Wednesday, December 31, 2014

Abg haq sekolah di Tadika Kemas, Melaka

Wednesday, December 31, 2014,1:46 PM |
Percaturan Maha Esa cukup indah. Muhammad Haq Uqasha akan mula bersekolah seawal usia 3 tahun 4 bulan . Berita yang mama terima lewat pukul 11 malam (30/12/2014) dengan mesej berbunyi sukacita dimaklumkan blablabala... Alhamdulillah.

Ramai yang mohon, abg haq yang dapat.. Syarat wajib masuk ke tadika kemas adalah pandai menguruskan diri sendiri contohnya makan sendiri, ke tandas dan cebok sendiri. Itu mama tak risau, memang abg haq pandai buat sendiri. Tapi yang mama risaukan abg haq berebut kale/pensil, abg haq kalau mood tak baik, pantang orang usik barang pasti dia mengamok dan menjerit. Mama harap-harap abg haq cepat menyesuaikan diri di Tadika Kemas tu. Bukan sahaja untuk belajar A B C tetapi juga untuk belajar mengawal emosi, tingkah laku dan akhlak yang baik. 

Cerita serangan asma dikalangan kanak-kanak

Perasaan saya amat gembira sekali, abg haq pun teruja nak ke sekolah. Bila suruh tulis buku selalu kata, abg haq nak sekolah kene tulis buku, nanti cikgu nak tengok. Padahal tika tu usianya 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Moga fasa persekolahan abg haq sentiasa berjalan dengan lancar dan mudah. Amin.


Gambar terbaru buah hati mama yang nak masuk sekolah. Abg haq dah hafal doa makan, 123, pandai nyanyi lagu air pasang dalam, bapaku pulang dari kota, burung kakak tua, dsbg. Abg haq memang anak yang aktif dan bijak. Abg haq suka nasi lemak, ayam goreng drumstik, aiskrim, gula-gula dan juga vitamin2 dia tu. Memang selalu ingat nak makan vitamin, kadang-kadang dengan neneknya siap tambah sebiji lagi "nenek, mama kata boleh makan 2"..tah bila mama cakap pun tak tau la, pandai-pandai je.

Klik sini untuk vitamin kegemaran abg haq. Nantikan celoteh hanie di entry seterusnya k. Wasalam. 
Read More...

Tuesday, December 30, 2014

Harga paling murah set cantik shaklee

Tuesday, December 30, 2014,5:21 PM |
Biasanya kita tertunggu bilalah nak promosi beli 6 percuma 1 kan, jadi dapat lah murah satu set cantik shaklee ni, tapi hujung tahun ini yang paling hebat, 2 vitamin dalam set cantik ni ada promosi beli 6 percuma 1, jadi berganda-ganda lah murahnya. 


Kalau nak dikira harga retail vitamin E RM149.00 dan vitamin C RM92.50 dan B complex RM53.75. Harga promosi beli 6 percuma 1 Vitamin E RM127.70 dan vitamin C RM79.30. Kan dah kira jimat tu. Kalau ahli lagi gila jimat. So siapa yang suka jimat-jimat tu jom jadi ahli dan anda akan dapat penjimatan sampai bila-bila. Ingat tu, sampai bila-bila sebab keahlian adalah seumur hidup tau. 

Ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi hanie di 019-6609951 (SMS/WhatApps) atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my. Boleh kita berborak panjang yek.
Read More...

Monday, December 29, 2014

Pendedahan taktik kotor MLM ajak orang jadi ahli

Monday, December 29, 2014,12:23 PM |
Al-kisah pengedar MLM sebuah syarikat yang menggunakan taktik kotor untuk ajak bertemu dan kemudian panggil geng (upline) untuk terangkan bonus itu ini yang menyebabkan orang meluat nak dengar. 

Kebiasaan alasan untuk bertemu adalah lama tak jumpa, nak tanya kabar dan semalam yang kami kena, ada seorang kenalan yang mengetahui suami saya pandai juga lah untuk repair kereta, katanya nak minta tolong tengokkan kereta, kami yang penat baru sampai ke rumah pun keluar lah untuk ke rumah yang lagi satu sebab kenalan tersebut berada berhampiran situ. Ajak lah datang ke rumah, tak sampai 15 minit katanya ada kawan nak jumpa sekejap. Ok takpa lah, suami pun ada kerja kot mereka berdua nak berborak, sampai-sampai kenalan kepada kenalan tersebut membawa keluarga, tak kisah lah kami menjemput masuk dan hidangkan air. Lepastu mula lah mereka bercerita pasal MLM. 


Saya kira itu taktik kotor kerana kami yang penat, niat suami memang untuk menolong tetapi lain pula ceritanya, suami pula hendak pulang ke JB, tapi takkan pula kami sampai hati nak halau, hampir 3-4 jam juga lah masa terbuang. Kalau hendak bisnes buatlah secara elok. Ini membazirkan masa kami untuk dengar bonus kereta itu bonus ini. Dalam hati saya, group shaklee saya berganda lebih baik dari group itu. 

Diakhir perbincangan itu, saya mengatakan saya ahli shaklee saya juga menjual produk shaklee, riak wajah mereka agak terperanjat kerana lagi tadi saya hanya menjadi pendengar sahaja. Saya pun memulakan bicara dengan menceritakan bagaimana saya jatuh cinta dengan shaklee berserta kekuatan produk shaklee. Group saya di shaklee menekankan kepada kebaikan / kelebihan produk bukannya bonus-bonus bagai. Kami tidak menngunakan taktik bonus, wang ringgi tetapi kami ada yang lebih kuat iaitu produk yang terbaik.

Setelah pengedar MLM tu pulang, bertekak jugalah suami dengan kenalannya itu sebab menipu. Rasanya kami takkan terpedaya dengan konsep mereka. Ajak 4 orang jadi ahli dan kita akan terima 9 ribu. Lagi ramai lagi bagus. Kami bukan bodoh untuk terima konsep itu bulat-bulat. Untuk dapat 9 ribu tu sila kerja keras. MLM kau buat kerja kau dapat, bukan hanya cari orang sahaja. Orang yang dicari mestilah buat belian sekian ringgit. bukan hanya daftar.

Sekian sahaja celoteh hanie pada petang ni, sekadar luahan perasaan. 
Read More...

Thursday, December 18, 2014

Luka cepat sembuh dengan set berpantang shaklee

Thursday, December 18, 2014,11:12 AM |
Alhamdulillah, lepas nurul makan set berpantang shaklee luka nya cepat sembuh, badan pun rasa lebih bertenaga, sengal-sengal badan hilang. Haritu stok vitamin dah nak habis, cepat-sepat beliau order lagi. Bab-bab luka ni ibu berpantang harus jaga, duduk elok-elok, bak kata mak saya kepit!! hahahaha, lepas tu berak jangan teran-teran, nanti terkoyak satu hal pulak nak jait semula, kot jait, kalau buat dekkk je, dah tak lawa. hihihi


Jom lihat testimoni :


Ada beberapa tips lagi yang nak saya kongsikan tapi bukan di entry ni ye, nak tau, jom whatapps saya k boleh la borak panjang lebar, hihihi No. saya 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Sekian, wasalam. 

Jom order online --> Vitamin shaklee
Read More...

Friday, December 5, 2014

Al-kisahnya, sebab itu anaknya tak nak ke sekolah!

Friday, December 5, 2014,1:48 PM |
Boleh ke kita memanjakan anak untuk membolehkan dia mendapat 'excuse' untuk tidak hadir ke sekolah? alkisah nak story ni pasal ada anak tak nak ke sekolah! SEBAB APA? kerana 'gelaran' atau digelar-gelar.

Penumpuan harini kepada mereka yang kurus-kurus seperti saya, hihihihi

Biasanya zaman saya sekolah dulu, kalau budak tu terlalu kurus mesti akan dapat nama best yang kawan-kawan berikan seperti dipanggil 'kering', 'cekeding', 'kerempeng' begitu juga sebaliknya kalau gemok dan sebagainya, mudah je kawan-kawan gelarkan nama lain.

Serangan asma kepada anak kecil

Bila dah dapat kene gelar-gelar tu, ada yang buat tak kisah je, lantak lah tapi ada juga yang sampai jadi muram dan tak mahu ke sekolah (anak manja). Sebagai ibu bapa, kita tak nak lah anak kita orang panggil 'cekeding' kan, bukannya memanjakan anak tapi kita nak yang terbaik untuk anak, bukan nya menggalakkan anak untuk tidak ke sekolah, jangan manja sesangat lerrr, melampau tak nak pergi sekolah tu, jangan terus marah anak k, tapi kita cari penyelesaian kepada masalah 'cekeding' itu. 



Cari punca masalah, kenapa cekeding?
Adakah anak tak nak makan?
Adakah kita sebagai ibu masak tak sedap?
Adakah dia jemu dengan menu yang sama hari-hari?
Setiap hari rabu je ikan goreng, ari khamis telor goreng, tak ke bosan tu.
Adakah suasana tempat makan tu tak menyelerakan? (maksudnya meja makan berserabut, bertimbun-timbun botol air atas meja, dengan kicap nya, dengan susu nya)

Oleh itu, kenal pasti masalah anak cekeding ini maka mudahlah untuk kita cari penyelesaiannya. 

Kat sini saya ada sediakan tips untuk menyelesaikan masalah yang menjadi salah satu faktor anak 'cekeding' dan anak tidak mahu ke sekolah. Jom tonton!!!! Pastikan anda menonton sehingga habis k. Wasalam.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

ID 866973
SMS/Whatapps : 019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my


Read More...