Thursday, November 13, 2014

Panduan nutrisi untuk ibu hamil elak komplikasi ketika bersalin

Thursday, November 13, 2014,5:09 PM |
Nutrisi adalah zat yang diperlukan oleh badan untuk tumbuh dan berkembang dengan baik mengikut fungsinya. Nutrisi diperlukan bagi membentuk sel-sel baru serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Kecukupan nutrisi dalam badan juga dapat membantu menjaga keseimbangan metabolisma tubuh. 

Doktor : Tahniah, awak disahkan hamil 3 minggu. 

Apabila ibu disahklan hamil, kita akan dinasihatkan mengambil makanan seimbang dan juga vitamin. Adakah pemakanan seharian kita tidak dapat menampung nutrisi dalam badan? Pada pendapat saya YA, kerana ibu hamil memerlukan lebih nutrisi untuk menampung juga keperluan bayi yang dikandung. 



Disini saya ingin kongsikan panduan nutrisi ibu hamil untuk mengelakkan komplikasi ketika bersalin: 

1. Pengambilan asid folic sebanyak 400 mcg semasa diawal kelahiran dan boleh diteruskan sehingga bersalin. Kekurangan pengambilan asid folic boleh menyebabkan bayi mendapat kecacatan pada sistem sarafnya (kacacatan tiub nuaral). 

2. Menjaga paras sel darah merah iaitu bacaan hb yang normal adalah (12 hingga 15mg/dl). Sekiranya hb anda dibawah paras yang dinyatakan dikhuatiri akan menyebabkan kuguguran atau kelahiran pra matang. Zat besi adalah nutrisi yang dapat membantu anda mengekalkan hb dalam keadaan normal. 


3. Kalsium seperti yang kita semua sedia maklum tentang keperluannya dan menjadi lebih penting ketika ibu sedang hamil kerana kalsium diperlukan untuk pembentukkan tulang bayi dalam kandungan. sakit gigi antara petanda awal ibu hamil kurang kalsium.

4. Ibu hamil juga boleh mengambil vitamin c untuk meninggkatkan lagi sistem imunisasi badan semasa kehamilan. Bayangkanlah dengan perut membesar, asyik kene batuk-batuk je... pehh memang sakit la perut (bahagian ari-ari) kita tu. 

Oleh itu, bagi ibu hamil jaga pemakanan dan konsistan dalam pengambilan vitamin untuk mengelakkan kompilasi ketika bersalin nanti. Sekiranya anda inginkan lebih panduan dan tips menarik dari saya (ibu beranak dua ini) jom hubungi saya personally. 

ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my 

Read More...

Tuesday, November 11, 2014

Tips kawal kencing manis, jangan sampai kene potong kaki

Tuesday, November 11, 2014,5:13 PM |
Tajuk yang diinspirasikan oleh ayah saya sebab beliau baru je disahkan ade kencing manis. Tak terkejut pun sebab dari segi pemakanan beliau memang suka manis, dah banyak kali nasihat pun sama je. Bacaan kencing manis beliau adalah 10. (tak tahu pakai unit apa) Setahu saya normal adalah 6.

Macam biasa apabila dah terhantuk barulah nak tengadah, menjajaulah mencari ubat untuk kawal kencing manis. Banyaklah promoter datang ke opis beliau. Eh, kalau nak cerita memang panjang sangatlah.



Harini saya nak kongsikan tips bagaimana untuk kawal kencing manis. Takutnya kalau sampai tahap kene potong kaki kan. 

Macam mana kaitan kencing manis ni sampai boleh potong kaki? 
Pesakit kencing manis apabila luka ianya akan susah nak elok maka encik kuman pun berpesta-pesta dalam darah memusnahkan sel-sel dan daging pesakit. Itu yang boleh menyababkan kaki tersebut hilang fungsi. Bahaya pesakit kencing manis ni kadang-kadang kakinya nampak elok dari luar tapi bila tekan macam bonyo (istilah macam lembik). 

Antara tips kawal kencing manis yang saya nak kongsi adalah:
1. Minum air yang secukupnya. Kalau kurang minum air, darah akan pekat ditambah-tambah lagi dengan pengambilan gula maka memang terrrpekat lah darah tu, apabila darah pekat akan mengganggu fungsi sistem dan sel-sel dalam badan yang lain. Saya cadangkan kalau ada air zamzam lagi elok diminum.



2. Kurangkan makan nasi kerana dalam nasi juga banyak gula
3. Kawal kalori pemakanan/ kawal berat badan
4. Elakkan makan / minum yang manis-manis 
5. Bersenam. seperti yang kita tahu senaman sangat bagus untuk kesihatan. Jadi bila bersenam kita menggunakan tenaga dan bakar kolestrol, Tahukan anda gula akan ditukarkan kepada tenaga apabila diperlukan. Jadi kuranglah gula yang berlebihan dalam badan tu. 
6. Boleh juga kawal kencing manis dengan pengambilan supplement antaranya vivix shaklee. 

Macam mana vivix boleh membantu?
Kencing manis berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi akibat kerosakkan sel yang akibat radikal bebas (insulin adalah untuk menstabilkan paras gula dalam darah). Oleh itu, vivix boleh membantu memperbaiki sel-sel DNA yang rosak. Maka apabila sel-sel sihat, badan boleh menghasilkan insulin yang mencukupi bagi mengawal paras gula tersebut. 

Akhir kata, lebihan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman.

Testimoni Vivix & Diabetes, jom atasinya dengan vivix

Jom Order online -> VIVIX

Ayah anda juga ada kencing manis? boleh cuba kongsikan tips mudah ni kepada mereka. Nak lagi best, boleh hadiahkan vivix pada mereka. InsyaAllah akan dapat membantu mengawal kencing manis dari terus naik, naik dan naik. Jom hubungi saya di 019-660 9951 atau email sy di emy_2912@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut. 

Read More...

Mahal betul spare part breastpump spectra ni

,8:29 AM |
Entry harini adalah sambungan daripada cerita breast pump yang bermasalah. Barulah berkesempatan saya mencarinya. 

Aku   : Tokey u ada tak spare part breast pump sectra 3 yang getah putih bulat tu? (namanya aku xtau lah)
Tokei : Oooo.. yang tu ye, sekejap ye, ada ni
Aku   : Berapa ni tokey?
Tokei : Sepasang ni rm16
Aku   : Hey tokey, MAHAL nye, (nada agak tinggi)
Tokei : U nak ke tak?
Aku  : Eh tak pe lah tokey, terima kasih ye (baik aku beli tempat lain, tah-tah saja nak tipu aku)
Tokei : Ok2.


pic kredit to littlewhitz

Terkejut dan terrrmenjerit sikit aku bila dengar harga getah putih kecik ni RM16.00. Bagi aku memang mahal la. Bila sampai ofis bercerita dengan oficemate , kiteorang pun google punya google, Ya Allah memang harganya macam tu lah, malah ada yang lagi mahal. Rasa bersalah pula dalam hati ni sebab beri reaksi macam tu kat tokey kedai tu. adehhhh. 

Kesimpulannya, lain kali sila survey ye hanie, jangan main terjah je macam tu. hihihi. Setelah survey harga di internet baru dapat tau nama getah putih ini 'membrane'.

ID866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka

Read More...

Monday, November 10, 2014

Alkisah Abg Haq Elergik Ubat

Monday, November 10, 2014,2:57 PM |
Hari yang sangat mencemaskan hati saya. Ambil dari rumah pengasuh mulut Abg Haq agak tebal dan muka memang macam sembap je. Kenapa kepelikkan ini berlaku?

Bawah telinga Abg Haq membengkak, bawa ke klinik malam itu juga, rupanya tonsil membengkak walaupun tak demam, jadi salur yang berkaitan dengan tonsil pun turut membengkak. Doktor bekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat untuk dihisap seperti gula-gula. Saya bertanya kepada doktor, "perlu ke bagi antibiotik ni" doktor kata " memang perlu memandangkan kuman telah merebak ke tonsil dan salurnya"

Sebelum tidur Abg Haq makan antibiotik, apabila bangun pagi, bengkak tersebut makin besar dan Abg Haq mengadu sakit. Saya berikan lagi antibiotik dan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan pukul 7 pagi. Tak lama selepas itu, jari Abg Haq bengkak, memang besar kata pengasuh. Tengahari bengkak tu kembali surut. Pukul 3 petang makan antibiotik dan ubat tahan sakit, tak lama kemudian bibir pula bengkak. Tak terdetik pula yang Abg Haq elergik ubat.

Omega Guard untuk kanak-kanak hidap BRONCHITIS

Hati seorang ibu, ya allah kenapa lah anak aku ni, memang risau, cemas. Nekad lepas magrib bawa Abg Haq ke hospital. Call adik untuk teman, adik pula sibuk, call orang sebelah rumah, alhamdulillah dapat teman ke hospital.  Siap-siap bawa ubat dan antibiotik untuk bagi pada doktor.

Macam biasa Hospital Melaka di wad kecemasan tu sentiasa je ramai orang. Alhamdulillah kalau kes budak-budak memang didahulukan. Bila tiba giliran memang lega sangat dapat tengok muka doktor. Nampak tak betapa mulia kerja doktor ni, bila cek-cek alkisahnya Abg Haq alergik ubat tapi tak tahu ubat tahan sakit suspension BRUFEN ibuprofen ataupun antibiotik curam 156,25mg/5ml brand sandoz. (tah apa aku tulis, memang sengaja direkodkan diblog ini untuk rujukan kemudian hari) Tapi doktor pesan untuk simpan serpihan dari kotak ubat tersebut untuk rujukan kemudian hari. Berkali-kali doktor pesan. Ye doktor, saya akan simpan.



Harini salur tonsil bengkak lagi, tak tahu lah apa sebabnya, tapi setahu saya kalau kuman dalam salur tersebut masih ada, ianya akan bengkak surut bengkak surut, akhirnya kene juga ambil antibiotik jenama yang lain. Tapi tu lah, fobia lah pula saya nak bagi Abg Haq antibiotik lagi. Ya Allah buntu saya dibuatnya. Kesian Abg Haq. Kene bawa jumpa doktor lah ni. Moga abg haq sentiasa sihat dan gembira. 


Read More...

Saturday, November 8, 2014

Ilman batuk berlarutan sembuh dengan madu dan omega

Saturday, November 8, 2014,5:46 AM |
Ilman sudah mula makan omega guard shaklee a.k.a minyak ikan. Tahap kesihatan Ilman adalah lebih baik daripada Abg Haq jadi saya rasa tiada keperluan lagi untuk memberikan ilman vitamin seperti Abg Haq. Tetapi apabila ilman batuk berlarutan, kadang-kadang sampai termuntah, kadang-kadang sampai merah mukanya, keras perutnya, ubat batuk dah banyak makan tapi tak hilang juga, mak pun bising sebab dah hampir dua botol ubat batuk saya berikan.

Petua Buang Lendir Untuk Kanak-Kanak 

Nak kata saya give up dengan ubat batuk pun iye juga, apabila ubat batuk botol kedua habis, saya tak beli lagi, saya terus berhenti sebab bimbang banyak sangat ubat batuk yang diambil akan memudaratkan ilman kemudian hari. Apabila berhenti saya gantikan dengan madu dan saya selang selikan dengan bagi omega kepada ilman. Batuknya beransur hilang dan 4 hari terus tak batuk lagi. Ya Allah, Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah.     


Sejak dari itu, madu dan omega menjadi supplement kepada ilman. Madu saya berikannya setiap hari manakala Omega Guard saya berikan seminggu 3 kali (1 biji setiap kali pengambilan) berikutan umurnya yang masih kecil.

Saya juga berharap mama mommy ibu diluar sana yang anaknya batuk berlarutan, mahupun orang dewasa, cubalah gambungan mantop madu dan Omega Guard ini. Pasti hasilnya memuaskan hati berbanding ubat batuk.

Order online -> Omega Guard

ID866973
Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Friday, November 7, 2014

Si manja Ilman berusia setahun sebulan

Friday, November 7, 2014,5:01 AM |
Ini lah Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz, Ilman dah nak masuk usia setahun sebulan bulan. Ilman masih lagi bertatih. Setakat malam tadi, dalam 10 tapak pastu tumbang. Alhamdulillah lah, tapi nampak gaya dirinya belum dapat merasai keseimbangan untuk berjalan. Si manja ilman, tak suka kalau orang kata 'tatih, tatih' dia pasti duduk kembali. Jadi saya bangunkan dia dan suruh dia kejar abg Haq, senyum -senyum simpul dia menapak pergi mendapatkan abangnya itu. Abg haq pun ketawe terkekek-kekek bila adik mengejarnya. Suka Abg Haq sebab ada kawan bermain.



Perwatakan ilman agak manja berbanding Abg haq, mungkin sebab dia 'adik'. Walaupun begitu, sifat tak beralah dan suka berebut mainan sama juga seperti kanak-kanak lain. Saya sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan saya dalam menjaga mereka berdua seorang diri kerana suami bekerja jauh. Setelah pulang dari rumah pengasuh, biasanya saya akan memberi mereka makan, lepastu bermain-main hingga penat. Ilman biasanya akan tidur seawal pukul 9. Apabila ilman dah tidur, tak lama lepas tu Abg Haq pun akan tidur juga. Kalau ada kerja yang belum selesai, Abg Haq biasanya jadi peneman mama buat kerja contohnya sidai baju atau basuh pinggan. Nasib ada Abg haq, bising mulut dia buatkan kerja saya cepat habis. hihihi.

Ikuti kisah Si manja ilman dan Abg Haq pada entry yang seterusnya ye. Sekian sahaja, Wasalam.

Order online vitamin shaklee -> Set Kanak-Kanak

Read More...

Tuesday, November 4, 2014

Omega Guard Shaklee pilihan saya

Tuesday, November 4, 2014,12:43 PM |
Apakah supplement pilihan anda? perlukah supplement Omega Guard?
Fikir-fikirkan ye!!!! Bulan November 2014 ini Promosi beli 6 percuma 1 untuk Omega Guard. Siapakah yang perlukan Omega Guard a.k.a minyak ikan shaklee ini? Kenapa Omega Guard ini menjadi pilihan saya?


Jawapannya, saya memilih Omega Guard sebagai supplement untuk diberikan kepada anak saya kerana Omega Guard diekstrak bukan dari hati ikan. (hati, organ dalaman, nabi kita tak makan organ dalaman) Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk Omega dipasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.





Berminat untuk mendapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Boleh COD ditempat-tempat yang dipersetujui. 
Read More...