Monday, March 31, 2014

Kolostrum, Susu ibu dan bayi

Monday, March 31, 2014,2:00 PM |


Hai mama hai mommy hai mak hai ibu, hai hai hai... untuk para ibu muda yang baru pertama kali ingin melahirkan, nah, ini dia beberapa istilah yang perlu kita tahu sebagai panduan untuk kita menyusukan bayi kita nanti.  

Kolostrum adalah cecair kekuningan tebal yang mengandungi antibodi untuk membantu melindungi bayi yang baru daripada jangkitan. Cecair berharga ini akan menyuburkan bayi sehingga susu mula masuk. Kolostrum mempunyai lebih protein, tetapi kurang karbohidrat dan lemak daripada susu ibu yang matang. Ia mudah dihadam dan mempunyai jumlah yang tepat nutrien bagi keperluan bayi dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.



Jadi para ibu jangan risau mengenai ketiadaan susu pada awal kelahiran kerana susu yang kita hasilkan sememangnya cukup untuk bayi anda. Hanya beberapa titik susu kolostrum sudah mampu mengenyangkan bayi tersebut. 


Tahukah anda perut bayi semasa dilahirkan hanya sebesar biji guli?


Kira-kira 48 jam ( 2 hari ) selepas kelahiran, susu akan berubah daripada menjadi kolostrum kepada susu peralihan. Jumlah susu biasanya bermula untuk meningkatkan perlahan-lahan. Masa yang diambil bagi susu peralihan untuk mula muncul selepas kelahiran adalah berkaitan rapat dengan jumlah rangsangan puting yang telah diterima dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Kuantiti susu yang sedikit adalah normal dan usahakan untuk kerap menyusukan anak supaya puting kita dirangsang seterusnya melancarkan pengaliran susu ibu untuk keluar dengan lebih banyak.


Susu matang (matured milk) adalah susu akhir yang dihasilkan. 90% adalah air, yang adalah perlu untuk mengekalkan penghidratan bayi. Yang lain 10% terdiri daripada karbohidrat, protein, dan lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan dan tenaga.



Terdapat dua jenis matured milk iaitu :-

Foremilk: Mengandungi air, vitamin, dan protein. Jenis susu ini akan keluar diawal semasa kita menyusu.

Hind-milk: Jenis ini susu ini akan didapati selepas foremilk dan mengandungi tahap yang lebih tinggi lemak, dan adalah perlu bagi berat badan.


Semoga info ini dapat membantu para ibu diluar sana ye. terima kasih. Wasalam 

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

Read More...

Testimoni : Atasi masalah buasir dengan vitamin shaklee

,6:00 AM |
Rohayu Rozali 

Salam. .saya nak share sedikit pnglaman sy ambil set untuk sembelit dan buasir iaitu omegaguard, ostematrix dan zink. Sejak kecil saya mengalami sembelit dan mjdi buasir tahun lepas..walaupon saya minum air sebyk 2L n lebih sehari, masih mgalami masalah tsebut. Saya suka mkn tpi mase nk buang air besar sy akn bdebar2 dan takut untk ke tndas..sebb sgt sakit smpi xboleh duduk..; (... Saya mula ambil set diatas pda sept 2013 dan dlm masa 3 hari msalh sembelit sy tiada n paling sy tkejut bile buasir saya dah xada (lebihan daging d d***r hilang)..saya sgt gembira dan bersyukur kpd Allah kerana produk ini sgt mbntu saya..


Set Buasir
Omega guard RM136.00 (90 Biji)
Ostematrix RM61.00 (120 Biji)
Zinc Complex RM27.00 (120 Biji)

Alhamdulillah, usaha untuk mengatasi masalah buasir dengan vitamin shaklee berkesan.  Sekiranya anda berminat untuk mencuba rangakain vitamin buasir seperti Puan Rohayu, bolehlah segera hubungi saya di talian 019-6609951 ata email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan sekitarnya. Untuk COD vitamin boleh runding untuk berjumpa kawasan Bandar Melaka (Tesco Cheng, Tesco Bandar Melaka, MC, MP) Untuk diluar Bandar Melaka, saya akan mengepos vitamin anda secepat mungkin selepas pembayaran dibuat. Terima kasih. 
Read More...

Sunday, March 30, 2014

Kurangkan gula dalam diet seharian

Sunday, March 30, 2014,10:00 AM |
eh, tak manis lah, tambah lah gula lagi, kopi nak sedap kene buat manis sikit. haaaa, biasa tak dengar macam tu, kalau dah kata orang melayu (yang sama spesis macam saya) memang gula tu susah nak elak, sehari kalau tak minum air manis memang rasa tekak lain macam je, sekurang-kurangnya pagi masa sarapan tu, saya akan ambil minuman manis seperti milo atau teh, kalau waktu makan yang lain saya biasanya akan minum air putih je, tapi kalau makan kat kedai, tengok orang order sirap ais.. terkeliur je, mestilah order juga air manis. 

Sedikit mengenai pengambilan gula dalam diet seharian, makan makanan manis dan bergula ni banyak buruk dari baiknya. Oleh itu, sama-sama lah kita kurangkan gula dalam diet seharian, tambahkan manis dalam senyuman. huahuahuahua. Artikel dari Metro, jom baca. lalalalalala gula oh gula.  


Mengikut kajian Persatuan Diabetik dan Diatetik Amerika, pengambilan gula putih yang berlebihan dikaitkan dengan pelbagai masalah penyusutan kesihatan antaranya insomnia, alahan pening, rambut gugur, jerawat, keradangan kulit, gigi reput, kemurungan melampau, darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolic, kanser kolon dan kanser pankreas.

Ia juga dikaitkan dengan perubahan ‘mood’ yang ketara, perubahan personality, kulit kering, penuaan pramatang, mudah marah, meningkatkan masalah asma, arthritis, penyakit jantung, kolestrol, batu hempedu dan masalah endokrin.



Jika dibandingkan zaman lalu dan kini, pengambilan gula meningkat dengan lebih pantas berbanding populasi dunia iaitu pertambahan sebanyak satu peratus setiap tahun.

Apatah lagi kebanyakkan makanan berproses yang dijual mempunyai kandunagn gula tersembunyi. Inilah sebabnya kita perlu mengawal pengambilan gula dalam diet seharian bagi mengelak masalah kesihatan pada masa akan datang.

 

Read More...

Kebaikan penyusuan susu ibu

,12:23 AM |

Antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah :

-> Dapat membantu pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.

-> Penyusuan susu ibu juga boleh menjarakkan kehamilan secara semulajadi.  

-> Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta mengurangkan risiko penyakit osteoporosis. 
-> Ibu-ibu menyusukan bayi, hormon oksitosin dirembeskan. hormon oksitosin juga dikenali sebagai ‘LOVE HORMON’, sejenis hormone yang mencetuskan perasaan kasih antara ibu dan anak.

-> Anak mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi daripada ibunya.
-> Mengurangkan kos perbelanjaan keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula.
Antibodi anak yang menyusu badan lebih kuat.

  -> Anak yang menyusu badan mempunyai perkembangan otak yang sangat cepat dan mereka juga lebih pintas dan cergas.
 -> Menurut kajian, penyusuan ibu mampu membakar 500 kalori sehari. Bagi wanita yang mengamalkan penyusuan badan, tubuh badannya akan kembali ke bentuk asal dengan cepat atau semakin cantik kerana proses penyusuan badan mampu membakar lemak si ibu.

Read More...

Wednesday, March 26, 2014

Ilman batuk kuat dan nafas berbunyi

Wednesday, March 26, 2014,3:54 AM |
Masa bumi kita kekeringan dan bertambah pula dengan jerebu, saya pun terkena la selesema, perit tekak dan sedikit batuk, alhamdulillah dah minum air banyak dan upkan dos vitamin c, badan saya tak jadi demam, hanya lekat dengan selesema. Seminggu kene selesema, baby ilman pula kene selesema sedikit dan batuk.

Masuk hari ketiga baby ilman batuk barulah saya bawa ke klinik sebab batuknya semakin hari semakin teruk. Kesian baby ilman. Alhamdulillah, pas makan ubat kurang la sikit batuknya. kalau tak sampai mukanya merah sebab batuk kuat.

 Doktor kata nafasnya berbunyi sebab kahak kat dalam tak keluar. jadi doktor beri ubat batuk dan cairkan kahak. Semoga kahak yang kat dalam tu keluar segera sebab kalau ubat dah habis tapi nafasnya masih berbunyi terpaksa la bawa ke klinik untuk keluarkan kahak secara manual iaitu jolok tiub masuk kedalam tekak. adehhhh kesian sungguh, tak nak lah. Doktor kata kahak di dalam tu bahaya kalau tak dibuang kerana takut terkena jangkitan kuman dan lama kelamaan boleh kene asthma.

Ya allah kau sembuhkanlah batuk berkahak ilman tu yang allah.

Saya berpuashati dengan klinik pakar kanak-kanak ini kerana ubatnya sangat lah light. Macam cair dan tak pahit, tak likat, memang sesuai la untuk baby seperti ilman. Sebelum ni ada pergi ke klinik lain tapi dia punya ubat macam ubat kanak-kanak atau dewasa tp doc hanya kurangkan dos, dah payah ilman nak telan.

Semoga ilman cepat sembuh dari batuk kuat dan semoga nafasnya tidak berbunyi lagi. Amin. Ni la rupa ubat ilman.

Read More...

Monday, March 24, 2014

ebook penyusuan susu ibu.

Monday, March 24, 2014,5:39 AM |
Alhamdulillah siap sudah ebook penyusuan susu ibu saya ini. Ditulis oleh saya sendiri khas untuk para ibu-ibu yang ingin atau bercita-cita untuk menyusukan anak bolehlah dapatkan ebook ini sebagai panduan. (anda akan diberikan ebook ini dengan setiap pembelian set hamil atau set ibu menyusu)
Saya bukan lah pakar laktasi tapi segala penulisan saya dalam ebook ni adalah dari pengalaman saya sebagai seorang ibu dan masih berlajar dan belajar untuk mendapatkan ilmu bagi mencapai misi saya untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. 
Ini ebook pertama saya ni mungkin sedikit ringkas, hanya beberapa muka sahaja tapi insyaallah saya akan membuat ebook saya yang seterusnya bagi sambungan ebook pertama ini. 



Read More...

Tuesday, March 18, 2014

Kenapa saya memilih shaklee

Tuesday, March 18, 2014,11:30 AM |
Sejak saya jatuh cinta dengan vitamin shaklee, saya mula suka membaca mengenai shaklee, saya mula mengenali satu-satu vitamin shaklee, keistimewaan dan kelebihan vitamin shaklee, asal usul shaklee, dimana bermulanya shaklee, sejarah shaklee dan segalanya tentang shaklee. Dah kenal maka bermulanya saat jatuh cinta dengan vitamin-vitamin nya.

Bermula dengan vitamin C, B Complex dan Vitamin E iaitu set kecantikan/kesuburan shaklee di ikuti dengan ESP Shaklee dan melarat-larat ke vitamin lain. Bila kita nampak dan rasai keberkesananya, mengenalinya maka terrrrjatuh cinta lah dengan shaklee. Dari situ saya suruh mak saya ambil vitamin shaklee, setelah beberapa bulan alhamdulillah beliau pun suka dengan vitamin shaklee ni. Maka saya membuat keputusan untuk menyebarkan kebaikkan vitamin shaklee ini kepada yang lain. Beginilah tertubuhnya blog ini. Hihihi

Kenapa Shaklee?
Keran Shaklee telah menjalankan :-
Lebih 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar dan lebih 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mngesan bahan pencemaran berbahaya.

Kerana Shaklee telah membuat :-
Lebih $3 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk. Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen dan disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.


Kerana kehebatan Shaklee dalam menghasilkan :-
Produk shaklee adalah mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, untuk murah anda dan juga untuk bumi ini. Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.

SHAKLEE ALWAYS SAFE
SHAKLEE ALWAYS WORKS
SHAKLEE ALWAYS GREEN


Vitamin Shaklee ni bukan cikai-cikai punya k... Ianya memang benar-benar berkualiti dan tidak hairanlah Shaklee teguh berdiri selama lebih 50 tahun. Sekiranya anda berminat untuk mencuba atau menjadi ahli shaklee, jangan malu jangan segan untuk hubungi saya k. Kecil tapak tangan, lautan biru saya tadahkan.. acewah..hihihi.. 
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Monday, March 17, 2014

Mengepam susu dengan tergesa-gesa

Monday, March 17, 2014,8:40 AM |

Harini macam biasa sampai je ofis saya akan ke surau untuk meletakkan semua barangan mengepam susu dan kalau ada air sembahyang saya akan solat 2 rakaat dhuha.. dan mulakan dengan aktiviti mengepam.

Baru nak stat pam bos dah bagi mesej suruh datang meeting, alahai lemah betul la. Hilang mood ceria harini. Saya bab meeting ni memang tak berapa nak suka.

Dengan keadaan mengejar masa mulakan aktiviti mengepam dengan cepat. Agak stress disitu tapi mengharap dapat la banyak sikit ye untuk ilman.

Ada ke bos kata " awak pergi meeting tu dengar dan makan, tu je" pulak dah. Tu yang best dengar tu, ye la kita hanya wakil je, tak tau apa2, kot-kot ditanya apa2 ternganga aku nak menjawabnya.

Okeh la. Inilah hasil mengepam dengan tergesa-gesa. 5 auns.. dalam keadaan stress pun dapat banyak.. alhamdulillah. Senyum lebau sikit. Pam kejap je.. tak sempat nak tunggu susu habis sepenuhnya. Terpaksa la, nak buat macam mana kan.

Read More...

Saturday, March 15, 2014

Herbal Blend untuk ruam gatal dan pelbagai masalah kulit

Saturday, March 15, 2014,7:00 AM |
Herbal Blend ini merupakan krim pelbagai guna. Herbal Blend ini juga telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit. Rasanya sejuk sebab herbal blend ini mengandungi mentol, dingin je tapi bila pakai tak rasa berminyak.Herbal blend ini diperbuat  daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
















 






Al kisah pengguna herbal blend ni menjajau mencari herbal blend sebab kat shaklee tak da stock. Memang time tu ramai pulak yang kehabisan stok. Beliau juga turut menceritakan pengalaman menggunakan herbal blend untuk anak sulungnya. Jom ikuti kisah Puan Narisa ni ye.

Narisa Nerry (Shaklee Golden Lounge)
Assalam. Siapa SID sini yg ada Herbal Bleand. Urgent. Ruam kat bhgn belakang kaki pelipat baby saya x sembuh. Dah 3 bln dah berlarutan



Narisa Nerry Ank 1st saya pernah kena kudis api...sbb mandi sungai kot. Kudis gatal..mula2 mcm lecur mcm kena minyak panas sebesar kacang hijau je..selang 2 hari..air pecah. Kudis rebak..higga sebesar ibu jari. 3 minggu guna Ubat klinik x jln..makin teruk adalah. Sy basuh dgn basic H dan sapu herbal blend. Dua hari je...kudis kering. Dan sembuh sepenuhnya dlm seminggu. Amazingggg! Siapa ada helbal blend ni...?!

LAGI TESTIMONI PENGGUNA HERBAL BLEND SHAKLEE 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee atau barangan shaklee yang lain, jom hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Hanie
ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
FB Fan Page : rujukvitaminku 

Read More...

Friday, March 14, 2014

Punca malas lepas makan

Friday, March 14, 2014,6:21 AM |
Terasa nak berehat, macam malas-malas je lepas makan ni, kenapa ye? Ini adalah perkara biasa bagi kebanyakkan daripada kita. Saya kongsikan sedikit fakta yang diambil dari akhbar harian metro ni. Lepas baca mesti ada yang kata 'OOOO..PATUT LA'.... macam saya... hihihihi

Proses penghadaman :
Makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus iaitu otak dan usus. Bila anda makan, otak anda akan meransang isyarat untuk menukarkan tenaga yang diambil kepada pencernaan, lalu sel darah merah membantu mencerna makanan dan membawa nutrient ke seluruh badan.  Oleh itu, apabila sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota badan anda akan ‘mencuri’ masa ini untuk berehat dan memperlahankan proses berkenaan. Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat, mengantuk dan pelbagai kerana sel darah di otak tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini. Oleh itu, bila anda makan dalam jumlah yang banyak, tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan dan hasilnya daya tumpuan anda akan merosot.

Pengambilan gula yang tinggi :
Kajian menunjukkan bahawa kenaikan tahap gula dalam darah boleh menyebabkan neuron dalam otak anda terdorong kepada perasaan mengantuk. Selain daripada itu, pengambilan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan penyakit yang lain seperti diabetes dan pelbagainya. Oleh itu, perasaan ‘hipnosis’ ini boleh menjadi sebab mengapa anda rasa mengantuk selepas makan. 


Ketidakseimbangan karbohidrat :
Apa yang anda makan juga mempengaruhi perasaan anda. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti, pasta atau nasi ditukarkan menjadi gula bila dicerna. Bila anda makan banyak gula, hormone insulin akan dirembeskan untuk mengimbangi semula kandungan gula dalam darah. Insulin akan bertindak balas dengan protin di otak yang dipanggil ‘tritofan’ untuk menghasilkan serotonin. Serotonin adalah bahan kimia dalam badan yang mengawal kitaran tidur dan sedar anda. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari tempat yang sesuai untuk tidur seketika. 

Read More...