read More...

Tuesday, September 8, 2015

#Cabaran35EntrySept, Cuaca panas melanda dan jerebu

Tuesday, September 8, 2015,1:46 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini masuk hari kedua keadaan berjerebu di Melaka. Sampaikan nak buat kerja-kerja mengukur kat site pun terpaksa saya tangguhkan dahulu sebab jerebu ni buat rasa macam pening pun ada, batuk pun ada. Sebelum-sebelum ni rasa bukan main panas lagi tetiba lak jerebu. Dikatakan ada kebakaran di kawasan Indonesia. Oleh itu, diharap kita dapat menjaga diri dan anak-anak supaya tidak terdedah di kawasan luar rumah, elok duduk atau anak bemain dalam rumah sahaja. Banyakkan minum air masak. Diharap tidaklah sampai diisytiharkan darurat sebab ada yang tengah periksa UPSR.

Poster ini adalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia






Berikut adalah video sebagai panduan kepada ibu bapa. Kalau nak cuba, boleh hubungi saya.  

Read More...

Thursday, September 3, 2015

35EntrySept, Kekurangan protein boleh membawa kematian

Thursday, September 3, 2015,5:28 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang

Harini nak cerita pasal protein. Buruk baik protein.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. 

Kekurangan protein boleh menyebabkan :

Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit 
> Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan 
> Kehilangan kepejalan otot 
> Perubahan warna rambut
> Membantutkan pertumbuhan 
> Masalah penghadaman 
> Masalah penghasilan darah dan hormon 
> Kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


Kenapa perlu memilih ESP sebagai sumber tambahan protein anda???

 > ESP mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif 
> Kacang soya yang digunakan oleh shaklee hanya mengandungi non-GMO dimana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah.
> 1 tin ESP mengandungi 850g dan dihasilkan dari 30kg kacang soya.
> ESP adalah satu=satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 
> ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
> Kandungan G.I yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.
> ESP tiada kolestrol tiada asid uric dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my


Read More...

Wednesday, September 2, 2015

#35EntrySept, Peserta Polar Expedition Tahun 1986

Wednesday, September 2, 2015,5:40 PM |
Baru terjumpa satu Majalah lama. Tulisan pun kelam-kelam je, tapi mata tajam macam saya masih boleh nampak.

Ini keratan dari Majalah National Geographic (tak payah cari, dah lama sgt majalah ni). Shaklee empower peserta Polar Expedition ke Kutub Utara pada tahun 1986.

Suhu -60 darjah Celcius! Bawah paras beku ooo.

Tapi dengan Shaklee mereka bertenaga utk teruskan ekspedisi dalam kesejukan.

Bukan sebarang suplemen. Shaklee mmg best!



Antara vitamin yang disebut adalah vita-lea shaklee. Saya makan tu, memang bertenaga je pastu boleh tambah darah tak lesu je. Aisyy tetiba je teruja sebab ambil vitamin yang sama dengan peserta polar ni. hehehehe


Read More...

Tuesday, September 1, 2015

#35EntrySept, ESP 100% SEMULAJADI NON-GMO

Tuesday, September 1, 2015,5:19 PM |
Tahukah anda kacang soya yang terdapat dalam ESP merupakan kacang soya yang tidak diubah genetik DNA nya (non-genetically Modified). 

Apa makna NON-GMO?
non-GMO maksudnya ESP tidak dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Ianya pure kacang soya dan pembikinanya dipantau kualitinya melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soyanya diproses pada kadar suhu yang rendah bagi mengekalkan seberapa banyak nutrisi dalam kacang soya tersebut. Nampak tak bagaimana shaklee menjaga kualiti produknya. 


Bulan September 2015 beli 6 percuma 1!!!!!

Sekiranya anda berminat untuk membeli ESP Shaklee boleh hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Akhir kata protein soya sangat digalakkan diambil terutamanya wanita: 

Soyfoods are unique because they are rich dietary sources of isoflavones,
which are endocrine active substances but different from the hormone
estrogen. Epidemiologic and clinical data suggest that soyfoods can
make important contributions to the health of women, particularly
postmenopausal women.


Read More...

#Cabaran31hari, hanya 28 entry sahaja!!!

,4:55 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang.

Dengan lafaz bismillah maka tambat lah cabaran #Cabaran31hari untuk bulan Ogos 2015. Saya menyasarkan saya akan tulis 31 entry tapi kekangan blablabla, kalau nak nyatakan alasan memang banyak tapi bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Saya hanya dapat 28 entry sahaja. Tapi takpa lah, alhamdulillah lah dapat 28 entry. Satu rekod baru ditahun 2015. Tahu lepas saya dapat buat satu bulan sahaja iaitu Januari 2014 sebanyak 30 entry. Saya berhasrat untuk mencapainya pada tahun ini. Oleh itu, bulan September ini juga saya akan buat cabaran baru iaitu #35entrySept. hehehehe. InsyaAllah hanie boleh. (^_^)

Nantikan perkongsian dari hanie ye. 
Sekian
Wasalam. 

Set kegemaran ramai ibu-ibu Malaysia
Read More...

Friday, August 28, 2015

#Cabaran31hari, Hernia, bagaimana nak atasinya?

Friday, August 28, 2015,5:46 PM |
Hernia a.k.a bahasa orang kampung iaitu angin pasang. Saya nak pesan banyak-banyak, bagi sesiapa yang ada hernia, baru muncul hernia tu ke, anak kita yang ada hernia ke, sila lah rujuk kepada doktor bagi dianosis benda tu dulu. Jangan lah terjah kepada bomoh ke ubat-ubat kampung ke. Bagi doktor bertauliah menjelaskan apa hernia tu, punca dan bagaimana cara merawatnya. Lepas dapat penjelasan yang sepatutnya, ada ilmu sikit tentang penyakit itu, barulah kita fikir nak buat apa, kalau nak berubat kampung silakan.

Al-kisah operation anak saya terpaksa ditunda berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau batuk sikit. Bagi pakar bius, batuk seleseme atau demam sikit pun tak boleh sebab ianya melibatkan paru-paru memandangkan usianya yang kecil.

Banyak ilmu yang saya korek daripada en.google, Alhamdulillah ianya terang dan nyata bagi saya supaya saya tak panik atau kalut menghadapinya. Bagaimana nak atasi hernia ini, hanyalah dengan pembedahan sahaja bagi menutup saluran/dinding yang terbuka yang membuatkan usus atau bendalir melaluinya. Kalau ubat kampung wallahualambisawab. Tapi ikut pengalaman saya ianya melalui urutan. Walaubagaimanapun, hernia anak saya semakin teruk, merah dan membengkak serta sakit. 

Petang ni saya nak share cara bagaimana doktor operate. Haiii.. gerun hati kecik saya nak tengok yang real punya, kita tengok yang macam ni ok tak. hehehehe



Sekian sahaja, wasalam...
Read More...

#Cabaran31hari, Lebih 100 tahun dipasaran dunia!!!!

,4:41 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang.

Harini saya nak kongsikan sesuatu... waaa.. apakah sesuatu itu? hehehe.. Saya nak kongsikan gambar-gambar pengguna yang mengamalkan produk shaklee. Wow.. hebatkan. Ramai giler. Cuba tengok gambar dibawah. ni baru 10% je tau, banyak lagi...



Dengan slogan CHANGE LIVES FOR THE BETTER STARTING WITH YOURS itu, memang sangat-sangat tepat. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Nak ke tak nak ke, kita yang pilih dengan izin allah. 


Alhamdulillah saya dan shaklee kini hampir 3 tahun dan saya memang tak kan beralih arah kepada yang lain. Saya dapat rasa kesannya terhadap diri dan keluarga saya semakin baik. 




Saya rasa pengguna shaklee yang lain pun rasa apa yang saya rasa sebab itu mereka setia. Brand ini telah ada lebih 100 tahun dipasaran. Penuh dengan kajian klinikal bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Patutlah kami juga merasai kesannya. 



Akhir kata, saya hulurkan pantun 2 kerat ini :
kalau pandang je tak guna, 
cuba beli, amalkan pasti anda jatuh cinta.
wasalam

Notakaki : Gambar diambil dari penaung Jutawan Shaklee iaitu Master cheery (Grand nany saya dalam shaklee)

Hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Thursday, August 27, 2015

#Cabaran31hari, Betulkah makan vitamin comfirm tak kena sakit jantung?

Thursday, August 27, 2015,5:53 PM |
Saya ada satu post yang saya nak kongsi kepada pembaca semua. Post ini saya ambil daripada Master Zainul & Lyna Noh iaitu penaung iReach. Bahasanya mudah nak faham.

************************************************************************

Vitamin penting untuk :
(1) melengkapkan kekurangan zat makanan drpd Sarapan, Lunch & Dinner yg kita telan setiap hari.

Cth, Kalau badan kita perlukan 300g protein setiap hari supaya sel2 mati dalam badan sentiasa diganti dengan sel2 baru yg sihat. Tapi Sarapan + Lunch + Dinner cuma bagi kita 200g protein je max. Hanya jika konsisten minum ESP setiap hari baru la cukup keperluan 300g protein setiap hari tu.
Ini yg dimaksudkan "vitamin melengkapkan kekurangan zat pemakanan kita".

(2) membantu mengurangkan risiko penyakit2 berbahaya mcm sakit jantung etc.
Bukan maksudnya kalau makan vitamin kompem tak kena sakit jantung atau tak mati2. Tapi kalau tak makan vitamin kita mungkin akan diserang sakit jantung pada umur 30 tahun. Lepas vitamin risiko jadi lebih rendah; mungkin dah 90 tahun baru nak kena pun. So, kita ada 60 tahun nak bertaubat sungguh2 mintak ampun dosa, beramal untuk pahala & tengok orang2 yg kita sayang membesar sama2 dengan kita.

Sebab tu penting untuk kita berusaha kurangkan risiko berpenyakit. Selain nak elak bil perubatan yg makin mahal sekarang ni, banyak lagi dosa yg kita belum mintak ampun dengan Allah/Tuhan & manusia tau.

Sebab tu lah kita banyak dengar cerita akhir2 ni produk Shaklee banyak membantu org yg menghidap macam2 penyakit & kanser kembali pulih. Siap dah umur 100 tahun pun masih steady.


Alhamdulillah dgn Allah/Tuhan, vitamin Shaklee yg kita jual ni dah banyak membantu manusia untuk jadi lebih sihat. Mari kita sebarkan kebaikan produk kita ni ke lebih banyak orang! Yeah!

Master Lyna Noh (Isteri Master Zainul)


Berkali2 Roger pesan,

"buat shaklee betul2, TOLONG ORANG SUPAYA LEBIH SIHAT"

Terbukti, ada master dr USA ni, umur dah 81 tahun tp tgk gambar dia ni (yg rambut kuning tu ler... yg tutup muka tu Ninja Pah (Master Iffah Anuar). Umur 81 tp masih sihat, galak lg berjoget (yelah takkan nak berzanji pulak, tapi kome toksahlah buat..).

Betulkan niat.... Jgn buat Shaklee sebab duit...
Kalo sebab duit, senang je nak tinggal. Kalaulah Shaklee dh takde, sy mgkn buat biz lain, bkn produk kesihatan local, maaflah cakap ya... Saya pernah buat mcm2 bisnes & dgn kebenaran yg saya tahu & alami dgn produk kesihatan lain, sy tak sanggup... Walaunpun untung 20 juta sebulan.

Seronok tengok org sihat. Suka bila pesakit kanser mulai sembuh. Suka bila mak2 kita dh tak sakit lutut nk sujud rukuk dlm solat. Seronok bila anak2 sihat dan ceria.

******************************************************************************

Hanie
019-6609951
ID 866973
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

#Cabaran31hari, Meriahnya Tabika Kemas Bertam Malim B Sambut Merdeka

,5:24 PM |
Assalammualaikum dan selamat pagi.

Dengan tema 'Sehati Sejiwa' bulan kemerdekaan pada tahun ini, Tabika Kemas Abg Haq tidak ketinggalan memeriahkan kawasan tabika dengan bendera dan poster. Sungguh teruja mama rasa setiap kali hantar Abg Haq Ke sekolah.


Gambar di atas adalah lambang bendera yang dicorakkan daripada cop tapak tangan setiap pelajar di tabika kemas ini termasuk cikgu dan pembantunya sekali. Cop tangan Abg Haq ada pada warna biru. Abg Haq beriya-iya bagitahu mama cop tanggannya berada di nun atas sekali. Tarikan begini membuatkan pelajar kat situ suka sangat dengan sekolah. Masa bulan puasa yang lepas diaorang ada buat biskut. Memang best la sekolah tabika ni kan bukan takat belajar akademik je tapi macam-macam aktiviti.



Ini lah buah hati pengarang jantung intan belian mama. Sekarang macam-macam pandainya. Kalau mama nak marah pada adiknya, dia akan kata "mama, jangan marah, ilman kan kecik lagi" ataupun "mama, ilman kan adik abg, jangan lah marah dia". hehehe Besar dah anak mama sekarang. Tak sia-sia mama bulatkan tekad untuk hantar Abg Haq ke sekolah walaupun beusia 4 tahun. 



Read More...

Wednesday, August 26, 2015

#Cabaran31hari, Perbezaan Mengandung Anak Pertama & Kedua

Wednesday, August 26, 2015,5:49 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang.

Perkongsian hebat dari seorang ibu muda mengenai pengalaman beliau mengandung anak pertama dan anak kedua. Ikuti kisahnya :


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA
Skang kandungan Saya dah masuk 23mggu... Kira dah nak masuk 6 bulan.... Sy alami perbezaan yg ketara antara mengandung sekarang & yg pertama dlu...
1st pregnant : sy blom kenal shaklee... Sy makan vitamin klinik kerajaan which is ade folik asid, b complex, iron tablet & Vit c.... Tp sy bukan jenis yg compliance sgt... Salu sy skip ubat² klinik ni...hihi...Sy slalu minum susu dutch lady & fresh milk... Sy x minum anmum sebab Misi klinik kata x bagus (sy pernah minum skali je.. Dah bli sekotak anmum coklat...then lepas Misi kata xelok terus sy stop)
Pregnant skang : sy makan full set shaklee untuk Ibu mengandung which is ade ESP, VITALEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX, B COMPLEX...OMEGA sy akan start consume lepas 6 bulan nanti.... Sama mcm pregnant 1st dlu sy bkn la jenis compliance sgt... Hihi... Tapi sy lebih disiplin ckit banding pregnant 1st dlu... Susu sy jarang minum skang... Sgt jarang...

Pregnant 1st :
•• sy alami alahan sgt teruk... Lembikkk.. Sy salu ke emergency department... Kene cucuk masuk air... Kene masuk wad semalaman sbb hyperemesis gravidarum....(alahan teruk)... Saya salu MC sbb alahan teruk smpai salu geng² wad mengata.. (Tapi Ada aku kesah??? aku yg rase... Bukan hampa...hahaha)
•• Saya salu kene tangkap mengkarung sebab x cukup kalsium...alaaaa, kejang kaki tu.... Setiap malam sy menjerit pggil laki suruh tarik kaki... Haha.. Smpai dia kata, Awk ni Jgn la jerit mlm²..Kang ape plak org pk... Hahaha (ade aku kesah???)
•• seawal kandungan 5 bulan keluar stretch mark!!!! Byk!!! Hitam!!! Ya Allah..sgt stress.. Dr awal kehamilan sy sapu mcm²... Bio oil laa, myk Johnson laa.. Tapi ade jugak.. (Xdapat terima kenyataan).. N paling x best kesan stretch mark tu sy jd sgt gatallllll..... Tergaru² perut mcm monyet...hahaha
•• sy mudah letih, sakit pinggang...
•• sy alami keputihan yg teruk... (Sgt teruk smpai kene masuk pessari... Ok, Xnak cite byk bab ni)


2nd pregnant : 
•• alahan still ade.. Melepek jugak tp x seteruk yg 1st... Sy xpernah ke emergency department, xpernah masuk wad... & X PERNAH MC!!!
•• setakat ni dah 23 minggu, sy x pernah lagi kene tangkap mengkarung.. Kire mlm² xde la sy terjerit²... Hahaha
•• setakat ni masih xde stretch mark.... Xde lgsg.. Sy sapu minyak Johnson je..Hihi... So xde la tergaru² lagi mcm monyet..
•• sy lebih bertenaga of cozzzz
•• tiada langsung keputihan!!! Magic!!

Kisah Mareeya lebih kurang sama dengan kisah saya. Tapi kisah saya saya cerita pada entry yang lain lah nanti panjang sangat pula. Sekiranya anda berminat untuk membeli vitamin macam Mareeya ni boleh hubungi saya k. Wasalam

019-6609951
ID 866973
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Tuesday, August 25, 2015

#Cabaran31hari, Akhirnya sang gaji tiba juga.

Tuesday, August 25, 2015,7:17 AM |
Alhamdulillah akhirnya tiba juga sang gaji ni. Puas menunggu. Hampir2 2 bulan kot. Tak patut kerajaan buat macam ni tau. Ingat raya je pakai duit ke lepas raya tak pakai. Saya memang tak setuju langsung bila raya je gaji nak kene awal. Dah la awal gila.

Saya rasa bersyukur sangat dikala duit gaji tinggal ciput, allah bagi saya tetamu yang ingin menyewa homestay saya. Alhamdulillah. Tapi kesian lah kawan-kawan yang tiada side income. Xpe lah, kalau nak seribu daya kan. Boleh cari dari macam-macam sumber yang halal. Jual vitamin shaklee ni pun boleh jadi antara satu nya juga. Nak tau macam mana, boleh lah hubungi saya. ☺

Hanie 019-6609951
Dpinanghomestay.blogspot.com

Read More...

Friday, August 21, 2015

#Cabaran31hari, Cedera ringan akibat bermain bola

Friday, August 21, 2015,11:44 PM |
Assalammualaikum dan selamat malam.

Bersiaran dari atas katil jam 11:21 malam sambil menjaga anak yang cedera ringan tapi membuatkan mama risau. Masa saya dalam perjalanan pulang ke rumah, pengasuh talifon memberi tahu kepala anak saya berdarah akibat botol kaca jatuh atas kepalanya. Suaranya seakan cemas tapi dia kata ada luka sikit. Walaupun sikit bila dengar botol kaca memang lah risau. Saya tak bertanya banyak, saya cuma kata 'ok kak saya dah nak dekat sampai'.


Apabila tiba je kat rumah pengasuh, nampak abg haq ceria je, alhamdulillah, lega hati saya. Al-kisah rupanya-rupanya Abg Haq bermain dekat beranda rumah, ada beberapa botol hiasan yang diletakkan tinggi atas rak, bola melantun ke arah itu, lalu botol kaca jatuh atas kepala Abg Haq, botol tu tak pecah tapi kepalanya yang berdarah. walaupun koyak lebih kurang setengah inci tapi luka tu dalam. Kepalanya terkena bucu botol kaca empat segi. 

Apa yang merisaukan mama, pengasuh dah letak ubat gamat pada luka tapi bila beberapa jam selepas kejadian darah masih tak kering. Dulu masa tangan saya kene parang, mak saya letakkan serbuk kopi dan darah memang cepat kering. Tapi bila dicari-cari takda pula kopi serbuk halus dirumah, yang ada kopi uncang yang mana serbuknya tak berapa nak halus. 

Buntu saya dibuatnya. Akhirnya cari punya cari terjumpalah minyak gamat, Alhamdulillah, Sebelum Abg Haq tidur saya bersihkan darah, letak minyak gamat pada kapas dan balut kepalanya. Bila tengok macam dasyat sangat tapi cedera ringan je.


Dulu orang tua saya selalu marah kami main bola dalam rumah. Kini saya faham kenapa. Ruang yang terlalu kecil memang tak sesuai malah merbahaya. Selalu bila Abg Haq main bola dalam rumah, saya akan pesan, jangan sepak tinggi-tinggi. Tapi rasanya lepas ni sepak rendah pun tak boleh. Asal bola je kene main kat luar. Kalau main kereta kontrol ke barulah boleh main dalam rumah, 

Sebelum mengakhiri coretan pada malam ni saya ingin kongsikan 9 tanda anak kurang nutrisi. Lepas baca poster ni boleh cek pada anak masing-masing ye. Sekian wasalam.

Klik gambar untuk lebih jelas
Read More...

#Cabaran31hari, Hernia Dikalangan Kanak-Kanak

,1:29 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai hernia dikalangan kanak-kanak. Kenapa hernia ye? sebab anak saya bakal menjalani pembedahan untuk menutup bukaan kecil yang menyebabkan air atau usus nya terkeluar lalu jelas kelihatan pada telur (testis). 


Pada raya cina tahun 2015 iaitu awal tahun haritu, telurnya besar sebelah, mula-mula takda risau sangat tapi lama kelamaan ianya semakin membesar. Beliau kerap pegang sebab rasa tak selesa tapi bila mama tanya sakit atau tak? beliau kata tidak sakit. Bila telurnya besar sebelah, telur yang sebelah lagi semakin kecil dan menghilang.

Kami mencuba rawatan alternatif iaitu pergi berurut, keesokkan harinya ianya makin teruk, telurnya menjadi merah dan sakit. Dengan segera saya membawanya ke hospital. Doktor kata bahagian telur jangan diurut kerana takut mendatangkan bahaya. Kami diminta rujuk kepada pakar di Hospital Melaka. Akhirnya doktor memberi penerangan sama seperti penerangan artikel dibawah ini 

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.


Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin berkata, sesetengah bayi memang dilahirkan dengan beberapa bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya.


Tetapi pada sesetengah kes, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan tisu-tisu berhampiran menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia. Kata beliau, hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya.


Hernia jenis ini boleh ditutup dan selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Cuma kadangkala, tisu-tisu boleh terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh ditarik semula kepada kedudukannya yang asal. Artikel Penuh


Alhamdulillah dari penerangan doktor tersebut baru lega rasanya. Cuma kami diminta buat appoiment untuk hari pembedahan. Oleh sebab pembedahan yang akan dijalankan itu memerlukan pesakit dibius penuh, maka pesakit tidak boleh demam, batuk dan seleseme dalam tempoh 2 minggu. 

Al-kisah tarikh untuk buat pembedahan iaitu pada 3hb Sept 2015, tapi pada 20/8/2015 beliau batuk dan seleseme sikit. Terus upkan dos Chewable Vita C sebanyak 3 biji dan bagi Vita-lea For Kids sebagai multivitamin supaya antibodi lebih kuat. Anak saya apa lagi, suka je sebab dapat tamin lebih, biasanya saya beri sebiji vita c dan sebiji vitalea jew. 

Pada 28hb Ogos, kami akan jumpa lagi sekali pakar bius untuk tahu sama ada boleh buat pembedahan atau terpaksa ditangguhkan. Akhir kata, bukan tidak boleh kita mencuba rawatan alternatif tapi seelok-eloknya rujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu untuk kesahihan. Bagi saya ini adalah pengajaran buat diri saya dan keluarga yang kononya nak cepat elok. Padahal sesuatu itu boleh mendatang bahaya kepada anak saya. 

Sekian, Wasalam. 

Read More...

Thursday, August 20, 2015

#Cabaran31hari, Vitamin untuk banyakkan susu ibu

Thursday, August 20, 2015,9:30 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi.

Anda sedang dilema kerana kurang susu ibu? tercari-cari penyelesaiannya. Haaa.. bangaimana nak banyakkan sus ibu ye. Saya nak kongsikan tips mudah iaitu minum banyak air putih, minum susu dan rajinkan pam/direct feeding serta ambil vitamin. InsyaAllah semua ini boleh membantu. 



Extra tips untuk yang membeli set ini daripada saya. Nanti hubungi saya k. Gambar diatas adalah set 3M (Making More Milk). Selain set ini membantu anda untukkan banyakkan susu ibu, set ini juga membantu badan anda menjadi lebih segar dan bertenaga serta bahagian keintiman anda lebih terjaga. Kalau cuba pasti jatuh cinta. Syaratnya kene konsisten dalam pengambilan vitamin ye.

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Sekian, wasalam.

Hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my

Order online --> SET IBU MENYUSU 3M

Untuk vitamin shaklee yang lain klik -->  VITAMIN SHAKLEE

Tutorial Cara Order Vitamin Secara Online

Read More...

#Cabaran31hari, Betul ke PetPet direka semula dengan keselesaan tambahan?

,2:37 AM |
Assalammualaikum

Saya adalah pengguna lampin pakai buang PetPet sejak anak sulung dan sekarang anak kedua saya yang berumur 1 tahun 10 bulan juga masih menggunakan PetPet. Sejak harga lampin pakai buang itu dari harga RM29.50 masa anak sulung iaitu tahun 2011 naik hingga ke RM34.50 pada tahun 2015(after GST) saya masih menggunakan lampin pakai buang PetPet kerana keselesaan anak saya dimana lampin tersebut tebal dan pengudaraan yang bagus. Anak saya jarang kene ruam apabila memakai lampin pakai buang Petpet. Dari segi harga PetPet yang semakin mahal, bagi saya keselesaan anak saya lebih penting. tapi......????


Tapi kenapa saya rasa PetPet mengecewakan saya?

Bagi mereka yang biasa menggunakan lampin pakai buang PetPet pasti mereka akan setuju dengan saya. Lampin terbaru ini nipis, memang berbeza dengan PetPet yang lama. Ianya mudah renyok, apa ye istilah yang sesuai digunakan.. emmm.. dilema pula.. apa-apa pun, dengan slogan "PetPet direka semula dengan keselesaan tambahan" saya rasa ianya benar-benar mengecewakan. Ianya seperti lampin pakai buang yang murah dan tak berbaloi dengan harga.

Kalau begini lah kualiti yang diberikan kepada kami pengguna setia bertahun-tahun lamanya. InsyaAllah saya akan berpaling tadah..... sejak terkena bulan lepas beli PetPet (Julai 2015), shopping bulan Ogos 2015 ini nampaknya akan pilih yang lain kot.

Bukan untuk menjatuhkan, ini adalah sekadar pendapat individu sahaja. Ini adalah hak pengguna untuk memilih. Argghhhh.. siapa ada stok lampin pakai buang PetPet lama boleh jual dengan saya.huhuhu...

Sekian, wasalam.
Read More...

Wednesday, August 19, 2015

#Cabaran31hari, Cara Mengatasi Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut (HFMD)

Wednesday, August 19, 2015,5:37 PM |
Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai penyakit yang selalu hinggap pada anak-anak kecil iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Jom baca apa yang ada di dalam poster yg comel ini.
Klik untuk gambar lebih jelas

 Apabila sistem imunisasi badan anak-anak lemah, maka anak-anak mudah untuk terkena jangkitan HFMD ini. Oleh itu, selain mengajar anak supaya menjaga kebersihan diri, alternatif lain yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah dengan pengambilan supplement untuk meningkatkan sistem imunisasi anak-anak. Antara supplement yang dapat membantu adalah seperti berikut :
 Chewable vit c. Memang sangat sesuai dan digalakkan ambil oleh kanak-kanak kerana seperti yang kita tahu pengambilan vitamin c akan dapat meningkatkan sistem imun badan.
Nutriferon juga adalah untuk menguatkan sistem imun tubuh. Klik link ini untuk info lanjut :
Performance Drink adalah satu minuman eloktrolit yang mengawal bendalir dalam tubuh kita. Sekiranya badan kekurangan bendalir, mudah untuk anak akan mula sakit tekak, batuk dan dikhuatiri melarat. Selain itu, apabila tubuh kita kurang air, badan kita akan merasa letih dan kurang bermaya. 
Mealshake adalah multivitamin dalam bentuk serbuk. Mealshake mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperlukan. Ianya jugak sumber terbaik untuk sumber fiber dan protein.

Dengan pengambilan keempat-empat vitamin ini, InsyaAllah kita dah bekalkan secukupnya vitamin-vitamin yang perlu untuk meningkatkan sitem imunisasi anak-anak kita. Justeru itu, sekiranya ada ibu bapa yang prihatin ingin mendapatkan vitamin untuk anak-anak boleh hubungi saya (019-6609951) untuk maklumat lanjut.

Untuk pembelian secara online untuk keempat-empat vitamin diatas boleh klik link ini :

Untuk vitamin-vitamin lain boleh klik sini :



Read More...

Monday, August 17, 2015

#Cabaran31hari, Rahsia Wanita Turun 20kg Selepas Bersalin

Monday, August 17, 2015,4:32 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang.

Topik 'kurus' dipilih pada petang ini kerana saya rasa berat badan saya telah naik sikit. Alhamdulillah mengikut seperti yang direncanakan. Saya nak gemuk sikit dari berat asal 46kg. Sangat kurus bagi saya yang ada 2 anak ni. Kalau capai 50kg tu dah sedap dipandang lah mengikut perkiraan saya.

Berbalik kepada rahsia nak turun berat badan. Saya nak kongsi rahsia saya, mudah je nak turun berkilo-kilo. Kacang putih je, cewah berlagak pula kan. Antaranya caranya adalah :
1. Kurangkan makan fast food.
2. Masak dirumah supaya mudah untuk mengagak garam, minyak dan sebagainya.
3. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
4. Jauhi air berkarbonat.
5. Minum lebih air putih.
6. Bersenam ringkas.

Belanja gambar sekeping
Sebenarnya banyak lagi, tapi kekurangan masa nak tulis ni. Apa kata kita tengok video wanita ini. Bagaimana beliau boleh turun 20kg selepas bersalin? Adakah sebab berat anak yang dikandung itu dah takda atau sebab makanan dalam pantang tak berapa sedap? Jom intai


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Sebenarnya kurus dan disiplin amat berkait rapat. Bila berdisiplin semua pun boleh. Jadi, marilah kita tetapkan matlamat untuk mendapatkan berat badan yang seimbang supaya kita dapat menjalankan kerja seharian dengan mudah, nak beribadah pun tak tergangu, suami pun suka, badan pun sihat. Kalau nak tahu tips-tips atau rahsia kurus yang lebih lanjut boleh hubungi saya. InsyaAllah saya sedia membantu.

Hanie
ID 866973
019-6609951
WhatsApp/SMS
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

#Cabaran31hari, Kempen Drug Free

,10:07 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi


Macam mana dengan pagi anda, monday bluess ker atau semangat berkobar-kobar nak kerja. Tepuk dada tanya otak, agak-agak banyak kerja, sila lah semangat sikit ye. Boleh ke macam tu??? Tanya diri anda. Kita dibayar gaji, kita memegang amanah, ada mood ke takda mood ke, tetap kene buat juga ye. Tahukah anda hari Isnin adalah hari Nabi kita dilahirkan. Satu anugerah lahir pada hari itu, takkan kita nak buat lembik je kan. Inilah yang memotivasikan saya sekiranya saya monday blues. InsyaAllah terus semangat nak kerja.



Group-group yang saya sertai iReach, Rich Family, Jutawan Shaklee sedang dalam kempen iaitu kempen Drug Free. Jalani hidup anda tanpa dadah. Paracetamol pun dalam katagori dadah juga ye. Kita beralih kepada vitamin semulajadi sahaja. 




Kenapa kene pilih vitamin semulajadi dari ubat yang dibekalkan (drug/dadah)?
Ianya adalah kerana kesan sampingan yang akan terjadi akibat tindakbalas daripada ubat(drug/dadah) tersebut. Contohnya saya ada seorang makcik yang mempunyai kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah ambil ubat(dug/dadah) untuk mengatasi penyakit beliau pada usia 45 tahun. Lebih kurang 15 tahun kemudian beliau telah mendapat penyakit Alzheimer(Nyanyok). Bermula dengan lupa sikit-sikit dan kini semakin teruk. Doktor kata ianya adalah kerana faktor umur dan juga kesan pengambilan ubat(drug/dadah) yang terlalu lama.




Kisah tersebut saya ceritakan supaya kita jadikan ikhtibar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Adalah lebih baik kita menjaga pemakanan kita daripada menderita sakit dihujung usia nanti. Pengambilan supplement adalah sebagai makanan tambahan supaya tubuh kita mendapat nutrisi yang cukupnya. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan supplement untuk anda dan keluarga boleh hubungi saya di no. 019-6609951. InsyaAllah saya boleh membantu. 


Read More...

Sunday, August 16, 2015

#Cabaran31hari, Tips Mudah Rawat Demam Denggi

Sunday, August 16, 2015,9:57 PM |
Assalammualaikum dan selamat malam

Tak habis lagi nak berceloteh sikit pasal demam denggi kerana ada kenalan yang suspek denggi. Jadi takut pula jadinya ye. Kata seorang sahabat, kalau kita je yang jaga kebersihan tapi jiran buat dek je pun tak boleh. Nyamuk kan mengayau-ngayau, jadi bila jiran sebelah dok biar je air bertakung memang kita pun boleh kene juga lah. Jadi betul lah kata pepatah sepakat membawa berkat. Sama-sama lah kita semua menjaga kebersihan rumah kita.

Antara tips mudah untuk rawat demam denggi adalah dengan minum banyak air. Air sangat penting supaya darah kita tak menjadi terlalu pekat. Banyakkan minum air dan ada dengar orang lama-lama kata makan ketam. Tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya.

Tapi kebenaran yang pasti adalah ini!!!! Saya nak kongsi satu video ini. Harap-harap dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan.


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

Kalau nak beli vitamin secara online klik sini --> ORDER VITAMIN ONLINE

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membeli vitamin ataupun ingin menjadi ahli shaklee, jangan segan silu untuk hubungi saya di 019-6609951. InsyaAllah saya akan bantu.

Sekian sahaj celoteh malam ni. Nantikan entry selanjutnya esok k. Wasalam.

Read More...

Saturday, August 15, 2015

#Cabaran31hari, Sukanika Tabika Kemas Taman Bertam Malim

Saturday, August 15, 2015,5:28 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini saya nak abadikan cerita sukanika sekolah Abg Haq iaitu Tabika Kemas Taman Bertam Malim. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran bagi ibubapa dan pelajar serta nama untuk cabutan bertuah.

Selepas itu, bermula lah sukan bagi pelajar tabika kemas ini. Acara pertama yang dijalankan iaitu namanya lari bawa aiskrim tapi bukan bawa aiskrim betul, ianya adalah lari sambil bawa kon yang diletakkan dengan bola. Seronok tengok anak2 bersungguh-sungguh berlari. 

Acara kedua adalah acara ayam bawa telur. Ianya adalah acara dimana pelajar-pelajar ini akan kepit bola dikelengkang dan dibawa sambil melompat. Pada pandangan saya acara ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak kecil sebab mereka penat nak kepit bola sambil lompat, asyik2 bila terlepas. Bolanya besar pelajar semua kecik-kecik. Nampak anak-anak ni penat sangat. Ada yang tak nak lompat, mereka lari je. 


Acara ketiga adalah isi air dalam botol. Ha, part ni memang ramai yang teruja. Mereka akan berlari ke baldi ambik span celup air dan lari ke botol dan isi air. Bukan anak-anak je yang terjerit-jerit malah ibu bapa pun teruja. 


Acara ke empat adalah pecah belon. Seorang ketua akan dipilih untuk memecah belon dan dijarakan dari kumpulannya. Setiap ahli kumpulan akan diikat belon pada peha. Ahli kumpulan akan berlari ke ketua dan ketua akan pijak untuk pecahkan belon. Lepas belon pecah mereka akan berlari dan pas pada ahli kumpulan yang lain. Nampak mudah tapi payah belon nak pecah sebab ianya diikat tinggi. 


Itu sahaja 4 acara untuk anak-anak ini. Masa yang diambil adalah selama 1 jam 30 minit. Ada juga acara untuk ibu/bapa bergandingan dengan anak-anak iaitu isi air dalam botol sambil mata ibu/bapa diikat. Jadi anak-anak kene pimpin ibu/bapa ke baldi dan seterusnya ke botol. Saya dan Abg Haq ikut serta dan kami terpilih untuk pusingan kedua malangnya kami kalah. Tak pe lah syg, asalkan.Abg Haq enjoy. 

Sukanika ini diakhiri dengan sambutan Majlis Hari Raya kecil-kecilan(last day raya). Sekian. Wasalam

Read More...