Friday, July 25, 2014

Jadual pam yang betul banyakkan susu ibu

Friday, July 25, 2014,11:06 AM |
Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki yang allah bagi. Stok susu ibu untuk ilman yang baru je saya pam di ofis sebentar tadi. Pukul 6 pagi pam susu ibu tapi sekadar pam angin keluar. Sekiranya ini terjadi pada anda jangan kecewa. Saya bila tengok botol masih kosong. Saya ucapkan alhamdulillah.. allah bagi kita sedikit masa untuk merangsang hormon kita. Kita bagitau badan kita 'i need more milk'... saya perlukan lebih susu ibu, lebih!! Dan sememangnya  tujuan saya pam susu ibu itu pun dengan harapan akan dapat banyak susu pada jadual mengepam seterusnya. Dan ini lah hasilnya.


Disini saya ingin tekankan kepada ibu bekerjaya yang ingin menyimpan susu ibu, pam ikut jadual yang anda buat/tetapkan. Misalnya saya akan pam pada jam 6pagi , 9pagi , 12 tengahari, 3 petang. Biasanya jam 6 pagi, saya pam dapatlah 1 atau 2 auns. Sikit kan, tapi takpe. Kita dah ransangan untuk mendapat lebih banyak susu ibu pada jam 9 pagi dan hasilnya jam 9 pagi saya dah dapat 6 auns (bulan puasa). Andai kata anda masih dapat sikit juga, jangan risau, ucap alhamdulillah dengan senyuman. Insyaallah akan dapat lebih pada jam 12 thari nanti. kalau boleh hari-hari ikut jam yang sama anda pam. Kalau lah boleh ye sebab kita bekerja tak tentu masa untuk pam kan. Yang penting SILA PAM!!

Dan satu yang saya dapat rasakan sendiri bila kita tenang, susu ibu akan terhasil dengan lebih banyak. Oleh itu jangan stress, banyakkan selawat zikir. Doa banyak-banyak supaya susu ibu kita banyak melimpah ruah. tak gitu. hihihi

klik sini untuk order online --> Set Ibu Menyusu Shaklee

Hanie
SMS/Call : 019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Thursday, July 24, 2014

Diabetes!! jom atasinya dengan vivix shaklee

Thursday, July 24, 2014,4:13 PM |
Kandungan gula yang tinggi dalam darah atau yang pames lagi dikenali sebagai diabetes a.k.a kencing manis. haa macam-macam nama ada. Diabetes adalah disebabkan oleh pengeluaran insulin yang tidak mencukupi atau kerana sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin. 

Kenapakah sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik... Ini kerana berlakunya kerosakkan pada sel tersebut. Kerosakan sel boleh berlaku akibat daripada serangan dari radikal bebas. Oleh itu, antara fungsi vivix adalah membaiki sel-sel DNA yang rosak dan vivix juga mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas. Begitulah secara ringkas bagaimana vivix dapat mengatasi masalah diabetes ini. Oleh itu jom try vivix!!!



Info lanjut mengenai vivix, klik sini 

RM475.00/BOTOL
 Jom order online klik sini --> Vivix Shaklee

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Jika berminat untuk COD vitamin shaklee boleh hubungi saya di talian 019-6609951. Di luar Melaka semestinya khidmat Pos Laju akan digunakan. FREE konsultasi untuk pembaca blog saya!!
Read More...

Thursday, July 17, 2014

Testimoni Performance Drink Shaklee

Thursday, July 17, 2014,9:53 AM |

Assalammualaikum dan selamat berpuasa. 
Diam tak diam dah 19 hari dah kita berpuasa. Alhamdulillah, moga kita sempat sampai hingga ke akhir ramadhan ini ye. Macam mana anda lalui ramadhan ini? Sentiasa letih, penat, tak larat nak buat kerja. Masih belum terlambat untuk saya kenalkan anda dengan minuman elektrolit hebat ini iaitu PERFORMANCE DRINK, tanpa pewarna tiruan, tanpa gula juga tanpa karbonat. Juz nice.  

Ikuti testimoni pengguna mengenai Performance Drink :)

Assalamualaikum.. Mlm ni nak share 1 testimoni sendiri mengenai Performance Drinks.. Alhamdulillah.. Sejak seminggu lebih mengambil PD sebagai minuman wajib keluarga sewaktu berbuka & sahur, anak sy langsung takde ngadu lapar atau dahaga sepanjang berpuasa.. Sy sbg ibu agak risau juga kerana ini adalah tahun pertama anak bersekolah pagi (agama) & ptg (kebangsaan).. Dgn keadaan cuaca sekarang yg mmg panas.. Budak2 terutamanya yg mule2 akan rasa lesu & letih.. Tp, dengan PD Shaklee.. Alhamdulillah, tiada lg rasa lesu @ letih dlm diri anak sy.. Malah die teramat sukekan rasa oren PD Shaklee... TQ shaklee.. Mmg produk terbaikk!!!


Klik untuk order --> http://bit.ly/rujukvitaminkuPD


Sebarang pertanyaan boleh segera hubungi hanie di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my. Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. 

Read More...

Tuesday, July 15, 2014

Khasiat buah naga dan smoothies sweet pinky

Tuesday, July 15, 2014,10:02 AM |
Buah naga yang cantik molek bukan sahaja sedap dimakan malah kaya dengan pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan badan.

Kajian mendapati ia kaya dengan kandungan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium  yang lebih baik berbanding buah-buahan import.

Buah yang berasal daripada keluarga cactacea dalam spesis pokok kaktus itu juga baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia membantu memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam darah.


Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1(mengawal kepanasan badan), vitamin B2(menambah selera makan), vitamin B3(menurunkan kadar kolestrol) serta vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit dan mencegah jerawat. HM140714

Kini dipasaran terdapat dua jenis buah naga iaitu yang isinya berwarna merah dan putih. Ia boleh dimakan begitu sahaja dan isinya manis seperti buah kiwi. 


Resepi smoothies sweet pinky dari HANIE
1 Biji Buah Naga
1/2 Cawan Yogurt
2 Sudu ESP Shaklee
1 Sudu Mealshake Shaklee
1 Cawan Fresh Milk
Sedikit gula
Semangkuk ais sesedap rasa

Blenderkan semua diatas dan hasilnya pasti yum yum.. Sangat segar bila minum waktu berbuka puasa dan pastinya anda kenyang lebih lama. Selamat mencuba!!!

Klik sini untuk order --> smoothies sweet pinky

Read More...

Friday, July 11, 2014

Vitamin ACE Shaklee super antioksidan

Friday, July 11, 2014,4:05 PM |
Antioksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan molekul yang lain. Pengoksidaan merupakan satu tindak balas kimia yang memindahkan elektron atau hidrogen daripada bahan untuk agen pengoksidaan. Tindak balas pengoksidaan boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ini boleh menyebabkan kerosakan atau kematian kepada sel.

Apabila kerosakan sel berlaku maka kita akan dengar 'eh muka nampak macam tua tapi muda lagi'. Penuaan yang berlaku tidak selari dengan umur. Radikal bebas akan menyebabkan penyakit mudah nak datang kepada kita. Radikal bebas yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik diantaranya kanser, jantung, pereputan tulang, sakit sendi, alzheimer(nyanyuk), strok dan lain-lain lagi.

Untuk melawan radikal bebas ini, kita memerlukan ANTI-OKSIDAN. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik antioksidan. Oleh itu dinasihatkan untuk makan banyak-banyak sayur dan buah. Jangan lupa untuk ambil vitamin yang tinggi kandungan antioksidan seperti vitamin A, C & E.

Memperkenalkan vitamin ACE Shaklee super duper antioksidan untuk melawan radikal bebas. Khas untuk mereka yang inginkan kesihatan yang lebih baik dan yang ingin kekal cantik.


Klik sini untuk order online --> Vitamin ACE

Saya adalah pengedar sah shaklee id 866973 yang berada di Melaka. Jom hubungi saya untuk FREE konsultasi mengenai vitamin, FREE jadual makan vitamin dan pelbagai tips menarik saya sediakan kepada follower blog ini. Jom jadi ahli untuk diskaun vitamin sehingga 15%. Hanya RM75 sahaja seumur hidup tanpa perlu renew. 

Read More...

Thursday, July 10, 2014

Say Yes To Mealshake Shaklee

Thursday, July 10, 2014,3:30 PM |
Ikuti testimoni dari seorang customer yang memberi anaknya minum mealshake shaklee. Terbaik.. terlajak sedap, Mealshake ini berperisa vanilla, sungguh sedap bila dicampur dalam susu anak kita, kesedapannya sampai dipanggil 'susu sedap.' Kalau orang dewasa pula boleh dicampurkan dalam minuman kita. Mudah larut dan sangat berkhasiat. 

Wajihatun Nor
Say Yes to MEALSHAKES.
Anak saya Danial dah 4 tahun. Sejak umur 1 tahun lebih dia mula kurang makan malah memilih utk makan. Pernah sampai minta susu shj seharian. Ibu mana tak risau kan. Sejak beri Mealshakes dia mula makan sedikit demi sedikit. Walaupun bab makan memang susah, dia tidak pernah sembelit, jarang demam dan tak pernah warded mcm kanak2 yg lain. Itu yg paling penting! 

Mealshake
Menyediakan nutrisi lengkap 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Kaya dengan protien (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaa sel-sel  kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain. Membantu tumbesaran kerana Mealshake mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar. Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.


Siapa yang Memerlukan
# Bayi 1 tahun ke atas
# Pelajar
# Kanak-kanak membesar
# Ibu menyusu
# Ibu mengandung
# Mereka yang berpuasa
# Orang sakit
# Orang yang sibuk bekerja
# Orang yang selalu mengambil makanan segera

Klik sini untuk order online --> Meal Shake Shaklee

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Sekiranya anda inginkan kosultasi dari saya, segera hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Rahsia ibu menyusu kekal aktif di bulan ramadhan

,12:39 PM |
Sebagai ibu yang masih menyusu badan, sebelum tibanya bulan ramadhan saya risau, takut-takut produktiviti susu saya akan merundum. Walaupun dah berlatih 2, 3 kali puasa sunat, tetapi hati tetap rasa gusar. Saya memang nak sangat menyusukan anak saya sehingga 2 tahun. 

Harini hari ke 12 berpuasa di bulan ramadhan, saya dah boleh menarik nafas lega. Alhamdulillah susu saya maintain, tak lah meriah dan melimpah ruah tapi cukup untuk si kecik saya tu. Apakah rahsianya? cewah.


Masa hari pertama berpuasa, ya allah memang berkeroncong perut waktu tengahari lepas menyusukan anak. Awal-awal mula berpuasa maka terlupalah vitamin nak ambil, ESP pun tak sempat nak minum. Begitulah 2, 3 hari berikutnya masih belum dapat menguruskan masa dan keadaan dengan betul. My hero 2 orang tu pun ikut bangun sahur sekali, tak ke kacau bilau pepagi tu. 

Biasanya waktu sahur saya akan ambil 2 gelas air masak, 1 biji vitamin C Shaklee, sesudu madu dan beberapa biji kurma. Masuk hari ke 4 kalau tak silap sy, Performance Drink yang saya order untuk bulan puasa telahpun sampai, dan saya nekad untuk minum minuman elektrolit tersebut setiap hari. Memang bertambah tenaga, aktif buat kerja tetapi bila petang mulalah berkeroncong perut saya ni. Mak saya kata 'ko kurus tak de lemak tu yang berkeroncong perut'..ye ke tidak idok tahu ler.. hihihi 
Kemudian hari berikutnya saya mula ambil ESP satu sudu, susu yang terhasil lebih pekat tetapi masih terasa lapar waktu petang. 

Hasil pam susu pada pukul 4.30pm

Jadi beberapa hari berikutnya saya pun cuba ambil 2 sudu esp di waktu sahur. Lepas makan nasi saya akan minum ESP (letak 2 sudu)  Ya allah, alhamdulillah. Memang aktif dan bertenaga sampai ke petang, perut keroncong tiada lagi. Ini lah rahsia saya sebagai ibu menyusu untuk kekal aktif sepanjang menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan ini. 

Menu wajib saya ketika bersahur adalah
 Nasi, 
Segelas ESP(2 sudu), 
Segelas air performance, 
Segelas gelas air putih,
1 biji Vitamin C Shaklee
 sesudu madu 
beberapa biji kurma

Insyaallah kalau tiru menu saya ini, anda juga akan aktif bertenaga seperti saya. Bukan tak terasa letih dan lapar, cuma nak elak perut berkeroncong bergendang yang boleh mengundang gastrik je. 

Klik sini untuk order online --> Set Sahur

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Sekiranya inginkan konsultasi dari saya boleh terus segera hubungi 019-6609951 atau emai saya di emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Tuesday, July 8, 2014

Tutorial cara order vitamin shaklee secara online

Tuesday, July 8, 2014,4:28 PM |
Lepas ni semua penggemar dan peminat vitamin shaklee dari blog rujukvitaminku boleh order vitamin secara online melalui link yang saya letak dalam setiap entry saya. 

Untuk memudahkan semua, saya telah sediakan tutorial cara order vitamin shaklee secara online. Sangat mudah untuk faham dan nak ORDER pun mudah juga.

Inilah laman pertama yang anda akan temui. Boleh tukar bahasa, tick pada setuju dan klik seterusnya.


Laman seterusnya anda akan lihat semua produk telah di tick, maka anda perlu untick pada vitamin yang anda tidak mahukan. Sila tukar pada kuantiti jika mahukan lebih dari 1. Setelah comfirm klik checkout. (Cas pos RM10.00 akan ditambah)



Isikan detail anda. Klik contineu/seterusnya



Lihat semula senarai vitamin yang anda pilih dan alamat penghantaran. Jika betul klik proceed for payment



Boleh buat payment menggunakan kad debit atau kad kredit. Isikan maklumat dan klik comfirm payment. Sistem akan membawa anda ke private payment. Anda perlu memasukkan kod MSOS yang akan dihantar melalui sms kepada anda. Sila pastikan had belian kad debit anda mencukupi sebelum peneruskan pembayaran. Hubungi pihak bank sekiranya ada masalah mengenai MSOS atau kad anda.

Info Tambahan : 
Had belian (had belian online), 
Had Pindahan (had untuk transaksi pindah wang), 
Had pengeluaran(had pengeluaran di mesin ATM)



Selesai!!!! mudah je kan.. Jom Shopping vitamin. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di no. 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Klik sini untuk Order Online


Read More...

Monday, July 7, 2014

'Performance' minuman elektrolit menemani ramadhan ini

Monday, July 7, 2014,3:44 PM |

Sekadar berkongsi minuman yang menemani saya pada setiap hari di bulan ramadhan ni. Harini hari ke 7, maka dah 7 harilah saya consume Performanca drink ni. 


Performance drink dengan perisa natural orange tanpa gula, pewarna tiruan dan tanpa karbonat sangat sesuai diambil oleh semua orang termasuk ibu hamil dan ibu menyusu juga sangat-sangat digalakkan. Fungsi utama performance drink sebagai minuman elektrolit adalah mengawal keseimbangan air dalam badan, ianya juga dapat mengawal kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dan meningkatkan stamina di bulan puasa ini.

Resepi kesukaan saya semasa berpuasa ini adalah segelas performance drink sejuk yang dicampur dengan sesudu madu. Masyaallah sungguh sedap dan melawaskan. Cuba lah, baru tahu. Kurma dalam gambar tu gambar hiasan ke.. oh tidak, makan kurma bertambah tenaga tau.

Ini lah yang saya amalkan semasa ramadhan ini sebagai penambah tenaga selain vitamin rutin ibu menyusu saya.

RM82.50 (539gram)
Sekiranya berminat untuk membeli Performance Drink-->klik sini 
set ibu menyusu saya -->klik sini
Jom shopping vitamin shaklee yang lain -->klik sini

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.
Read More...

Thursday, July 3, 2014

eSell bakal memudahkan pengemar vitamin shaklee

Thursday, July 3, 2014,11:29 AM |
Yeahhh.. ianya amat memudahkan dan sangat cepat. Hanya klik klik dan tunggu barang sampai. Lepas ni para pembaca blog rujukvitaminku akan lebih mudah untuk membeli vitamin lah ye. Hanya klik pada link yang saya letak dah boleh buat pembelian sendiri tanpa hubungi saya. Pembelian vitamin melalui eSell dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.

Shaklee baru melancarkan eSell ini semalam. Saya pun baru sempat jengah-Jengah manual nak install eSell ini. Bepinar-pinar juga mata, agak susah nak faham. Tapi takda masalah kalau ianya memudahkan pengemar-pengemar vitamin shaklee di blog saya ini. Belajar dan terus belajar sampai faham. Insyallah saya akan try n error dulu. Bila dah ok saya akan umumkannya kembali.


Esok baru ada eSell training kat Melaka. Tapi macam lambat je kan nak tunggu esok. Jadi mungkin petang ni saya akan cuba installkan eSell ini. 

Tapi diingatkan semua pembeli vitamin shaklee di blog rujukvitaminku boleh mendapatkan konsultasi dari saya secara percuma.  Selain jadual makan vitamin dan pelbagai tips serta e-book juga ada saya sediakan untuk semua customer saya. Jom lah beli dengan saya.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Makanan terbaik untuk kanak-kanak yang berpuasa

,7:30 AM |
Makanan memberi kita tenaga sepanjang hari. Oleh itu, makanan yang hendak diberikan kepada kanak-kanak yang berpuasa haruslah dititik beratkan bagi membolehkan kanak-kanak itu melakukan aktiviti harian mereka. Walaubagaimanapun kita boleh melatih anak mengikut kemampuan mereka. Jom ikuti sedikit coretan mengenai makanan terbaik bagi si manja anda. 

- Makanan seimbang
Makanan seimbang yang lengkap  dapat memberikan tenaga kepada si kecil yang berpuasa. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu ditambah dalam setiap hidangan untuk melengkapkan khasiat dan memberi tenaga kepada mereka yang berpuasa. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi memastikan mereka mendapat khasiat sepenuhnya untuk keperluan badan mereka sepanjang berpuasa.

- Makanan berserat
Pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia membuatkan anda lambat lapar. Ia juga baik untuk penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula  memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang. Yang penting pastikan menu makanan mereka adalah makanan kaya serat ketika berbuka dan bersahur.

- Protein dan kalsium
Daging, ikan, ayam, kekacang, susu atau produk tenusu adalah sumber protein penting untuk tumbesaran anak anda sekali gus merupakan sumber untuk protein dan kalsium yang dapat membantu mereka mendapat khasiat dan tenaga secukupnya ketika berpuasa. Berikan susu ketika sahur dan hidangkan ayam goreng kegemaran mereka ketika berbuka pasti merka cukup bertenaga sepanjang hari-hari berpuasa.



- Karbohidrat
Nasi adalah makanan ruji yang tinggi karbohidrat. Ia dapat memberi tenaga kepada si kecil anda yang berpuasa. Namun jika mereka tidak gemar makan nasi, gantikan dengan makanan jenis yang sama berdasarkan piramid makanan seperti mi, mihun, pasta, roti dan bijirin.

Vitamin untuk kanak-kanak lebih pintar 
- Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi. Ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi  sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya. Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mngandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.

- Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan  dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Sumber : pama

Anda juga boleh memberikan memilih milk shake untuk dicampur dalam minuman untuk anak anda supaya anak mendapat nutrisi yang lengkap walaupun di bulan puasa. Mealshake adalah multivitamin berperisa vanilla.. hebat.. terasa seperti makan aiskrim pula ye.. 

Berminat untuk mendapatkan mealshake atau vitamin shaklee yang lain boleh segera hubungi saya untuk mendapatkannya.

Klik sini untuk belian terus ke shaklee : Milk Shake Shaklee

Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. 

Read More...

Wednesday, July 2, 2014

Promosi Vivix Shaklee Julai 2014

Wednesday, July 2, 2014,4:00 PM |
Promosi vivix kembali lagi dan macam biasa promosi shaklee adalah beli 6 percuma 1.
Kalau beli 2 percuma keahlian shaklee
Dan semestinya beli 1 botol vivix free postage



Vivix Shaklee RM475/BOTOL
Best price!!!!! Jom hubungi saya... kite cerita macam mana nak dapat harga yang bestttt... 

JOM JADI AHLI SHAKLEE RM75.00 SEUMUR HIDUP TANPA PERLU RENEW
Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.
Read More...

Set Kesuburan Shaklee bantu ibu untuk hamil

,1:26 PM |
Alhamdulillah, rezeki allah beri, berkat sedikit usaha akhirnya membuahkan hasil. Setelah 2 bulan mengambil set kesuburan bajet dari shaklee beliau berjaya hamil. Si isteri mengamalkan GLA Complex manakala si suami pula mangamalkan Zinc Complex.

Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga. Kajian juga menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

Rahsia kandungan vivix - anti penuaan

Dieyana Rahim ‎SHAKLEE GBS
Testimoni custmer : alhamdulillah..setelah mengambil set budjet kesuburan suami isteri gla+zinc,beliau berjaya hamil..


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kesuburan shaklee boleh segera hubungi saya di 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my.

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.
Read More...

Tuesday, July 1, 2014

Petua buang lendir untuk kanak-kanak dengan daun ketumbit

Tuesday, July 1, 2014,10:32 AM |
Petua buang lendir ni bukan sahaja boleh digunakan kepada kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh. Al-kisah ilman kene asma dan nafasnya berbunyi. Dah masuk sepital 3 hari pun masih ada bunyi, lendir/kahak tu tak reti nak buang. Tapi alhamdulillah dekat paru-paru nya dah tak da lagi, tu yang doktor benarkan balik rumah. Jadi cara alternatifnya adalah menggunakan petua yang menggunakan daun ketumbit ini selain turut makan ubat yang dibekalkan oleh pihak sepital. 

Cara menggunakan daun ketumbit ni adalah petik 5, 6 helai daun, basuh bersih dan ambil sedikit kapur makan, gesek ditapak tangan dan akhirnya akan keluar lendir maka kita sapu didada dan belakang badan. Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas lagi ye...


Ada sesiapa yang tak kenal daun ketumbit, ini lah dia, rupanya macam rumput ditepi-tepi rumah yang menyemakkan tapi banyak khasiat tu.
 

Sekian sahaja entry kali ni, sebenarnya entry kali ini sangat lah menguji kesabaran sebab ayatnya telah didraf lebih awal, bila masukkan gambar melalui handset semua ayat tu hilang.. sabar je kan.. hihihi.. tak pe lah.. Jom siapa yang inginkan vitamin shaklee boleh hubungi hanie di 019-6609951. Sebarang pertanyaan dialu-alukan.   

Read More...