Tuesday, April 29, 2014

Anak kecil ku jatuh katil (ilman oh ilman)

Tuesday, April 29, 2014,10:01 AM |
Itulah yang terjadi kepada anak kecil saya yang kedua ni. Mama pun tak tahu lah macam mana ilman boleh jatuh katil. Ayah pergi keje dia masih diposisi yang betul, tak da la kat hujung katil, dia ada kat sebelah saya je. Tapi dalam pukul 7 lebih saya terdengar ilman menagis. bunyi jatuh gedebuk tu pun saya tak dengar. Ingatkan mimpi ilman nangis tapi rupa-rupanya dia menangis betul-betul. Alahai cian anak mama.

Vitamin untuk kanak-kanak lebih pintar 

Anak kecil saya tu kini berusia 6 bulan dan dia memang dah pandai terbalik-terbalik kan badan tapi yang ni dia dah mengesot pula. Tak pe lah wahai anak. Pengalaman buat saya.

Tapi adakah saya PANIK!
Jawapannya TAK sebab saya ada pengalaman anak sulung saya jatuh katil ketika usianya 8 bulan. Masa tu memang panik gila, mengigil tangan, berderau darah, saya pun menangis sekali. Bila hantar kat baby sitter sampai opis saya tak boleh buat kerja sebab risaukan dia. 'Arghhhh tak boleh jadi ni nak bawa dia ke klinik la'... Apa lagi terus berdesup balik rumah ambil dia bawa pergi klinik pakar,

 Ilman rupanya berak, dia mengeget-ngenget sebab tu lah dia berpusing-pusing lalu terjatuh. Inilah dia tertidur apabila sudah dibersihkan.

Doktor ada bagi beberapa panduan apabila anak kecil jatuh katil antaranya :
1. Tengok reaksi anak. Adakah anak tidak aktif seperti biasa ataupun tak.
2. Ada keluar sebarang cecair dari hidung atau telinga ataupun muntah.
Sekiranya anak tidak aktif dan ada kuar sebarang cecair, eloklah bawa ke klinik tetapi kalau tiada sila pantau anak 24 jam untuk lihat kedua-dua perkara seperti di atas. Kalau tak da kira alhamdulillah lah tu, tak perlu risau tapi kalau dalam masa 24 jam ada muntah yang lain macam ke segeralah bawa ke klinik untuk rujuk doktor.

Ilman nampak ok je, lagipun anak kecil saya ni menangis pun kejap je, abgnya dulu menangis lama mungkin sebab ilman dah biasa kene buli dengan abang nya kot. hihihi.. cian anak mama.

Sekian sahaja panduan untuk anak kecil yang jatuh katil. Pasni kene kepong lah tilam tu. huhuhu

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada Di Melaka. Berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh segera hubungi saya di 019-6609951.

Read More...

Friday, April 18, 2014

Legasi Shaklee selama tempoh 5 dekat

Friday, April 18, 2014,11:23 AM |

Selama tempoh lebih 5 Dekad, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah menemui “Vitalized Mineralz”, iaitu merupakan salah satu multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikanya sebagai pelopor industry nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastic dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali pada semulajadi. Dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga diantara yang terawal, mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

 Kredit pic to vitamummuy.blogspot.com

THE MORE YOU SHARE WITH OTHER,
THE MORE VALUABLE YOUR SHARE WILL BECOME
DO UNTO OTHER AS YOU WOULD
HAVE THEM DO UNTO YOU
-Dr. Forrest C. Shaklee-
  Pengasas Shaklee

Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyeledikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungan di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagian manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.

Read More...

Testimoni turun 5 kg dengan set kurus shaklee

,10:22 AM |
Alhamdulillah, feedback yang menarik dari seorang customer yang ambil set kurus shaklee. Hanya ambil alfalfa dan lecithin je dapat turun 5kg.. ooo.. memang teruja sekali.. hebat bukan. 

Tapi ingat selain ambil vitamin, suka untuk saya tekankan kepada semua customer saya supaya mengawal pemakanan terutamanya lemak dan karbohidrat. Lebihkan ambil protein contohnya ikan dan lakukan senaman serta ambil lebih air putih. Kalau senaman tu mulakan dari yang mudah sehingga yang mampu mengeluarkan peluh hingga senam yang hardcore tapi ikut semampu kita la. 

Macam saya dalam misi meleperkan perut saya. Sehari saya boleh sit up 40x.. jadi saya konsisten dengan itu.  Konsisten tu penting gak, jangan lah harini buat, esok buat, lusa lupa, tulat tak ingat, konsisten ye! makan vitamin konsisten, water intake 3 liter minum dengan konsisten, senam dan lain-lain. 


Kalau nak ikutkan deman pun boleh je nak ambil vitamin, tapi kak siti ni risau sebab dia makan ubat doctor sebab tu dia tak ambil vitamin. Jangan risau ye kak. boleh ambil cuma jarakkan pengambilan ubat dan vitamin sekurang-kurangnya 2 jam. 

Kalau nak dapatkan coaching dari saya untuk kurus, jom lah hubungi saya, Jom dapatkan berat badan seperti saya 46kg jew.. hihihi.

Alfalfa RM53.75 untuk 330 Biji
Lecithin RM 53.75 untuk 120 Biji

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan sekitarnya. Untuk mendapatkan vitamin shaklee, boleh segera hubungi saya di 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Read More...

Thursday, April 17, 2014

Makanan pejal untuk ilman part 3

Thursday, April 17, 2014,9:50 AM |
Setelah habis puri lobak selama beberapa hari untuk ilman, kini beralih kepada bubur nasi pula. Ni lain sikit. Haritu saya melawat rumah family angkat suami saya di Yan Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Petani. Jadi dapatlah satu resepi bubur kosong untuk ilman. 

Resepi bubur kosong untuk bayi 6 bulan
1. Ambil satu cawan beras, basuh dan keringkan.
2. Masukkan dalam kuali untuk pastikan beras itu betul-betul kering. (Jangan lah sampai hangus pula ya)
3. Biarkan sejuk (xnak nanti beras tu berwap apabila didalam blender)
4. Blender hingga halus.
5. Masukkan dalam bekas dan simpan. 

Kalau nak masak ambil satu sudu dan campur dengan air dan didihkan. Sangat mudah dan ambil masa sekejap je nak buat bubur ni.

Jom layan gambar yang telah diambil ketika menyiapkan proses membuat stok bubur ilman. 


Masa kami ke Sungai Petani, jadi takda lah makanan untuk ilman, Oleh itu, KFC lah penyelamat kami. Beli kentang putar tanpa kuah. Tapi kene bagi sikit-sikit sebab ianya agak kering. Tapi ilamn suka dengan kentang putar tu. Al-maklumlah tak pernah rasa lagi. 

Tonsil atau sakit tekak bahayakah kepada kanak-kanak 

okeh lah, nanti saya sambung cerita makanan pejal untuk ilman part 4 pula ye. Nantikan tau. Bye wasalam.

Saya adalah pengedar sah Shaklee yang berada di Melaka dan sekitarnya. Sekiranya berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh segera hubungi saya di 019-6609951. Inginkan vitamin dengan harga yang jauh lebih murah lagi. Jom jadi ahli bersama hanie. Hanya RM75.00 sahaja untuk seumur hidup.


Read More...

Wednesday, April 16, 2014

9 perkara hebat mengenai pil kalsium shaklee (Ostematrix)

Wednesday, April 16, 2014,1:03 AM |

Apa yang hebat sangat pasal pil kalsium shaklee ni. cer cite cer cite. Yang saya suka pasal pil kalsium shaklee ni adalah pilnya licin dan mudah ditelan. Dan sangat lawas bila bangun pagi tau. Apa kata anda cuba ye. Terbaiklah.

Jom lihat manfaat utama pil kalsium shaklee ini (Ostematrix) :

1.      Menguatkan tulang – Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2.      Memperbaiki kekejangan dan kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3.      Meringankan strees – Ianya mengimbangi tekanan darah,  memelihara denyutan jantung impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4.      Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil. 

5.      Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang ditoksifikasi. 

6.      Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastric.

7.      Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada tahun 1916 bila didapati bila ia mampu merawat penyakit rickets. Ianya meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian , yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplement vitamin D.

8.      Magnisium: Ini adalah ion positif kedua terpenting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata penyakit jantung, memudahkan rembesan sisa keluar dari perut dan usus, menghalang enapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah flukuasi glukus.

9.      Zink, Boron, Manganes, Kuprum: Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis. 

Pil kalsium ini hanya berharga RM61.00 untuk 120 biji

Inilah antara perkara hebat mengenai pil kalsium shaklee. Ingin merasakan kehebatannya, boleh segera hubungi saya di 019-6609951 / email di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan sekitarnya.
Read More...

Friday, April 11, 2014

Testimoni Set resdung shaklee

Friday, April 11, 2014,11:21 AM |
Harini saya nak kongsikan testimoni set resdung shaklee dari makteh saya sendiri. Beliau ambil set resdung shaklee ini untuk anak sulungnya. Mempunyai resdung dan asyik bersin je pagi-pagi. Alhamdulillah setelah seminggu ambil set resdung shaklee ini dah bebas dari bersin. Kalau konsisten ambil vitamin ni sebulan mungkin bebas dari resdung terus kot. hihihi.. Syukur sangat dapat membantu sebab anaknya ada resdung dah lama dah. kesian jugak. Terdapat kepuasan bila cust bagi feedback cenggini.

Jadi sesiapa yang ada resdung bolehlah cuba set ini ye. Set resdung ini terdiri daripada 3 vitamin iaitu:
  • Vitamin C - RM92.50
  • B Complex - RM53.75
  • Alfalfa Complex - RM53.75

Sekiranya anda nak cuba set resdung shaklee ini, boleh dapatkannya daripada saya, terus hubungi saya di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Bandar Melaka dan sekitarnya.

Read More...

Makanan pejal untuk ilman part 2

,9:53 AM |
Masa hari pertama buatkan makanan pejal (solid food) untuk ilman, saya telah merebus beras selama 4 jam kononnya tak perlulah nak blender dan buat stok untuk 4 hari, jadi keesokkan harinya saya keluarkan dari freezer dan masuk ke chiller, lagi sejam waktu ilman makan saya dah keluarkan dan 15 minit sebelum bagi makanan pejal pada ilman saya dah rendam dalam air panas. Tapi bila tiba je nak suap, terasa bukan macam bubur tapi rasa hampas. Alahai spoil betul la. tak tau la pula kalau bubur rebus terlampau lama akan jadi hampas cenggitu. Jadi tiadalah makanan pejal untuk ilman pada hari keduanya. Tapi bila saya makan mangga saya suapkan airnya kat ilman sebab die tengok warna mangga tu terbelik-belik matanya macam nak makan. Teruk lah mama ni, nasib ilman tak sakit perut. 

Hari ketiga untuk makanan pejal (solid food) ilman tu saya telah menyediakan puri lobak. Yeehhh nampaknya ilman suka dengan warna lobak yang keorenan itu. Dan ilman lebih suka lobak dari bubur nasi. Mungkin sebab lobak itu manis. Jadi memek mukanya tak da lah seperti waktu dia makan bubur nasi.hihihi.

Vitamin untuk anak lebih pintar

Hari keempat untuk makanan pejal (solid food) ilman. Masih makan puri lobak. Tapi ada satu masalah. Ilman batuk dan demam, jadi malam semalam saya bagi dia ubat. Jadi tiba waktu makan dia boleh kemam mulut dia tak nak buka, mungkin dia ingat saya nak bagi dia ubat kot. Bukan main payah nak bagi makan. Akhirnya 3 sudu puri lobak sahaja yang masuk ke dalam mulutnya. 

Cara menyediakan puri lobak sangat lah senang. 
- Buang kulit lobak 
- Basuh dan potong kecil supaya mudah empuk
- Boleh stim / rebus (air tak perlu banyak, cukup sehingga lobak itu tenggelam, bila air hampir kering tapi lobak belum empuk, tambah sedikit air lagi)
- Dah masak sejukkan sebentar
- Blender tanpa tambah air. tapi kalau blender tak leh pusing, boleh letak sikit air rebusan lobak tu kalau ada, jangan letak banyak sangat tau.
- Agihkan dalam bekas, boleh buat untuk seminggu.


Mudah kan, dulu saya rasa macam leceh je sebab ingat kene buat hari-hari rupanya tak perlu. Kita boleh sediakan untuk seminggu terus.

Stok puri lobak ilman akan habis esok. Jadi nak buat apa ye untuk makanan pejal seterusnya.. emmmmm

HARGA PRODUK SHAKLEE RETAIL

Read More...

Thursday, April 10, 2014

Aneurysm Aorta Abdomen (Abdominal Aortic Aneurysm)

Thursday, April 10, 2014,9:43 AM |
 Aneurysm merupakan pembengkakan salur darah yang mana perkataan ini diambil dari perkataan Greek 'aneurysma yang bermaksud pelebaran.

Aneurisme boleh berlaku di mana sahaja di dalam badan, tetapi dua tempat yang paling biasa bagi mereka untuk membentuk dalam aorta abdomen dan otak.

Sebab yang tepat yang menyebabkan dinding saluran darah lemah adalah tidak jelas, walaupunbagaimanapun pengerasan arteri, merokok dan tekanan darah tinggi dianggap meningkatkan risiko aneurysm.
 
 
Aorta abdomen adalah saluran darah yang terbesar di dalam badan. Ia adalah lebih kurang lebar hos taman. Ia mengangkut darah yang kaya dengan oksigen dari jantung ke seluruh badan. Aorta  berjalan dalam garis lurus ke bawah dari hati, melalui dada dan abdomen sebelum bercabang keluar ke rangkaian saluran darah yang lebih kecil.

Untuk lebih senang faham, rujuk gambar dibawah.


Dalam kebanyakan kes, aneurisme aortic di bahagian abdomen menyebabkan tiada tanda-tanda ketara dan tidak menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan.
 
Pembedahan pencegahan sering disyorkan untuk aneurisme aortic abdomen yang lebih besar daripada 5.5cm untuk mengelakkan ianya pecah. Ini biasanya dilakukan dengan pembedahan untuk menggantikan bahagian yang lemah saluran darah dengan sekeping tiub sintetik.

Risiko lebih besar kepada lelaki terutamanya yang berumur 65 tahun ke atas dan nisbah lelaki yang menghidap AAA ini adalah 1:25.

Cara terbaik untuk mengelakkan mendapat aneurisme, atau mengurangkan risiko aneurisme berkembang lebih besar dan mungkin pecah,  untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan saluran darah anda adalah seperti:
    - merokok
   -  makan makanan yang tinggi lemak
    - tidak bersenam secara tetap
    - berat badan berlebihan atau obesiti
 
Vitamin shaklee yang dapat membantu untuk pesakit ini antaranya adalah :
 
Omega guard - untuk mencegah penyakit salur darah dimana asid lemak omega 3 dapat melincirkan saluran darah dan mengurangkan paras kolestrol untuk mengelakan pengerasan pada arteri. (RM136.00 untuk 90Biji)

CoQHealth Plus - mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau untuk  melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL dan meningkatkan peredaran darah. ( RM124.00 untuk 30Biji)
 
Ostematrix  - Kalsium, magnesium, vit d, zinc, kuprum dan boron. Selain untuk menguatkan tulang, kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detofikasi untuk mengelakan toksin terkumpul dalam badan. (RM61.00 untuk 120Biji)

Boleh juga ambil Shaklee Collagen Powder (RM298.00 untuk 12 Sachet) untuk mengukuhkan dan membaiki dinding salur darah. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh segera hubungi saya di 019-660 9951 atau email di 2my_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan sekitarnya.



Read More...