Friday, September 26, 2014

Rahsia diriku kekal kurus menawan

Friday, September 26, 2014,5:34 PM |
Hamboiii, tajuk kali ni tak agak-agak ye, kurus tu menawan ker???hahaha
Tergerak hati untuk berkongsi rahsia diriku kekal kurus ni sebab ada yang menegur saya sebentar tadi ketika menghantar surat. 
kakak 1 : Dak hanie ni kurus je aku tengok, apa rahsia ko nie?
Kakak 2 : Ni mesti makan shaklee ni.
Kakak 1 : Ko tak makan malam er?
Hanie : Tersenyum poyo.. hahaha

Sebenarnya ianya bukanlah rahsia lagi. Betul tekaan kakak 1 itu, apabila pulang dari kerja saya akan makan malam, iaitu sebelum pukul 7. Saya agak itulah yang menyebabkan saya kurus dan rahsia-rahsia lain yang bukan rahsia lagi yang menyebabkan diriku kekal kurus menawan adalah pengambilan air putih yang mencukupi iaitu lebih 2 hingga 3 litter sehari, senaman ringkas iaitu sit up max 20 x sehari, senaman cantikkan peha 10x iaitu (gambar senaman yang tengah2 tu, konon nak kecikkan peha buat lah senaman itu ye)  dan menyusukan baby (kalau yang ada baby lah). Itu je. ringkaskan tapi kalau tak biasa mungkin orang akan rasa payah. 

'Nak seribu daya taknak seribu dalih'



Itu je lah nak kongsi harini, mudah je nak kurus ni, tapi kurus sihat tau, bukan kurus penuh kolestrol, makan pun kene jaga juga. Kalau nak tips lain dari saya mengenai kurus-kurus ni, besar hati kiranya kalian menhubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my
Order online -->  Vitamin Shaklee

Read More...

Thursday, September 25, 2014

Breast pump yang bermasalah

Thursday, September 25, 2014,5:02 PM |
Apabila breast pump bermasalah, maka terganggulah sikit kuantiti susu yang dihasilkan. Mana tak nya, selalu pam serentak kedua-dua belah, tetiba pula kena buat satu satu, tak ke stress dak hanie, selalunya 15-20 minit dah siap ni nak kene tunggu hampir 40 minit. ayakkkk... 


Banyak kedai dah dirayau di Melaka ni untuk dapatkan spare part breast pump ni, tapi tak jumpa, kene order online lah jawapnya ni. Ada ke yang alami masalah nak cari getah ni ye. Brand spactra 3 lah. 

Moga Allah beri saya kesempatan masa untuk online cari getah putih ini sebab rasanya sekarang terlalu sibuk untuk survey2. Amin. 


Di harap lepas tukar getah putih, pump ini boleh beroperasi seperti biasa, janganlah benda lain yang gosak. 

Order online --> Set Ibu Menyusu 3M 

3M - mAkiNg MoRe mIlK
HoOrEy!!!!!
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Tuesday, September 23, 2014

Tips mengatasi anak susah tidur awal di waktu malam

Tuesday, September 23, 2014,7:00 AM |
Di petang yang sejuk beku dengan angin ekon yang sepoi-sepoi bahasa ini, terajin pula harini untuk berkongsi tips untuk mengatasi masalah yang sering dihadapai oleh ibu bapa masa kini iaitu susah untuk anak-anak tidur awal diwaktu malam. 

Kesukaran ini juga pernah saya hadapi ketika Abg haq berumur setahun lebih. Sangat susah untuk Abg Haq tidur awal. Ada kalanya saya tidur pukul 10 malam, Abg Haq akan tidur pukul 12 malam. Tapi alhamdulillah masalah itu dapat diatasi malah beliau akan tidur biasanya seawal 9.30 malam. 


Antara tips untuk atasi masalah anak susah tidur awal ini adalah :
1. Kenali punca Mengapa susah tidur?
Perkara paling biasa adalah kerana anak-anak melakukan aktiviti kegemaran mereka sehingga melekakan dan tiada rasa mengantuk. Penyelesaiannya menyuruh mereka sambung aktiviti kegemaran mereka keesokkan hari.
2. Masuk ke tempat tidur lebih awal. 
Kalau nak anak tidur pukul 10. Pukul 9 dah boleh ajak anak ke tempat tidur. Biar mereka bergolek-golek, bercerita di atas katil sehingga tertidur.
3. Gelapkan tempat tidur.
Bukannya nak suruh gelap gelita, tapi biar ada beza terhadap kawasan untuk melakukan aktiviti cahaya terang, untuk tidur, malapkan sedikit lampu. 
4. Makan malam lebih awal
Kalau makan pukul 9.30 pm, lepas makan terus tidur ayakkkk boleh ker? Oleh itu, sila makan malam lebih awal.
5. Lakukan aktiviti riadah dipetang hari
Galakkan anak-anak untuk keluar bermain di waktu petang samada berbasikal, main bola, badminton, kejar-kejar, baling selipar (aktiviti yang mengeluarkan peluh) dan elakkan mereka ayik menonton TV dari balik sekolah hingga malam hari. 
6. Teman anak-anak tidur
Dalam cahaya samar-samar di bilik tidur, bercerita la dengan anak-anak ataupun bacakan ayat-ayat suci quran. InsyaAllah mereka lebih mudah untuk tidur sekiranya ibu atau bapa mereka teman.

Ada banyak lagi tips menarik yang hendak dikongsikan tapi dengan masa yang terhad, 6 pun cukuplah. Tips ini terpakai untuk kanak-kanak, kalau dah remaja tu lain kot caranya. Anakku belum remaja lagi jadi tiada experiance. Semoga tips ini berguna kepada ibu bapa di luar sana. 

Sekian, salam sayang.
Read More...

Monday, September 22, 2014

Berpuas hati dengan vitamin mata Shaklee iaitu CarotoMax

Monday, September 22, 2014,1:42 PM |
Alhamdulillah, terus-terusan customer ni meng'order CarotoMax Shaklee. Semestinya beliau sangat berpuas hati dengan vitamin untuk mata ini. Semoga selaput dimata suami beliau hilang sepenuhnya dan pergi tidak kembali. hihihi 

Paling seronok, setelah berpuashati dengan vitamin shaklee, berminat pula untuk menjadi ahli. Syukur alhamdulillah, moga Allah permudahkan rezeki beliau dan keluarga untuk daftar menjadi ahli keluarga Shaklee. Lepasni beliau boleh beli vitamin dengan harga yang lebih murah. yeah!! happy sangat untuk kak siti.

Bak kata upline a.k.a mommy lydzar 
"The product talk itself & it become more powerful & meaningful with all sharing with love from all of u. 

Sharing is caring, Moga blog ini menjadi tempat untuk saya berkongsi ilmu dan testimoni hebat pengguna shaklee, InsyaAllah. 


Satu hidangan CarotoMax Shaklee ini bersamaan dengan 89 hidangan Raspberries untuk mendapatkan khasiat Alpha - Carotene. 

Alpha Carotene untuk menajamkan penglihatan pada waktu malam, membuat mata lebih sihat dan menghalang degenerasi penglihatan. Klik sini untuk info bahaya Degenerasi.

Isi kandungan CarotoMax Shaklee, klik link ini 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CarotoMax Shaklee atau vitamin shaklee yang lain. Boleh hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

CarotoMax 30biji RM74.00

Klik sini untuk order online ->  CarotoMax Shaklee

Read More...

Thursday, September 11, 2014

Rahim bengkak Kupasan daripada Dr. Malinda

Thursday, September 11, 2014,4:25 PM |
Assalammualaikum 

Alhamdulillah, terang dan jelas, buka hati dan buka minda. Kita minta pendapat mereka yang profesional a.k.a pakar. Jom kita baca. Bismillah.

Saya ambil ini dari page FB Dr Malinda. Ayat ini tidak diubah untuk mengekalkan keaslian tulisan Dr. Malinda.

Dr Malinda Health & Beauty Clinic
Kenapa Rahim Bengkak?

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas. Ok. Basically,
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. 

Uterus atau ovari yang bengkak?
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.


Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan. Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.


Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Take care of your health. Wanita - Anda Istimewa. 
Luv, Dr. Malinda

Kredit : Blog Dr. Malinda

ID 866973
Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Wednesday, September 10, 2014

Rahim bengkak akibat makan vitamin shaklee

Wednesday, September 10, 2014,2:12 PM |
Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kini isu rahim bengkak akibat makan vitamin shaklee memang hangat diperkatakan. Customer yang makan vitamin tersebut salahkan vitamin shaklee kerana rahim bengkak, dapat fibroid la dan macam-macam lagi. Adakah ini satu tuduhan! Pengedar shaklee pun hangat membincangkan isu akibat dari tersebarnya tuduhan yang dilemparkan, tak kurang juga ada diantara SID Shaklee yang was-was, eh betul ke! ye ke tak ni!  Memang menjadi viral dan ada yang bertepuk tangan sambil tersenyum mengenai isu ini.





Hati-hati dengan apa yang anda tulis kerana ianya akan menjadi bukti. Pihak shaklee juga telah respon melalui Facebook page rasmi shaklee mengenai isu ini. Diharap isu ini tidak berakhir dengan saman-menyaman di antara satu sama lain kerana saya pasti pihak shaklee akan menang. 


Saya sebagai pengedar sah shaklee berasa agak sedih atas tuduhan yang dilemparkan. Mungkin healing krisis tapi itu hanya sementara, mungkin penyakit tu dah duduk disitu yang kita sendiri mungkin tak sedar. Itu pendapat peribadi sahaja. InsyAllah pada entry berikutnya saya akan share penerangan dari seorang doktor mengenai masalah ini. 

Nota kaki : Minum lebih 3 liter air putih sehari 
Sekian, wasalam. 
Read More...

Tuesday, September 9, 2014

ESP menjadi peneman dikala kelaparan

Tuesday, September 9, 2014,3:51 PM |
Yeahhh.. dasyat tak tajuk entry kali ni. Baru je habis pam susu badan, tu yang jadi ayat 'ESP menjadi peneman dikala kelaparan' tu. Makan dalam pukul 12.30 tenghari kini sudah pukul 3.30 petang, jadi berkeroncong lah perut saya ni. Saya makan mee hun je, tu yang cepat lapar, kalau makan nasi lambat sikir laparnya. hehehe. ataupun itu hanya mitos diminda saya je, ayakkk..pulak dah, macam-macam hal lah dak hanie ni kan. 


Nasib ada lah ESP ni ada kat opis, kalau tak, kene tunggu balik rumah lah baru makan. Nak keluar dari opis ni cukup la malas tahap gaban, jadi dengan cara mudah dan pantas, penyediaanya kurang dari 5 minit. Hanya koyakkan 1 pek nestum 3 IN 1, letak air panas bagi kembang sikit, campur air suhu bilik biar jadi suam-suam kuku, kemudian masukkan sesudu esp, kemudian kita shake shake shake!!! TARAAAAAA...siap dah.. pantas sungguh penyediaan ESP Shaklee ni kan, eMM..Sedap pula rasanya. Campuran ESP dengan Nestum ni memang kegemaran saya ni. ni cicah dengan bisikut munchys kopi pula tu. memng terbaik. 


ESP SHAKLEE RM150.00

Sedap, pantas dan berkhasiat. Itulah ESP SHAKLEE. Berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee ni atau vitamin shaklee yang lain boleh segera hubungi saya. Hanie : 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Klik sini untuk order online -->  ESP SHAKLEE


Read More...

Collagen Powder dan Mealshake Shaklee, promosi terbaik September ni

,5:00 AM |
Maaf!!!!! lambat pula mengumumkan promosi hebat yang shaklee buat bulan September ni. Ada dua produk hebat seperti tajuk di atas iaitu Collagen Powder Shaklee dan Mealshake Shaklee. Haiiii.. mak-mak suka lah promosi ni kot termasuklah saya, memang takkan terlepas dari sambar collagen powder shaklee ni.

Klik sini untuk ikuti testimoni Collagen Powder Shaklee dan klik sini untuk testimoni Mealshake Shaklee


Klik sini untuk order online --> Vitamin Shaklee

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Hot Item produk shaklee bulan September ini, boleh segera hubungi saya.
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. 
Read More...

Monday, September 8, 2014

Perlukah susu formula untuk anakku

Monday, September 8, 2014,2:55 PM |
Dengan rasa yang agak kecewa saya menulis entry ini, kalau ada yang mengikut blog saya ni pastinya tahu misi saya sebelum terjadinya anak ini, semasa mengandungkan anak ini, semasa lahirnya anak ini, hati saya teramatlah kuat untuk menyusu badan anak ini sepenuhnya tanpa campur dengan susu formula.

Memang niat suci murni saya itu sentiasa mekar dalam hati saya.  Tapi apakan daya, semakin ilman membesar semakin banyak pula permintaan susu yang agak payah untuk saya tunaikan. Saya ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji selama 3 bulan iaitu pada usia ilman 5 bulan hingga usianya 8 bulan. 

Semasa saya bercuti, tiada masalah untuk saya bagi susu badan secara exclusive sepenuhnya. Mula-mula bercuti, dengan penuh semangat saya membuat stok susu ibu untuk ilman, ada 5 botol penuh susu ibu beku di freezer, apakan daya, ianya cair akibat en.suami mendefross peti ais kami. adehhh.. habis semua susu cair. Buang kesemua susu tersebut. Dan en. suami tak bagi saya menyimpan susu ibu lagi kerana peti ais kami yang satu pintu itu perlu di difross selalu. Hampeh dan kecewa juga lah rasa hati ni.

Dengan kelalain saya sendiri untuk tidak mengepam semasa cuti 3 bulan tersebut, saya kembali bekerja, stress dengan kerja, letih, apabila waktu pam, susu saya semakin kurang. Sepatutnya saya boleh hantar pada pengasuh 5 botol tapi tak dapat. Saya hantar 3 botol sahaja waktu pagi, tengahari saya balik hantar lagi 2 botol, kadang kala ada meeting tak dapat lah saya balik rumah, dan anak saya terpaksa berlapar susu hanya makan bubur dan air kosong sahaja. Malam pula saya tidak mengepam, semangat hilang dek kepenatan dengan urusan seharian. 

Saya cekalkan hati juga, dengan kata-kata mak saya 'kesian ilman', saya bagi juga susu formula lactogen 2 (sama brand dengan abg haq). Tapi sehingga kini ilman masih menyusu badan, dan saya masih bekalkan lagi susu badan cuma di rumah pengasuh, ilman akan minum tambahan 2 botol susu formula. Jadi persoalan perlukah susu formula untuk anakku.. Ya, memang perlu. 

Semestinya susu ibu itu adalah yang terbaik untuk anak dan susu formula adalah alternatif lain bagi memberi nutrisi kepada anak kecil yang kurang mendapat susu dari ibunya

Alkisah perjalanan penyusuan anak ke dua ini. Walau apapun saya bersyukur, ilman menyusu sepenuhnya sehingga berusia 10 bulan, Sewaktu anak sulung, Abg Haq menyusu badan sepenuhnya hanya 20 hari sahaja.

Kegagalan penyusuan susu ibu sepenuhnya bukan kerana susu sikit, susu cair, buah dada kecil, perah dapat sikit, anak tak nak hisap puting, TAPI adalah disebabkan ibu itu sendiri. Jadi, dikesempatan ini saya menyeru supaya ibu berkerjaya, sediakanlah mental dan fizikal untuk melakukan penyusuan susu ibu ini. Jangan kita anggap remeh dalam menyusukan anak ini. 

Sekian sahaja coretan untuk hari ini. Semoga kisah ini menjadi panduan dan sempadan dalam kehidupan seharian. Amin. Wasalam

Pengedar Sah Shaklee
id 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my



Read More...

Friday, September 5, 2014

Anak aktif, Abg haq kini berusia 3 tahun

Friday, September 5, 2014,9:10 AM |
Alhamdulillah, semalam adalah hari lahir Muhammad Haq Uqasha yang ke 3 tahun. Happy birthday sayang, moga jadi anak soleh ye. Anak aktif, cergas dan pintar ni mempunyai banyak kebolehan di usia 3 tahun ni. Antaranya Abg Haq dan pandai bawa basikal (roda tiga), pandai jaga adik (pegang kaki supaya tak jatuh katil), pandai buang air besar di tandas, tidak lagi memakai pampes (tapi nak tidur saya akan pakaikan), sungguh kuat semangat, kalau berebut mainan tu memang tak mengalah, kalau demam pun masih lagi aktif bermain, kalau pergi taman permainan sejam pun belum penat lagi, sedikit sensitif (merajuk), pandai mengalah dengan adik kalau kene dengan cara pujuk nya. Salah satu caranya, umpan dia dengan bagi vitamin sebab Abg Haq suka makan vitamin. 

Abg haq seorang yang takut dengan gelap & guruh seperti mamanya, berani pegang cicak & katak & sedikit baran seperti ayahnya. Budak-budak sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap ibu bapanya kan. Jadi memang saya berazam untuk menjadi contoh yang terbaik pada anak-anak saya. Moga Allah beri saya kekuatan fizikal, mental untuk mendidik mereka dengan cara yang terbaik. Moga anak aktif, cergas, hebat ini akan membesar menjadi khalifah terbaik di bumi Allah ini. Amin

Itulah sedikit sebanyak perkembagan Abg Haq di usia 3 tahun ini. Sejak usianya 1 tahun, saya memberinya Chewable Vit C, Omega Guard dan MealShake Shaklee. Alhamdulillah perkembangan tumbesarannya berjalan dengan baik. 

Dan gambar di bawah ini cerita semalam, makan dan bermain-main di Tesco Melaka. Lihat perangai anak aktif ini, baring atas meja kedai Secret Resepi. Itu belum lagi dia berdiri menjerit dan ketawa berdekah-dekah atas meja.  Adehhhhh anak oh anak. Akhirnya saya bawa dia keluar jalan-jalan sementara tunggu makanan sampai. 




Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Sekiranya anda berada di sini dan ingin COD vitamin shaklee, boleh hubungi saya di 019-6609951. Begitu juga dengan mereka yang di Luar Melaka, jom hubungi saya untuk konsultasi dan order vitamin, Abg posmen ada, jadi tak perlu risau ye. Email saya di emy_2912@yahoo.com.my 

Read More...

Wednesday, September 3, 2014

Shaklee di Sunway Pinnacle

Wednesday, September 3, 2014,1:33 PM |
Assalammualaikum & Salam sejahtera

Daku tertinggal keretapi ker.. saje je nak update blog untuk mengumumkan bahawa shaklee telah berpindah ke tempat baru iaitu di Sunway Pinnacle di Subang Jaya pada 25 Ogos 2014. Nampaknya supplement Shaklee telah diterima ramai dan semakin berkembang pesat walaupun ada badai yang melanda baru-baru ini. Tapi alhamdulillah allah lebih tahu, semua fitnah-fitnah yang dilemparkan menguatkan lagi para SID untuk lebih berjaya. Rezeki itu milik Allah kan. Tempat yang baru ni dikatakan lebih besar dan luas, siap ada tempat mainan kanak-kanak lagi. Hebat.. Tapi tempat yang lama pun saya tak pernah pergi.. hahahaha. al-maklumlah saya berada di Melaka. Jadi orang Melaka yang tercari-cari supplement shaklee, jom hubungi saya. Tak payah lah kita berposak-posak ke sana, juz call me.. :)

Untuk lebih mudah bagi mereka yang mencari Sunway Pinnacle ni, kat gambar tu ada kordinat yang di beri, kalau pakai GPS tu boleh terus masukkan je.. Mudah kan, canggih :)


Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
FB : Emy ilhamie

Order online --> Vitamin Shaklee
Read More...