Tuesday, May 20, 2014

Saya SID yang berkualiti

Tuesday, May 20, 2014,10:04 AM |
 Okeh harini tibalah masa untuk puji diri sendiri. Saya SID yang berkualiti. Gambar di bawah ini sengaja saya paparkan untuk mengigatkan diri saya sendiri sebagai SHAKLEE INDIPENDENT DISTRIBUTOR supaya sentiasa mengambil berat dengan sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita. 


Alhamdulillah saya berada dalam group shaklee yang betul, group yang terbaik yang mengajar untuk menjaga hubungan dengan allah dan hubungan dengan manusia, menekankan supaya setiap SID menjaga pelanggan dengan baik, bukan dah beli pastu lantak la..

Kepuasan pelanggan adalah kegembiraan bagi saya sebagai SID. Saya ingin terus menjadi SID yang berkualiti yang dapat membantu mereka yang memerlukan. Mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi dengan membantu anda memilih produk yang berkualiti.

Multivitamin terbaik dunia yang larut dengan pantas

Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan saya dengan Shaklee dan group yang sangat ooosem ni. Saya sayang group saya (jutawan, euphoria, ireach, richfamily, nur abbasy group)

Hanie
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
FB : Emy Ilhamie

 
Read More...

Monday, May 19, 2014

Testimoni : Mealshake buatkan masalah sembelit anak tiada lagi

Monday, May 19, 2014,9:17 AM |
Cerita masalah sembelit lagi kan, tak sudah.. hahahaha, ye la, bulan ni kan promosi Mealshake, jadi yang saya pun share lah testimoni Mealshake yang boleh atasi masalah sembelit anak kita ni. Saya sangat berharap pada ibu-ibu tolong lah jangan biar masalah sembelit anak itu berlarutan. Bermacam-macam cara kita boleh usahakan dari segi pemakanan anak-anak. 

Alhamdulillah terbuka hati puan Shaidah untuk mengambil Mealshake sebagai supplement menggantikan ubat cucuk buntot untuk anak kecilnya itu. Berhasil!!!!! Terbukti!!! 

Mealshake bukan sahaja mengatasi masalah sembelit anak tetapi memberi mereka vitamin yang cukup, kalsium dan juga serat serta banyak lagi vitamin, zat dan mineral yang ada dalam melashake ini. 

Untuk pengetahuan, Mealshake ini bukan sahaja mengatasi masalah sembelit tapi turut menaikan selera makan anak-anak juga,. Nantikan entry saya seterusnya ya, insyaallah saya akan kongsikan pengalaman ibu-ibu yang yang yang telah mencuba mealshake ini.. Tunggu taw..  

Jom baca pengalaman Ibu gojes ini :
Shaidah Mazlan 
NAK SHARE, NAK SHARE
Pernah jumpa ubat nie?
Siapa yang selalu guna yek?
Sejujurnya saya tak pernah guna..
tapi sejak amirah kecil saya selalu jumpa ubat nie...
sejak amirah berumur lingkungan 6 bulan,
dia selalu sembelit..
tak sanggup saya tengok bila dia nak membuang nangis-nangis...
tu pun kadang-kadang tak jadi..
nangis lagi..
anak anda pun sama?
seksakan..
seksa kita yang menengoknya...
klu pergi klinik,
nie mesti doktor bekalkan...
tapikan, sampai bila?
so saya ubah...
altenatifnya yang dalam botol kuning tu...
MEALSHAKE
mujarab ke?
Alhamdulillah....
sangat berkesan untuk amirah..
sebab dalam MEALSHAKE ada serat yang bantu ianya lawas...
malah RAMAI YANG SOKONG....
dah lama saya tak pegang ubat nie...
Alhamdulillah,
pilihan yang terbaik untuk amirah..
berbaloi-baloi..
tahan 2 3 bulan setong..


 MEALSHAKE SHAKLEE RM113.75 (544g)
Anda juga boleh add on vitamin untuk kanak-kanak yang lain
Chewable Vita C  RM37.50 (90Biji) yang sangat bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan anak-anak.
Omega guard RM136.00 (90Biji) bagus untuk daya ingatan anak.

Berminat untuk mendapatkan Mealshake Shaklee ini ataupun vitamin yang lain untuk anak anda ataupun vitamin untuk keluarga anda, boleh segera hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my atau boleh ikuti saya di Fb : Emy ilhamie 

Comfius nak pilih vitamin yang mana, jangan risau, saya akan tolong anda pilih vitamin yang sesuai dengan kehendak dan juga bajet anda.

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. 

Read More...

Thursday, May 15, 2014

Tips atasi sembelit untuk anak kecil

Thursday, May 15, 2014,9:06 AM |
Sembelit adalah satu kesukaran untuk membuang air besar. Biasanya anak yang mengalami sembelit hanya membuang air besar 2 hingga 3 kali seminggu. Alhamdulillah Abg Haq tiap-tiap hari buang air besar kadang-kadang pagi sekali petang sekali. Bagus sungguh lah. Tak sanggup nak tengok dia menangis semata-mata menahan pedih sembelit ni macam sesetengah anak kecil lain.

Rawatan Resdung 

Banyak fatkor yang membuatkan anak mengalami sembelit antaranya susu yang diminum anak kurang serat ataupun dibuat terlalu pekat, kurang minum air putih/masak, makan makanan ringan secara berlebihan dan lain-lain. Sedikit tips untuk atasi masalah anak sembelit adalah :
1. Mengurangkan satu sudu susu dalam bancuhan susunya.
2. Banyakkan beri anak minum air putih tak kiralah lepas makan ataupun bermain.
3. Berikan anak minum jus (tak perlu tapis)
4. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
5. Lebihkan makan makanan yang tinggi serat contohnya sayur bayam, buah prune, oat, kekacang dan lain-lain.
6. Biarkan anak melakukan aktiviti bebas(bermain) yang mengeluarkan peluh. 

Ada cara lain untuk membantu anak untuk mengatasi sembelit adalah dengan mengambil makanan tambahan seperti Mealshake Shaklee yang sangat sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak yang berumur seawal satu tahun. Seperti yang saya berikan kepada Abg Haq. Rasanya yang sedap seperti askim vanilla membuatkan abg haq memanggilnya susu sedap. "Mama abg nak susu sedap" hihihi

Mealshake Shaklee adalah satu minuman yang kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa buangan dari perut dan usus. Mealshake juga merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang mengandungi anti-oksida (A,C,E, ZINC, SELENIUM) VITAMIN B, ASID FOLIK, BIOTIN dan banyak lagi. Sebenarnya Mealshake Shaklee menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

Berikut adalah testimoni dari ibu yang memberi anaknya untuk mengatasi sembelit selain menaikkan selera makan. Jom layan..... :)


Mealsahke Shaklee RM113.75 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Mealshake Shaklee, boleh segera hubungi saya di 019-6609951 ataupun email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Penghantaran sehingga ke rumah dikawasan Cheng, Klebang Besar, Malim dan banyak lagi. CALL NOW!!!!!!

Read More...

Sunday, May 11, 2014

Mealshake hanyalah makanan tambahan

Sunday, May 11, 2014,8:06 AM |
Mealshake begitu serasi dengan kanak-kanak tapi bukan kanak-kanak sahaja yang boleh ambil ye, orang dewasa pun boleh. Sesuai dengan fungsinya sebagai multivitamin dalam bentuk serbuk, Mealshake hanyalah makanan tambahan tetapi mealshake sangat membantu kanak-kanak mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk keperluan harian mereka. Para ibu tidak perlu lagi risau dengan kecukupan vitamin dalam badan anak, nampak kurus tapi tak semestinya kurang vitamin. Tapi insyaallah kalau dah makan Mealshake ni boleh tambah berat badan anak. 




Saya seorang ibu yang berkerjaya dan menguruskan rumahtangga, mempunyai masa yang agak terhad untuk menyediakan satu set hidangan lengkap dan sihat untuk anak saya. Mujurlah Mealshake ada. Sangat-sangat membantu untuk melengkapkan nutrisi dalam badan mereka. Saya hanya inginkan yang terbaik untuk anak saya yang sedang membesar. TAPI ingin diingatkan ye, Mealshake bukan pengganti kepada makanan dan bukan alasan untuk kita sentiasa ambil mudah dalam menyediakan makanan anak-anak. Mealshake hanyalah makanan tambahan. Sentiasalah kita cari masa untuk menyediakan satu hidangan yang berkhasiat untuk mereka.

Berminat untuk mendapatkan Mealshake shaklee atau vitamin shaklee yang lain. Boleh segera hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka.

Anemia Sinonim Dengan Masalah Ibu Hamil
 

Read More...

Saturday, May 10, 2014

Turunkan kolestrol dengan Phytocol-st shaklee

Saturday, May 10, 2014,1:11 PM |
Phytocol ini adalah produk terbaru dari shaklee yang bakal dilancarkan di National Conference Sunway Piramid Convention Center pada 7-8 Jun 2014.

Apakah itu Phytocol-st?
Phytocol-st ini adalah vitamin untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi. Phytocol-st ini mengandungi 2000mg fitosterol. Menurut Institud Kesihatan Kebangsaan (NHI) mengesorkan penambahan 2000mg Fitosterol ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.

Inilah sedikit info mengenai Phytocol-st Shaklee ini ye. Selepas dilancarkan saya akan update lebih info. Sekiranya berminat untuk mendapatkan Phytocol-st ini, boleh la hubungi saya. Dengar-dengar cerita akan ada promosi beli 6 percuma 1 masa pelancaranya nanti. Wow hebat ni.. bagi yang bertimbun kolesterol dalam badan boleh siap sedia untuk mendapatkannya. Cegah sebelum terlambat.





Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Boleh hubungi saya untuk mendapat vitamin shaklee anda. 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Friday, May 9, 2014

Serangan asma dikalangan kanak-kanak

Friday, May 9, 2014,8:13 AM |
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.
 
Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
 
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.
 
Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
 
Info yang saya kongsikan ini dari blog muslim-sihat.
Harini saya nak sajikan testimoni kanak-kanak yang mengalami asma. Alhamdulillah vitamin shaklee sangat-sangat membantu.
 
Nur Syifa
Assalamualaikum, baru-baru ni dapat whatsApp dari kakak ipar. Dia bagi anaknya yang menghidap yang menghidap asma untuk mencuba set asma untuk kanak-kanak. Alhamdulillah mendapat feedback yang positif dari anaknya.. Sekarang anaknya dah lalu makan dan penatnya dah beransur kurang..
 

Set asma bagi kanak-kanak adalah terdiri daripada
Mealshake RM113.75
Omega Guard RM136.00
Chewable Vitamin C RM37.00 
Bagaimana vitamin shaklee ini membantu untuk kanak-kanak mengatasi asma mereka ya, jom hubungi saya untuk konsultasi seterusnya. 
 
Berminat untuk mendapatkan set asma bagi kanak-kanak ini boleh segera hubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Bandar Melaka dan sekitarnya.
Read More...

Thursday, May 8, 2014

Alahai kecewanya bila stok susu ibu cair

Thursday, May 8, 2014,1:00 AM |


Agak kecewa apabila stok susu ibu yang disimpan selama sebulan di dalam frezer cair begitu saja. Alahai.. apa nak buat, bukan rezeki ilman nampaknya. Walaupun hanya 4 botol tapi frust juga lah.

Angan-angan bila jadi suri rumah 3 bulan ni nak buat stok susu ibu banyak-banyak, nanti dah naik kerja senang sikit, boleh mengelat waktu mengepam nanti. Nampaknya allah lebih mengetahui, Dia nak saya lebih berusaha untuk memenuhi permintaan baby ilman.


Masa mula-mula datang en.suami dah warning saya, ‘ayang tak payah la pam, peti ais kan kecik je, nanti tak muat nak letak barang’ tapi saya kan degil sikit, nak juga pam.. ni lah hasilnya. Hihihi

Stok susu ibu yang telah cair terpaksalah dihabiskan dalam masa 24 jam tapi rasanya tak bagi kot kat ilman sebab susu fresh mama kan ada. Jadi terpaksa buang la jawapnya.


Bagaimana stok susu ibu itu boleh cair ye?
Peti air satu pintu, apabila ais yang melekat kat dinding bahagian freezer dah tebal, kita kene cairkan dengan menekan satu butang tu, jadi semua benda lah cair.

Kesimpulannya janganlah beli peti ais satu pintu, beli lah yang 2 pintu. Hihihi.. boleh tak macam tu. Sekian, wasalam.

Berminat untuk membuat bisnes dengan shaklee, tak perlu modal besar, hanya rm75 sahaja, anda dapat menjana pendapatan sehingga 4, 5 angka. Segera hubungi saya untuk maklumat lanjut. hanie 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my
 
Read More...

Wednesday, May 7, 2014

Parut campak dah hilang dengan pengambilan vitamin shaklee

Wednesday, May 7, 2014,8:22 AM |
Apa itu demam campak?

Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit demam campak ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini. Info selanjutnya di www.myhealth.gov.my

Berikut adalah testimoni daripada seorang ibu dimana anaknya terkena campak.



Naimah Azizan 
Assalamualaikum..dah lama duk tgk testimoni org..kali ni nak share testimoni princess Naimah lak..hehehe..
 
Alhamdulillah Parut campak adik Iman di muka dah tak nampak dah...kat badan masih ada lagi tapi makin pudar..---> ibunya lebih menjaga parut di muka ank puterinya..hehehe.. ibu oh ibu..selain parut anak sudah hilang.. yang paling best sekali kesihatan adik iman memang berbeza dari abg adam..dari lahir hingga sekarang hanya sekali sahaja demam panas tu pun sekejap je xsampai 3 hari.. Alhamdulillah Allah memberikan kesihatan yang baik melalui pengambilan supplemen dari Shaklee.. Insyaallah produk Shaklee juga akan membantu mempertingkatkan kesihatan anak dan keluarga anda... cubalah harini.. Shaklee 100% semulajadi, Selamat dan berkesan..

Alhamdulillah, berkat Pn. Naimah ini memberi secara berterusan kepada anaknya vitamin Omega Guard, mealshake untuk dimakan dan krim Herbal Blend untuk disapu, parut pun dah hilang, antibodi badan anaknya pun lebih baik.
 
Saya dulu kene campak ada lagi kesan kat betis ni, sebesar syiling 5 sen. Nasib kat kaki kan.. hihihihi.. 

Mealshake - RM113.75
Omega Guard - RM136.00
Krim Herbal Blend - RM27.00

Sekian sahaja, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin untuk anak anda, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya di 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee ID 866973 dan berada di Melaka.
Read More...

Tuesday, May 6, 2014

Melatih anak tidak pakai pampes.

Tuesday, May 6, 2014,8:00 AM |

Saya dalam proses melatih anak sulung saya Muhammad Haq Uqasha untuk tidak memakai pampes. Kini abd haq berusia 2 tahun 7 bulan, mula-mula rasa macam Abg Haq kecik lagi tapi bila ada kawan yang bagi tahu anaknya usia 2 tahun setengah tak pakai pampes lagi, tu yang besemangat nak melatih abg haq.

Hari pertama
Mama : Abg Haq dah besarkan, tak payah pakai pampes la ye.
Abg Haq : Dengan senyum simpulnya itu, haaaa tak yah atai pampes.
Mama : Nanti Abg Haq nak kencing Abg Haq cakap dengan mama tau.
Abg Haq : Haaa, ok (senyum sebab sukalah tu, macam orang besar la katakan)

5 minit tanya, 10 minit, 15 minit, mama bagi tahu 'nak kencing cakap dengan mama tau'. .okeh nampaknya proses melatih abg haq berjalan dengan baik. Mama pun buat lah keje kat dapur. Bila dah puas memain Abg Haq buatlah menyebuk kat dapur, membebel dengan pelatnya sambil mama menyiang ikan, tetiba basah je kat lantai. Mama pula terlupa, siap tanya Abg Haq, kenapa basah ni, rupanya terkencing. Mama pun ok.. xpe lah abg, nasib kat dapur kan.

Hari kedua
Mama : Abg Haq dah besarkan, tak payah pakai pampes la ye.
Abg Haq : Tak yah atai pampes.

Seperti biasa, 5 minit, 10 minit, 20 minit mama ingatkan Abg Haq supaya kalau nak terkencing cepat-cepat bagitau mama. Emmm.. basah juga lantai kat ruang tamu, Abg Haq leka memain sampai terlupa nak bagitau. Mama terasa agak penat untuk melatih Abg Haq tak pakai pampes sebab kencing kat ruang tamu, fuhhhh banyak kerja nak mengemop 2, 3 kali supaya betul-betul bersih. Tapi tak pe, mama gagahkan juga untuk melatih Abg Haq.

Si hensem buah hati mama

Hari Ketiga
Mama : Abg Haq dah besarkan, tak payah pakai pampes la ye.
Abg Haq : Tak yah atai pampes.

Pendekkan cerita abg haq tertidur dan terkencing atas tilam. Fuhhh berpeluh-peluh membelakan kencingnya itu. Lap kan atas tilam dengan air sabun, air bersih akhir sekali curahkan dengan air panas (buat kat ruang tamu sebab berat nak angkat tilam), mop lantai 2, 3 kali. Lepastu kata dengan abg haq, 'abang pakai la pampes'..

Mama pun buat keputusan untuk tunda latihan abg haq. huhuhu.. Mungkin abg haq kecil lagi tapi takpe, mama akan gigihkan untuk melatih anak mama ni ye. 

Omega guard untuk kanak-kanak  
Berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh hubungi hanie di 019-6609951. Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.

Read More...

Ibu menyusu latih diri berpuasa di bulan rejab

,1:02 AM |
Coretan 5 May 2014

Harini dapat puasa sehari penuh. Alhamdulillah. Sejak bulan puasa tahun lepas (dapat puasa penuh) hingga lah bulan rejab ni, baru harini lah saya berpuasa. Terasa rindu nak berpuasa, yehhh tak lama lagi nak bulan ramadhan, tapi yang pastinya tak puasa penuh lah.

Ilman hampir berusia 7 bulan, harini hari pertama berpuasa sebagai ibu menyusu badan. Apakah beza ibu biasa dan ibu yang meyusu badan semasa bulan puasa ye. Seperti mana yang kita tahu ibu menyusu badan memerlukan lebih kalori daripada ibu yang tidak menyusu. Jadi kita akan rasa agak letih dan cepat lapar. Tapi takpa, dugaan itu meningkatkan tahap kesyukuran masa kita berbuka nanti. Terasa begitu nikmat. :)

Saya sangat bersyukur allah izinkan saya menyusukan ilman seperti biasa. Agak risau sebab siang hari kita tak makan dan minum, takut juga susu kurang ke susu cair ke. Saya serahkan pada Allah. Tapi alhamdulillah susu saya seperti biasa, ilman pun takda lah merengek sebab kurang susu ke apa ke. Semuanya berjalan dengan lancar. Bila kita mulakan sesuatu dengan niat insyaallah, allah permudahkan.

Bermula bulan rejab ni boleh la kita mula latih diri, siapkan diri untuk berpuasa penuh di bulan ramadhan. Puasa sunat isnin khamis, rasanya sangat membantu ibu-ibu menyusu macam saya. hihihi


Rahsia kekal bertenaga di bulan puasa

Jom dapatkan vitamin yang membantu anda kekal cergas walaupun berpuasa. Berminat untuk mendapatkan set berpuasa atau vitamin shaklee yang lain. Boleh hubungi saya di 09-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. 
Read More...

Monday, May 5, 2014

kulit putih dan cerah dengan diet kaya soya

Monday, May 5, 2014,12:25 AM |


Sebahagian besar keperibadian wanita di kawal oleh hormon estrogen. Secara semulajadi perubahan tahap estrogen membantu pembesaran anak gadis menjadi wanita muda bermula dari kitaran haid mereka yang pertama.

Selepas melepasi tempoh usia untuk melahirkan anak, tahap estrogen akan berubah lagi apabila wanita mendekati fasa pra-menopaus iaitu anatara 35 hingga 55 tahun.

Apabila paras estrogen berubah, wanita akan mengalami kemerosotan sel kulit yang menyebabkan penghasilan kolagen dan elastin semakin perlahan dan perubahan mula berlaku seperti kulit kering, garis halus dan kedutan.

Payudara turut mengalami kemerosotan menyebabkan perubahan bentuk, saiz dan keanjalan. Ramai wanita yang tidak mengetahui paras hormon yang turun naik juga menyebabkan tulang menjadi lemah.

Tanda biasa termasuk pengurangan kekuatan cengkaman tangan, penyusutan gusi, kuku yang lemah dan rapuh, kekejangan kaki, keretakan tulang, kehilangan ketinggian badan dan tulang belakang yang bengkok.

Pic credit to beautyandgroomingtips.com
 
Secara genetiknya, wanita asia mempunyai kekuatan tulang yang rendah kerana rangka mereka lebih kecil. Kira-kira 90% orang asia juga tidak tahan dengan lactose yang ada dalam produk tenusu.

Ini menyebabkan mereka mengelakkan pengambilan makanan tinggi kalsium. Gaya hidup moden seperti merokok dan pengambilan alcohol turut mempercepatkan proses kelemahan tulang.


Wanita jepun dan korea terkenal dengan kulit mereka yang putih dan cerah kerana mengamalkan diet tinggi kandungan soya seperti tauhu, nedamame dan miso. Mereka sering melalui proses perubahan hormon dan proses penuaan yang bebas daripada masalah hasil dari pengamalan diet kaya soya.

Penyelidik sains mendapati sebab utama wanita asia yang mengamalkan pengambilan soya yang tinggi mempunyai kulit cantik kerana kewujudan bahan dalam soya dipanggil isoflavon soya. Isoflavon soya adalah sejenis fitoestrogen, unsur tumbuhan yang mempamerkan cirri estrogen.

Berikutan itu, fitoestrogen – anti oksidan semulajadi yang dipanggil genistein berupaya meniru sifat estrogen untuk memberikan penyegaran pada kulit, payudara dan tulang serta meningkatkan keyakinan diri. Sel kulit diaktifkan untuk menjana semula kolagen dan elastin supaya kulit dan payudara kelihatan lebih muda dan anjal. Kulit menjadi lebih lembap dan kelihatan muda.


Sel tulang yang mengalami penuaan juga dirangsang oleh isoflavon soya yang membantu meningkatkan aktiviti pembinaan tulang sementara mengurangkan kehilangan jisim tulang apabila tahap estrogen semakin merosot.

Sumber : 27 MAC 2014 HM

Ha, dah tahu kan kenapa soya amat-amat digemari. Tapi jangan salah pilih pula ye sebab sekarang banyak sangat air soya yang ditambah2 dan tidak asli lagi. Jom dapatkan ESP Shaklee iaitu susu soya berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet, perasa, perwarna tiruan dan semestinya ESP dihasilkan dari bahan semulajadi. Inginkan maklumat lanjut mengenai ESP shaklee boleh hubungi saya di 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka



Read More...