Friday, February 28, 2014

Shaker shaklee

Friday, February 28, 2014,12:13 PM |
Assalammualaikum.
Sekadar berkongsi keterujaan saya dapat beli shaker shaklee.. sebelum ni shaker shaklee ni macam goreng pisang panas, belum sempat saya beli dah abis. So kali ni dapat beli, terus beli banyak- banyak sikit supaya nanti customer saya yang beli ESP ke Cinch ke Milkshake ke dapat minum dalam shake shaklee ni. 

Kenapa la saya setiap kali nak mencuba sesuatu yang baru dari shaklee mesti teruja gaban. Hihihihi..
Itu je la yang nak dikongsikan harini. Jadi sesiapa yang beli vitamin berbentuk serbuk nanti akan dapat shaker ni.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee atau jag penapis air shaklee atau set penjagaan muka/ rambut shaklee boleh hubungi saya di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Thalassemia - Set tambah tenaga

,7:25 AM |
Hb rendah adalah perkara biasa bagi pembawa atau pengidap thalassemia. Bagi orang yang normal hb 11, 12 dah ok tapi bagi yang ada thalassemia ni mungkin sekadar 9 atau 10 je. Mereka yang ada thalassemia ni dari segi luaran aktif dan normal seperti mereka yang lain tapi ada waktu-waktu mereka menjadi lemah dan kurang tenaga. 

Jadi seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ni yang saya kupas sedikit mengenai thalassemia, ok klik Keliru mengenai penyakit thalassemia anemia dan seperti yang diperkatakan ada beberapa vitamin shaklee yang dapat membantu untuk memberi tenaga pada yang ada thalassemia dan sudah pastinya tiada iron adalah seperti berikut:

 Gabungan set tambah tenaga bagi thalassemia adalah dirujuk dalam artikel dan diskusi-diskusi forum-forum bagi penghidap thalassemia sendiri. Walaubagaimanapun anda perlu merujuk kepada yang pakar terlebih dahulu sebelum meng'consume vitamin-vitamin tersebut. 

Perlu diingatkan bahawa pembawa/pesakit thalassemia perlu menjauhi vita-lea shaklee kerana diperkaya dengan iron formula dan alfalfa complex shaklee kerana mengandungi kandungan iron didalamnya.

Vitamin E is the most important dietary antioxidant. Several studies have found that many Thalassaemics have lower levels of Vitamin E in their blood compared to non-Thalassaemics. This could be either because Thalassaemics do not take as much Vitamin E in their diet or because their needs are higher. In many studies, when Vitamin E was given as a supplement, Vitamin E levels in the blood improved. Ikuti artikel selanjutnya disini : http://www.ukts.org/living-with-thalassaemia

Folic Acid 1000-10,000 mcg (micrograms). 1000 = 1 mg This is recommended for all thal patients.

B-Complex. The B vitamins help protect the body against stress and are important for many basic functions. B vitamins are water soluble and do not last long in the body. It is important to replace them on a regular (daily) basis. Adequate amounts of vitamin B-12 are essential. B-12, as all B vitamins is water soluble and amounts ranging from 100-1500 mcg daily are advised.
 

Calcium  1000-1500 mg plus 500-1000 mg magnesium plus Vitamin D 1000-5000 iu ( all work together to maintain bone growth and heart function). Calcium taken alone is inadequate and can also lead to problems affecting the heart. It must be balanced with magnesium, as they work together in the heart beat, and an imbalance can lead to heart palpitations. Vitamin D is necessary for the absorption of calcium.

Vitamin C 100-250 mg taken with desferal (helps more iron to be excreted). Do NOT take more than 250 mg daily if thal. Too much iron can be freed into the bloodstream where it can cause clumping in the heart, causing lowered heart function. 
Ikuti artikel selanjuntnya disini : http://www.thalassemiapatientsandfriends.com

Vitamin E RM149.00 (120 BIJI)
Ostematrix RM61.00 (120 BIJI)
B Complex with asid folic RM53.75 (120 BIJI)
Chewable Vita C 100mg RM37.50 (90 BIJI)
Zinc RM33.75 (120 BIJI)
Nak DISKAUN...oh..segera-segera hubungi saya dan join ahli RM75.00 seumur hidup dengan saya, anda akan nikmati kadar murah terlampau dan pelbagai faedah lain.

Segera hubungi saya, hanie : 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my 

Read More...

Thursday, February 27, 2014

Herblax, lecithin atasi sembelit dan kolestrol tinggi

Thursday, February 27, 2014,6:32 AM |
Alhamdulillah dengan vitamin shaklee ni semakin ramai yang dapat mengatasi masalah kesihatan yang membelenggu diri. terutamanya sembelit tu, memang terbelenggu membelenggu betul la. kalau tak membuang 3, 4 hari, memang kronik dah tu, toksin tersimpan dalam badan, ibarat racun yang akan merosakkan sel-sel badan dan akibatnya macam-macam penyakit la yang datang.. Nampak tua sebelum usia tu akibat toksin penuh dalam badan la tu. 
 
Kolestrol ni pun bahaya juga, kene jaga pemakanan la, baru-baru ni saya pergi kursus.. alahai... terpaksa la makan. 3 hari makan ayam, 3 hari jugak lah dia masak bersantan, masak lemak, masak kari.. alahai.. sarapan disediakan nasik lemak.. alahai.. semua tu memang peveret tapi kalau hari-hari gitu, lemau badan rasanya, terngiang-ngiang 'ko ternak lemak' ke 'ko ternak lemak ke'. Agak-agak la tapi saya dalam kursus perut kebulur, makan je la. hihihi
 
Jom ikuti testimoni saudari Adeq Syamar ni.


:: Assalamualaikum kawan2
Testimonial diri sendiri.

Before: 66-68 kg
After: 58 kg

Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut. Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kdg2 je sy mcm lecithin dan herblax, bdn tak naik pun. cuma kena kawal makan yer.

Alhamdulillah sy dh dpt berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe

TERIMA KASIH SHAKLEE 






Harga untuk sebotol Herblax RM52.50 (120 BIJI) & Lecithin 52.50 (180 BIJI)

Sekiranya anda ingin mendapatkan herblax dan lecithin untuk mengatasi masalah sembelit dan juga kolestrol tinggi, boleh segera hubungi hanie di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan sekitarnya.
 
Read More...

Wednesday, February 26, 2014

Herbal blend multi purpose cream shaklee

Wednesday, February 26, 2014,10:37 AM |
Herbal blend multi purpose cream shaklee atau lebih glamourz lagi dikenali sebagia krim magik shaklee. hihihi tak tau la glaourz ke tak tapi senang nak sebut. krim magik kan. Jom kita baca apa kata pengguna yang telah menggunakannya.

TESTIMONI PENGGUNA 

Eirra Hashim Mamaya
Salam nak share tentang HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM. Dah 2 minggu saya gunakan untuk siku,tumit kaki saya yang pecah-pecah (mungkin akibat berat badan) dan saya dapati ada perubahannya,tumit kaki yang pecah-pecah berkurangan sedikit. Juga saya sapukan pada bekas kurap yang lama pada adik saya dan kulit yang keras tu kembali lembut sedikit demi sedikit. berusaha untuk memperbaiki.
TESTIMONI

Harga retail Herbal blend multi purpose cream shaklee adalah 113gm RM27.50

KULIT GATAL KURAP OH KURAP 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Herbal blend multi purpose cream shaklee ini boleh segera hubungi saya :

Hanie 
0196609951
emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar shaklee di Melaka.

Read More...

Monday, February 24, 2014

Antibodi kanak-kanak, abg haq demam lagi

Monday, February 24, 2014,6:22 PM |

Dah 2 hari dah abg haq demam akibat ulser yang banyak kat tekak die. Dah banyak baru kiteorang dapat detect. Mula-mula ingatkan demam akibat bengkak tonsil seperti selalu tapi bile tengok tekaknya ada banyak tompok putih-putih. Memang pelik la sebab sebelum ni tak pernah tengok. Semalam abg haq punya bibir merah sangat macam pakai gincu, merah dan pedih. Dia pun tak aktif, melepek je, nak pegang handfon tengok boboboi pun tak larat. Kemudian saya dan suami buat keputusan pergi hospital jumpa doktor. Alhamdulillah la tak da yang teruk.. Abg haq demamkan ulser kt tekak je.

Doktor bagi antibiotik, ubat demam dan batuk(untuk legakan tekak).

Semalam dah pergi hospital pantai pagi tadi pergi pulak klinik kesihatan klebang. Sebab pagi tadi hujung kaki nya bengkak macam kene gigit binatang. Alhamdulillah.. mungkin ulat ke ape ke.

Bila demam ni antibodi kurang dan silap sikit je gegata kembali menyerang. Habis satu badan lempap-lempap. Aiii.. macam-macam la abg haq ni. Kesian sangat dengan anak mama yang sorang ni. Mula lah timbul rasa kesal sebab tak menyusukan susu ibu dekat abg haq lama sikit. Full breastfeeding hanya 20 hari je.  Ni la akibatnya. Antibodi badan tak berapa kuat. Mudah kene jangkitan. Walaubagaimanapun saya berusaha bagi abg haq vitamin untuk kesihatan dia. Semoga abg haq membesar dengan sihat dan cerdik pandai.

Berminat untuk mendapatkan vitamin untuk anak-anak. Boleh segera hubungi hanie di 019-6609952 / emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka.

Read More...

Friday, February 21, 2014

Tips cara mudah untuk minum air

Friday, February 21, 2014,7:00 AM |
Ada yang merungut apabila saya sebagai distributor shaklee menyarankan kepada mereka yang ambil vitamin shaklee untuk minum air 3 liter masak/putih sehari. Bukan sorang dua, tapi kebanyakkannya, nak kata rakyat malaysia ni memang tak suka la minum air masak/putih. kan kan, ramai yang sokong saya kan, sebab dulu saya pun merungut. Asal lak kene minum banyak sangat air ni, kang terkencing-kencing la aku, kang buncit perut, kang gemuk air lah... haa, macam-macam alasan.

Pengalaman sendiri
Sebelum ambil vitamin shaklee saya minum air masak/putih purata dalam 1.5liter sehari je. Tapi bila ambil vitamin shaklee saya punya distributor suruh minum 3 liter air masak/putih sehari, terkejut jugak, aikkk asal banyak sangat ni. So bila diterangkan saya baru faham. Saya risau juga perut buncit tapi alhamdulillah buncit sebab mengandung je la, sebab minum banyak air takda lagi. Tapi yang bestnya bila badan kita ni dapat air yang secukupnya, berak pun lawas, kepala tak pening, kulit dah tak kering mengelupas dan macam-macam lagi.

TIPS AMALKAN SUPPLEMENT = AIR:
Mesti minum air banyak - indicatornya - lebih dari 3L air masak sehari.
Reason (dalam bahasa mudah) : kerana bila kita makan ZAT yg pekat (vitamin) kita perlukan banyak air utk 'melarutkan' zat2 tersebut.
Bayangkan kalau kita biasa kacau 1 sudu gula dalam 1 cawan air.. bila kita tambah lg 3 sudu gula, kita perlukan lebih banyak air supaya gula melarut dengan sempurna, dan air kita tak manis sangat.
Kekurangan air boleh menyebabkan tak sedap badan dan macam2 lg.
kredit : Lyna Noh 


Sekiranya berminat untuk mendapatkan set-set vitamin shaklee, segera hubungi saya di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan sekitarnya. 
Read More...

Thursday, February 20, 2014

Tips elak rambut daripada rosak

Thursday, February 20, 2014,3:02 PM |
Rambut adalah mahkota wanita, cuba bayangkan perempuan takda rambut, aisyyyy macam mana lah rupanya kan. Ada diantara kita yang mempunyai rambut yang cantik ada juga sebaliknya. Jom ikuti tips elak rambut daripada rosak. Diharap memberi manfaat kepada semua.

Menyikat rambut mampu membuatkan ia bersinar :
Memang benar, menyikat rambut boleh membuatkannya bersinar tetapi hanya dengan menyikatnya beberapa kali saja untuk membentuk rambut dan menyegarkan minyak semula jadi dari akar hingga hujung rambut. Jika rambut disikat berlebihan akan menyebabkan kerosakan dan rambut mudah patah.

          Mengikat rambut di tempat yang sama :
Tidak salah mengikat rambut, tetapi cuba mengubah tempat ikatan dilakukan menggunakan pengikat yang elastic dan tidak menyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu, untuk penjagaan rambut yang baik, longgarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus. 


          Mengikat rambut menggunakan gelang getah :
Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak kerana ia penyebab utama rambut terputus.

         Tidak menjaga kulit kepala :
Selain rambut, kulit kepala juga penting dan perlu diberi perhatian. Urut secara lembut kulit kepala untuk melancarkan peredaran darah. Kulit kepala yang sihat membuatkan rambut juga sihat bersinar.

          Menggunakan sikat yang tidak sesuai :
Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut. Lebih panjang rambut dimiliki, panjang sikat yang diperlukan juga perlu padanan dengannya.


Berminat untuk mendapatkan produk shaklee anda boleh hubungi saya segera di 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my / FB : rujukvitaminku

 Nak diskaun untuk sebarang produk shaklee, segera hubungi saya juga untuk register ahli rm75 untuk seumur hidup, anda akan nikmati harga terendah serta pelbagai manfaat lain. Ayuhhh cepat!!! 

Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan sekitarnya :)

Read More...

Wednesday, February 19, 2014

Abg haq pandai naik basikal setelah baik demam

Wednesday, February 19, 2014,6:18 AM |
Abg haq yang berusia 2 tahun 5 bulan dah pandai naik basikal...yahooooo. baru 3 hari (lambat update lor) Tapi kayuh separuh-separuh sebab kaki tak sampai. hihihi comelkan. Abg haq sangat-sangat lah teruja bila pandai naik basikal. Tapi macam biasa kepandaian bermula di rumah pengasuh. Al-maklumlah dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah pengasuh dia. Alhamdulillah saya dapat pengasuh yang menjaga anak saya dengan baik. Masa mula-mula pandai tu abg haq tak sabar tunggu mama ambik sebab nak tunjuk kat mama yang abg haq dah pandai naik basikal. Nampak sangat muka terujanya tu.

'Demam nak pandai'.... pernah dengar tak. Orang-orang tua kata la. Tak lau la mitos ke apa. Abg haq demam, batuk, selesema sebelum ni, sekarangkan musim angin + kering, rumah saya ni berdekatan dengan Pantai Klebang, lagi kuat la angin nya.  Badan kurus makan pun kurang asyik minum susu je. Bila dah baik demam, makan pun dah berselera, badan kejap je naik balik pastu tak lama tu dah pandai naik basikal. 

Alang-alang cakap pasal demam batuk selesema dimusim kering ni, Abg haq ambik ubat 2 kali di klinik. Sekali pergi tak elok juga pastu beli lagi ubat. Akhirnya saya ambik keputusan bagi madu untuk batuknya..alhamdulillah cepat elok. Ubat batuk yang beli kali kedua tu makan sikit je pastu stop dan saya bagi madu je. Ubat selesema pun tak abis, saya stop sebab macam dah banyak sangat ubat yang dimakan dengan antibiotik lg tapi tak elok-elok jadi saya gantikan dengan ambil chewable vit c 100 mg shaklee tapi saya upkan dos nya.. sehari saya bagi abg haq 2 biji (sepatutnya 1 biji sebagai supplement dah cukup) dan teruskan ambil omega guard hari-hari (sebelum ni seminggu 2 kali je). Bagi minum air masak lebih. Tak lama tu alhamdulillah.. kembali sihat. Saya tak sanggup tengok anak-anak tak sihat lama-lama. Kesiankan budak kecik lagi. Tapi abg haq macam biasa tak sihat tapi still aktif. Memang anak soljar lah... :)  huhuhu


Gambar naik basikal saya akan upload kendian ye sebab baru je pandai naik basikal, mama pun tak sempat nak tangkap gambar.

Sekian saja coretan harini. Mengabadikan cerita anak-anak di dalam belog kesayangan saya ni supaya suatu hari nanti mereka akan gembira membacanya. Perkembangan dan pembesaran mereka adalah pengalaman yang indah dalam hidup saya. Saya harap anak-anak akan membesar menjadi anak yang soleh. Insyaallah.

Berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin shaklee, boleh segera hubungi saya di :
SMS/WhatsApp : 019-6609951
Email : emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka dan Alor Gajah

Read More...

Tuesday, February 18, 2014

Keliru mengenai penyakit Thalassemia dan anemia

Tuesday, February 18, 2014,4:38 AM |
Tajuk harini diinspirasikan oleh my adik ipar punya isteri, nak panggil ape ye biras ke... Tak kisah lah. Nama nya farah (harap dia tak kisah lah saya glem0rz kan dia kat belog kesayangan ku ini..hehehe). Suami tolong tanyakan vitamin apa yang sesuai untuk farah sebab mengikut kata ipar saya farah demam dah 2 minggu dan kurang darah sebab ada thalassemia. So dalam kepala hotak saya terus menangkap vitamin yang sesuai adalah vita-lea iron formula yang diketahui umum sangat bangus untuk mereka yang kurang darah merah. TAPI kemusykilan timbul.. thalassemia tu penyakit kurang darah ke... bukan kurang darah tu anemia ke.. Compius dan tak sedap hati sebab saya tak pernah study lagi penyakit thalassemia ni.

Rupa-rupanya thalassemia ini adalah kerosakan gen yang menghasilkan sel darah merah (hemoglobin) yang abnormal. Menjadikan proses untuk membawa oksigen oleh hemoglobin terganggu. 

Thalasemia adalah sejenis blood disorder yakni masalah pada darah. Hemoglobin dia tak terbentuk dengan sempurna. Berbeza dgn orang biasa yg anemia, orang biasa anemia sebab low hemoglobin, orang talasemia anemia sbb hemoglobin dia tak sempurna

Pengambilan iron tidak membantu utk thalessemia dan dikhuatiri akan menyebabkan overdose. Jadi perlu recommendation doktor tak kira pembawa atau penghidap.

 ******************************************************************************
Apa itu Thalassemia?

Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).


Terima kasih rakan blogger saya, mamarey sebab buat tutorial ini untuk saya.hihihi

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit thalassimia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.


Terjemahan mengenai istilah thalasemia ini diolah oleh saya sendiri mengikut pemahaman saya ye... Kalau anda pening-pening dan tak faham, boleh dapatkan lebih maklumat disini :
http://pmr.penerangan.gov.my/talasemia
http://boyzone87.blogspot.com 

Terjah belog saya untuk tajuk seterusnya nanti ye iaitu vitamin bagi mereka yang ada thalassemia,
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka, Alor Gajah dan sekitarnya.
Read More...

Monday, February 17, 2014

14 jenis makanan terbaik untuk lebih sihat

Monday, February 17, 2014,4:18 AM |
Kepada mereka yang mahukan berat badan ideal dan ingin meningkatkan tahap kesihatan, bertindaklah dari sekarang. Amalkan gaya pemakanan seimbang, hadkan makanan yang tinggi kandungan lemak, garam serta gula. Pada masa sama, jadikan gaya hidup aktif sebagai ‘ubat’ yang perlu yang perlu diberikan kepada badan setiap hari, sekurang-kurangnya berjalan cepat 30 hingga 45 minit sehari.

Dalam usaha mengurangkan makan, ada 14 jenis makanan terbaik untuk lebih sihat dan yang mempunyai banyak manfaat kepada badan iaitu :

1. Minyak Zaitun
    Minyak zaitun baik digunakan untuk mengganti minyak dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak menyihatkan (lemak baik/HDL) yang bermanfaat untuk memberikan rasa kenyang dan mengelakkan nafsu makan yang kuat. Selain itu, minyak zaitun juga bermanfaat sebagai antikeradangan dan antioksidan yang baik untuk tubuh.


2. Keju : 
   Keju berasal daripada susu yang dapat membantu menurunkan berat badan jika diambil secara teratur  dan tidak berlebihan. Susu yang terdapat  dalam keju mengandungi asid linoleat yang membantu membakar lemak.

3. Epal :
 Epal adalah antara buah yang banyak mengandungi serat sekitar empat hingga lima garam setiap biji. Pelbagai jenis epal yang ada di sekitar kita. Oleh itu, pilih epal yang mengandungi banyak serat dan air yang memberikan rasa kenyang serat antioksidan untuk menjaga kestabilan metabolisme.

4. Tomato :
 Setiap kali anda mengunyah makanan, secara automatik tubuh akan melepaskan hormone cholecystokinin (CCK) yang berfungsi untuk memperketat kantung perut dan usus supaya berasa cepat kenyang. Tomato mengandungi oligofruktos iaitu serat yang dapat menjaga dan mempertahankan tubuh daripada hormon CCK di perut anda dan senyawa likopine yang dapat melindungi kulit daripada terbakar oleh sinaran matahari serta mebgurangkan risiko kanser.

Testimoni pengguna ostematrix shaklee lebih lawas dan bertenaga 
 

5. Cuka :
      Cuka juga sering digunakan sebagai persa tambahan dalam masakan atau makanan. Ia dapat membantu rasa puas dan kenyang, namun anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan dan perlu mengikit kadar yang ditetapkan.

6. Salmon :
      Salmon amat baik untuk kesihatan dan siet kerana mengandungi banyak vitamin, rendah lemak dan mampu menjaga kesihatan jantung serta mengecilkan pinggang atau perut. Lemak omega-3 yang ada pada ikan salmon ini dapat meningkatkan insulin yang membantu perkembangan otot dan menurunkan lemak di bahagian perut.

7. Yogurt :
  Yogurt boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sempurna kerana mengandungi karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membantu kawalan gula darah ke paras normal.

8. Badam :
      Badam adalah makanan ringan terbaik yang dapat memberikan rasa kenyang dan membantu menjaga kadar gula darah supaya stabil.

9. Pir :
 Buah pir memiliki jumlah serat sekitar 5.5 gram, bergantung kepada saiz buah berkenaan.

Pengambilan buah ini menjadikan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Lebih baik sekiranya dicampur bersama salad atau pencuci mulut selepas makan.

10. Kulit kayu manis :
 Kayu manis adalah kelompok rempah yang memiliki manfaat untuk kesihatan tubuh. Pengambilan setengah sudu teh kulit kayu manis setiap hari dapat membantu mengawal gula dalam darah dan mengendalikan insulin serta mengelakkan tubuh menyimpan lemak.


11. Kacang hitam :
    Kacang adalah makanan baik untuk mengelakkan kegemukan kerana mengandungi kombinasi ideal iaitu serat larut dan tidak larut, lemak, protin dan karbohidrat pembakar lemak.

12. Kopi :
     Pengambilan kafein mengikut kadar ditetapkan akan membantu membakar lemak dalam tubuh. Kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh seterusnya menurunkan berat badan. Kesan kafein dapat bertahan sehingga empat jam dan membakar kalori sebanyak 30-50kcal sehari.

13. Telur :
    Telur boleh membantu menurunkan berat badan kerana mengandungi banyak protin dan rendah kalori. Mengambil telur menjadikan perut kita berasa kenyang dalam tempoh beberapa jam.

14. Bawang putih :
  Makanan yang dilengkapi dengan bawang putih dapat membantu mengawal kegemukkan. Rasa dan aroma bawang putih yang kuat membuat makanan lebih sedap dan rasa kenyang dengan cepat. 
- Sumber : Harian Metro-

019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
Saya adalah pengedar sah shaklee di Melaka
Read More...