Thursday, June 26, 2014

7 perkara mengenai Phytocol-ST Shaklee

Thursday, June 26, 2014,12:33 AM |
 1. Apa itu Phytocol-ST Shaklee?
PhytoCol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari.

2. Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

3. Bagaimana pemngambilan tablet ini dapat membantu kesihatan saya?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg fitoserol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

4. Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan : 2 tablet dua kali sehari dengan makanan.

5. Bolehkan saya mengambil Phytocol-ST Shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?
Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoQ Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.

6. Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol tinggi sahaja?
Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka. 

7. Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?
Ya.   


Phytocol-ST Shaklee yang berharga RM197.00 (120Biji)

Artikel lain : Turunkan kolestrol dengan Phytocol-ST Shaklee 

Berminat untuk mendapatkan Phytocol-ST ini, boleh segera hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my. Inginkan penjimatan hebat, jom sertai saya menjadi ahli shaklee, hanya rm75.00 sahaja seumur hidup tanpa perlu renew keahlian!!! hebat bukan. 

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. 
 
Read More...

Thursday, June 19, 2014

Punca lelah/semput/asma kepada baby

Thursday, June 19, 2014,8:25 AM |
Nak panggil lelah ke semput ke asma ke.. apa-apa je lah kan.. Tajuk entry kali ini ditulis sebab baby ilman kene asma. 

Al-kisahnya begini....

Mungkin perjalanan kami yang jauh dari Kedah ke Melaka, berehat sehari di rumah dan meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi, Johor membuatkan baby ilman penat, dengan perubahan cuaca dan tempat, maka singgahlah en.demam. Pada ketika dah baik demam selesema, berjangkit pula pada Abg haq selesema dan batuk. Dalam seminggu tu berjangkit pula batuk pada baby ilman. Emmm.. berbalik-balik pula penyakit ni. Kesian tengok baby ilman batuk keras, bawa ke klinik dan bagi makan ubat. Setelah 3 hari batuk bermulalah episod lelah/semput/asma kepada baby ilman.

Waktu pagi, seperti semalam nafas baby ilman berbunyi lebih jelas. Nafasnya laju macam orang penat dan sememangnya saya betul-betul ingat baby ilman penat kot menyiarap dan mengemop satu ruang tamu rumah kejar mengejar abg haq. Jadi saya lebih banyak mendokong baby ilman. Hampir ke waktu tengah hari baby ilman makin tidak aktif dan masih penat walaupun tidak banyak bermain dan lebih berdokong. Hati seorang ibu dah terasa lain macam, tak sedap hati ni, kenapa ni. Ikutkan hati nak bawa baby ilman pergi klinik sekarang tapi oleh sebab petang tu nak balik ke Melaka, jadi diputuskan untuk bawa baby ilman ke klinik masa dalam perjalanan keluar nanti. 


Untuk pengetahuan semua, masa di Kota Tinggi saya menetap di perkampungan Orang Asli Sg. Layau. Agak jauh ke dalam kebun. Nak ke klinik dalam 10km atau lebih. Memang dah tak sedap hati dah ni, bila dokong baby ilman je bergenang air mata, ya allah kenapa anakku ni ya allah. Masa tu saya masih tak dapat kenalpasti kenapa dengan baby ilman. Bila waktu zohor, saya cakap memang tak boleh tunggu petang sebab baby ilman semakin lembik, tak boleh nak angkat tangan. Saya dan emak segera bersiap dan terus memecut ke klinik, waktu hujan lebat. Tiba di satu klinik swasta terasa lega sangat. Cepat-cepat ambil baby ilman masuk ke dalam klinik, tapi dugaan allah kan, pembantu klinik tu kata 'doktor masuk pukul 4'... ???!!!!

Masyaallah.. macam mana ni. Ni je lah klinik yang mak saya tahu.
Hanie :  'Macam mana ni mama, takda doktor'
emak : 'Habistu nak tunggu ke, ni je klinik yang mama tau'
Hanie : 'Takpe lah kita gi klinik kesihatan ikut signbord'

Alhamdulillah, allah mudahkan urusan kami. Kami jumpa Klinik Kesihatan Felda Semencu 5 beberapa minit kemudian. Ada 3 orang pesakit je kat dalam tu, mujur ilman didahulukan. Doktor cakap' dah teruk dah baby ni'. Baby ilman dipasangkan dengan penyedut udara (xtau nak panggil apa benda ni). Sekali diletak air supaya laluan pernafasan berjalan lancar namun tiada kesan. Bagi lagi sekali penyedut udara tu, kali ni dia letak sabutamol (ye tak ye la aku eja ni kan) Doktor pesan bila jadi balik silalah cari klinik atau hospital yang berdekatan.
  
Kulit gatal, kurap oh tidak!!!   

Dalam perjalanan pulang ilman kene lagi, dan kami terus ke Hospital Besar Melaka pada pukul 9 malam dan dimasukkan wad pada pukul 1 pagi. 

3 Hari dihospital ilman makin aktif walaupun setiap kali nak pakai penyedut udara tu memang akan nangis. Bukan sebab sakit tapi mungkin tak selesa akibat asap-asap yang keluar tu kan.

Doktor kata punca lelah/semput/asma bayi ilman ni adalah akibat jangkitan kuman dari batuk yang dialami. Emm.. lepas ni saya dah tau macam mana baby kene asma.

Sebenarnya banyak lagi kisah di hospital tapi kesuntukkan masa pula nak cerita. Takat ni je lah ye.. Mohon doa para pembaca untuk Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz. Semoga allah jauhkan penyakit ini dari melekat pada baby ilman. Amin 


Read More...

Wednesday, June 18, 2014

Set turun kolestrol shaklee

Wednesday, June 18, 2014,7:32 AM |
 Gabungan terbaik Phytocol-ST dan Omega Guard serta Herblax

Phytocol-ST bertindak menghalang kolestrol masuk ke dalam pembuluh darah, jadi ia membantu mengurangkan kolestrol dalam jangka panjang. 

thalassemia set tambah tenaga 

Namun begitu, jika kolestrol telah pun terlepas masuk ke dalam pembuluh darah, anda boleh bantu kawal dengan Omega Guard - minyak ikan tulen yang membantu menaikkan paras kolestrol baik dan mengurangkan paras kolestrol jahat.

Ambil supplement dan kawal jenis makanan yang anda ambil, InshaAllah kolestrol boleh dikawal dengan baik.

Herblax pula sebagai agent pembuangan bagi sisa-sisa didalam badan kita.
  
Phytocol Shaklee berharga RM197.00 (120Biji)
Omega Guard berharga RM136.00 (90Biji)
Herblax berharga rm52.50  (120Biji)

Haa.. sempurna sudah pengawalan kolestrol dalam badan. Di samping amalkkan supplement, kita juga perlu bersenam dan minum air yang secukupnya.  Insyaallah set turun kolestrol mampu membantu anda. Ianya telah terbuktikan. Jadi apa tunggu lagi. Jom segera hubungi hanie untuk mendaptkan vitamin anda.

019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.
Read More...

Tuesday, June 17, 2014

Akhirnya set ibu menyusu shaklee membantu atasi masalah customer ini

Tuesday, June 17, 2014,5:47 AM |

  Apakah tujuan saya menunjukkan salah satu sms antara saya dan anak shaklee saya bersama denagn customernya. Inilah antara contoh cabaran yang kami hadapi sebagai penjual online. Kadang-kadang masalah bergini akan menyebabkan customer hilang kepercayaan. Vitamin ibu menyusu yang customer ni order sampai kepada beliau seminggu lebih. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kepada allah sebab berikan kesabaran kepada customer ini. Alhamdulillah dengan set ibu menyusu ini, susu beliau bertambah banyak.

Pada saat masalah ini terjadi, saya berada dihospital kerana anak saya masuk wad akibat asma. Jadi terasa agak payah dengan tiada line internet, hanya memohon pada allah supaya mempermudahkan urusan saya ini. Allah memang sayang pada saya dan sentiasa mendengar rintihan hati saya. Cuma saya je yang leka. Allah memudahkan urusan saya dengan melembutkan hati customer ini. alhamdulillah syukur. 

 Ya allah sentiaSA dekatkan aku dengan rahmatmu ya allah. amin.

Dah lain pulak cerita dak hanie ni kan. Hanyalah luahan perasaan seketika ye.. hehehehe. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ibu menyusu shaklee, Jom segera hubungi saya di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Tempat COD adalah di Tesco Cheng dan Tesco Bandar Melaka dan Bandar Alor Gajah.
Read More...

Friday, June 13, 2014

Testimoni Phytocol-ST Shaklee, LDL level reduce 22%

Friday, June 13, 2014,5:56 AM |
Testimoni  seorang sahabat FB dengan nama manjanya Ethan yang telah mencuba Phytocol-ST ini selama 2 bulan dan hasilnya kolestrol dalam badan beliau telah berkurangan sebanyak 22%. Wow dengan hanya mengambil Phytocol-ST sahaja.

Jom ikuti testimoni Phytocol-ST beliau.

Ethan Wang
My own Phytocol-ST testimonial.
I have high LDL cholesterol problem due to my eating habit. I love "fat" and this is basically a typical Malaysian diet. In Malaysia, there are more than 6 million adults like me with high cholesterol problem.

Below is lab test result for my LDL
26-Mar-14: my LDL level is 129 mg/dl which was at unhealthy level.

Then, I started to use the Phytocol-ST with 4 tablets per day (2000 mg of phytosterols). To test the result, I stopped taking OmegaGuard, Lecithin and even reduce the intake of ESP Soy Protein. My diet were very unhealthy - loaded with fat and less fiber, vegatables and fruits. 

What happen after 2 months?
I tested my LDL level again on 30-May. Test result was 101 mg/dl. Total reduction of LDL level is 22%!!

So, hope you can share the Phytocol-ST with friends and families. Reduction in cholesterol may reduce the risk of heart attack, stroke, hypertension and etc.




Phytocol-ST RM197.00 (120 Tablet)

Berminat untuk mendapatkan Phytocol-ST ini, boleh hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my (Independent Distributor in Melaka)

Turunkan kolestrol dengan Phytocol-ST

Suka dapat harga yang lebih murah? Nak diskaun? Jom jadi ahli shaklee dengan saya, hanya RM75.00 sahaja dan anda akan nikmati pelbagai manfaat.10-20% diskaun hebat, c$sh money, peluang membuat bisnes dan lain-lain. CALL NOW!!!!!!
Read More...

Wednesday, June 4, 2014

Udang penyebab gout

Wednesday, June 4, 2014,10:46 PM |
Mulai harini blog rujukvitaminku ni akan ditulis dengan lebih santai. Waaa.. masa mula-mula dulu pasal shaklee je kan. Naik muak-muak agaknya orang baca tapi ada ke orang yang baca. Lepas tu saya mula menulis mengenai shaklee dan kehidupan saya dan anak-anak, kehamilan, perjalanan penyusuan susu ibu, perkembangan baby baru saya. Dan harini saya nak cerita pasal udang.

Kenapa udang? Sebab dah seminggu saya duduk di Kg. Sungai Layau, Kota Tinggi ni, asyik lah makan udang je. Sedap memang sedap, Mak kite yang masak memang bertambah sedap lah. Laju je makan. Dah seminggu melantak udang kenapa lah baru harini baru nak gerun dengan penyakit yang mengintai. Entah la. Mungkin sebab malam ni malam terakhir kami bermalam disini kot. Bye bye Sg. Layau.

Gout oh gout. Seram tak dengan gout. Saya agak seram sebab my mom pernah kene. Kesian... Bila makan secara berlebihan makanan laut ni maka gout semakin dekat dengan anda. Alhamdulillah saya memang makan alfalfa setiap hari untuk milk booster susu ibu dan merawat keputihan. Maka kelebihan disitu sebab alfalfa membantu menyerap asid uric berlebihan dalam badan yang merupakan penyebab gout.


Oleh itu, malam ni sebelum tidur, kita telan 3 biji alfalfa shaklee bersama 500ml air. Semoga dengan pengambilan vitamin alfalfa ini menjauhkan diri saya dengan gout dan seharusnya saya akan mengurangkan diri saya ambil makan laut ini.. okeh la.. saje je nak berceloteh malam ini sambil tengok kilauan emas.

Banyak lagi manfaat alfalfa ni.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya k. Insyaallah kita boleh borak lagi mengenail alfalfa dan gout ni. Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.

Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my




Read More...

Promosi Vitamin E sepanjang Jun 2014!!!!!!!

,12:44 PM |
Terlambat 4 hari!!!! Maaf ye lambat nak update.. Kita ada Vitamin E ini the house.. Promosi beli 6 percuma 1 untuk Vitamin E Shaklee. Terbaik.



Testimoni esp dan vitamin e shaklee

Tips kesuburan lelaki, Jom ambil Vitamin E

Tips kenali vitamin e yang selamat

Vitamin e di perkaya dengan ekstrak biji anggur

Dengan setiap pembelian beli 6 percuma 1, anda akan dapat PERCUMA keahlian. PERCUMA postage. Sebotol hanya RM149.00 untuk 120 biji.
 
Berminat untuk membeli Vitamin E shaklee atau vitamin shaklee yang lain boleh hubungi saya.

Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
COD Bandar Melaka
Pos keseluruh Malaysia

Read More...

Tuesday, June 3, 2014

Turun 21 kilo tanpa ubat kurus

Tuesday, June 3, 2014,4:34 PM |
Alhamdulillah.. Itulah yang selayaknya diucapkan, rasa mau menjerit, tersenyum lebar macam dah sampai ke telinga. Ya allah, terima kasih kerana membantu customer saya. 

Al-kisahnya begini, macam biasa saya sangat suka mengfollow up customer saya, tak tau la diaorang suka ke lemas tapi menjadi tanggungjawab saya untuk ambil berat mereka yang consume vitamin shaklee yang dibeli daripada saya.

Advance joint health tablet vitamin untuk sendi

Okeh... inilah hasilnya, seorang cust yang mengambil set kurus shaklee... berat badanya turun sebanyak 21 kilo beb. Gempak tak.. memang meletop, mantop. Kurus tak, selim tak. hihihihi

Sebenarnya kurus untuk lebih sihat itulah yang dititikberatkan. Kurus dan nampak cantik itulah bonus yang kita dapat. Pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, tanamkan azam untuk kurus kerana ingin lebih sihat, ingin berjalan dengan lancar, dapat buat solat dengan lebih tenang, dapat buat kerja rumah, dapat layan anak bermain. Kurus untuk suami lagi dapat pahala. Kurus perlukan azam yang kuat seba kita nak berjihat melawan hawa nafsu. Nafsu makan dan mengunyah. Nafsu malas bergerak dan sebagainya. 




Betul la kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih
Sekiranya anda nak kurus macam cust saya ni, berminat untuk mendapatkan set kurus shaklee, tips kurus dengan cepat, bolehlah hubungi saya. Jangan malu jangan segan k. Adiosss

hanie
019-6609951
emy-2912@yahoo.com.my
FB Fanpage : rujukvitaminku
Read More...

Monday, June 2, 2014

LIMA LANGKAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Monday, June 2, 2014,11:05 PM |
Entry kali ni agak unik sikit sebab tajuknya sangat lah panjang. Terpanjang lah setakat ini. Tajuk yang diberi oleh Mommy Shaklee saya di dalam group RichFamily...X pe..kita layan je.

Jerawat?
Kalau masa muda remaja dulu, jerawat ni boleh jadi musuh ketat. Betol tak wahai anak gadis di luar sana. Jerawat ini berlaku apabila liang pori-pori di wajah kita tersumbat oleh sisa kotoran atau minyak berlebihan di atas kulit muka dan akhirnya akan menyebabkan keradangan pada kulit maka terjadilah nanah (nasi), whitehead dan blackhead.

Nak tau tak ada satu petua yang agak kelakar masa di zaman persekolahan yang saya ingat sampai sekarang. Tak tahu la keberkesananya tapi MyBff suka buat teknik ni. Bila jerawat muncul je, malamnya dia akan letak gincu. maka bertepek-tepek lah gincu dimukanya. hahaha.. sampai sekarang memang rasa kelakar je..

Alhamdulillah kulit saya agak licin.. cewah-cewah, masuk bakul angkat sendiri ye. Meh saya kongsikan lima langkah rawatan jerawat yang bakal membuatkan wajah anda kembali berseri-seri :

1. Mencuci muka dua kali sehari iaitu masa bangun pagi dan juga sebelum tidur. Kalau kerap sangat mencuci muka takut muka akan menjadi terlalu kering.
2. Kurangkan memakai alat solek. Boleh kalau nak pakai tapi jangan lah 24 jam ye.
3. Konsisten dengan menggunakan satu jenis produk. Janganlah mudah terpengaruh dengan iklan TV. Kejap-kejap nak tukar lain.. jangan ye
4. Kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Pokok pangkal jaga pemakanan
5. Minum air putih 3 liter sehari bagi memastikan kulit lebih sihat.

Dalam merawat jerawat dari segi penjagaan luaran, jangan pula dilupakan penjagaan dalaman. Antara rawatan jerawat adalah dengan mengamalkan supplement. Supplement banyak membantu kita mendapat vitamin untuk kulit yang lebih sihat. Antara vitamin shaklee yang dapat mengembalikan seri wajah anda dan bebas dari jerawat antaranya adalah seperti berikut :






Ini adalah diantara vitamin shaklee yang sangat bagus untuk kulit dalam merawat jerawat anda dan mengembalikan keserian kulit. Boleh pilih mengikut keperluan kulit dan juga bajet anda. Tepuk dada tanya selera dan poket. hihihi.. Selain sangat bagus untuk kulit vitamin-vitamin ini mempunyai pelbagai fungsi lain untuk badan kita. Ingin mengetahui dengan lebih detail ataupun ingin membeli vitamin shaklee. Boleh hubungi saya dengan segera ye. 

HARGA VITAMIN SHAKLEE 

Hanie
019-6609951
FB : emy ilhamie 
emy_2912@yahoo.com.my
Pengedar Sah Shaklee Di Melaka 
Read More...