Thursday, August 29, 2013

3 Persoalan tentang saya dan shaklee

Thursday, August 29, 2013,11:05 AM |
Kadang-kadang banyak orang tanya, KENAPA SHAKLEE?? pertemuan saya dan shaklee telah ditentukan oleh allah s.w.t, disebalik pertemuan ini, ada kisahnya. Okehlah, harini ada soalan yang perlu dijawab, diharap jawapan ini terang lagi nyata tentang persoalan saya dan shaklee.



Soalan 1 : Kenapa saya buat bisnes shaklee?
Mula saya beli vitamin untuk diri sendiri dan bila penjual (upline) kata jadi ahli hanya rm75 sahaja, saya terus daftar sekadar suka-suka untuk cari side income. Mula-mula tak serius mana pun, kan suka-suka, tapi bila saya di add masuk ke group bimbingan LB & RF, saya tertarik dengan pendekatan yang digunakan. Tiada paksaan untuk cari downline ke capai target ke sebab shaklee kan MLM tapi ianya berbeza dari MLM yang saya tahu. Mereka bagi motivasi, bimbingan, ada kelas alam maya dan yang paling saya tertarik adalah pendekatan lebih kepada mencari keredaan allah.

Soalan 2 : Apa yang saya boleh dapat dengan shaklee? 
Bonus, duit, bonus elaun kereta, trip membuat umrah, dapat duduk hotel 5 bintang ketika buat umrah, trip ke oversea, trip dalam negara pun ada dan lain-lain lagi. Biasa la itu la yang MLM ni akan tawarkan. Kita berbisnes memang lah nak kan keuntungan dan faedah disampingnya.

Tapi apa yang saya dapat dengan shaklee lebih dari itu, antaranya adalah ilmu pengetahuan, rasanya selama berbelas tahun saya belajar inilah ilmu yang bermanfaat yang saya belajar, ilmu yang saya belajar dan amalkan dan bagitau pula kat orang lain dan orang lain dapat faedahnya, alhamdulillah semoga ilmu ini berterusan. Selain tu, dapat menambahbaik kesihatan saya, keluarga dan orang-orang disekeliling saya, saya juga dapat bersama-sama dengan mereka yang sangat positif, sangat bersemangat dalam dunia perniagaan dan sangat mementingkan ukhwah sesama sendiri, sentiasa memotivasikan orang lain, bak kata saya sangat bersyukur allah mempertemukan saya dengan shaklee bersama mereka. Bimbingan mereka sangat berguna dan semoga kita sama-sama berkembang maju.

Soalan 3 : Adakah saya akan berjaya?
Dengan sokongan keluarga & kawan-kawan, bimbingan daripada upline yang sangat positif dan dengan redha allah. Insyaallah saya akan berjaya dalam shaklee. Saya akan berusaha untuk berjaya, saya akan menjadi Master dalam Shaklee. Amin.  Sepertimana firman allah :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

Sekiranya anda mahu menyertai saya dalam mencapai impian, boleh hubungi hanie Call/SMS/WhatApp: 019-6609951.

Read More...

Friday, August 23, 2013

Kurus dengan vitamin shaklee, impian menjadi kenyataan

Friday, August 23, 2013,4:56 PM |
Teruja bila baca testimoni pengguna yang berjaya menurunkan berat badan mereka dan berharap ianya bukanlah sementara. Ada yang kite jumpa nak kurus/slimkan perut sampai tak makan, apa kejadahnya sampai begitu, amalan ikat perut atau berlapar memang tak menjadi, comfirm, kalau jadi pun kurus nya mesti kejap je.  Sebab tu kite rasa seseorang tu perlu target kurus bukan untuk cantik tapi untuk sihat. 

Sedikit tips dari insan yang kurus ini :
1. Kuantiti air - 3 liter sehari atau lebih ikut berat ( 25kg=1 lit)
2. Makan malam - Sebelum pukul 7 
3. Senaman - Buat la sedikit senaman, sit up ke, naik tangga turun tangga ke, skipping ke
4. Vitamin - Jangan culas (skip), kejap makan kejap lupa, apa cerite beb..
5. Pemakanan - Jangan tak makan langsung, replace meal ok tapi sekurang-kurangnya dari tiga kali waktu makan (Sarapan, Makan tengahari, makan malam), ambil satu waktu untuk makan contoh nasi atau mee atau roti, jangan skip makanan ruji kita. Jangan hilangkan nikmat menikmati makanan itu tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
6. Buah/Sayur - Sangat penting ok.

Jangan fikir sangat tentang angka di penimbang itu apabila mengambil vitamin tapi rasai lah di tubuh kita, inci lossss ke tak, itu lagi bagus sebab ianya berkaitan dengan lemak & tayar ganti.

Jom ikuti testimoni ini : 
Shaklee merubah impian menjadi kenyataan......

Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah.......


Sebarang pertanyaan atau bantuan untuk nak kurus kite berbesar hati ingin membantu untuk mereka yang SERIUS, yang betul-betul ingin menjaga kesihatan. Boleh hubungi hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my / inbox di Fanpage FB : @rvk online shop

Read More...

Thursday, August 22, 2013

Masalah kesuburan dan cara mengatasinya

Thursday, August 22, 2013,6:12 PM |
Mempunyai masalah kesuburan atau mendapat zuriat yang lambat memang mengusarkan mereka yang sedang menantikan cahaya mata. Pelbagai kaedah telah dicuba untuk meningkatkan tahap kesuburan tetapi menemui jalan buntu. Jadi kite nak kongsikan vitamin shaklee yang boleh membantu anda yang dalam mengatasi masalah kesuburan ini. Tetapi dinasihatkan mereka yang belum cek doktor, sila pergi ke hospital bersama pasangan untuk mengenalpasti tahap kesuburan masing-masing, suami/isteri jangan mengelat, awak pergi la dulu nanti saya pergi... oh tidak bukan macam tu ye, dua-dua pergi sekali. Ini masalah bersama, bukan perseorangan.

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?

UNTUK SUAMI DAN ISTERI

Vitamin Asas *tunjang utama* untuk kesihatan badan.
(1)Vita-Lea (Multivitamin)
(2)Vitamin C
(3)B-Complex


Vitamin Kesuburan

(4)Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5)Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6)Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

ESP pula makanan kepada sel-sel, sekiranya badan kita mempunyai sel yang sihat maka nutrisi mudah untuk menyerap di dalam badan.

Tapi perlu ditekankan bahawa, vitamin adalah salah satu usaha kita untuk mendapatkan zuriat. Kita merancang, Allah jua yang menentukan segala...Allah maha mengetahui segala yang tersirat dan tersurat, mungkin allah nak kita dekatkan diri, merayu kat dia jadi perbanyakkan amalan seperti doa, solat hajat, dan lain-lain supaya dia tahu kita bersungguh-sungguh mahukan zuriat dan kita hanya hamba yang lemah yang mengharapkan bantuannya. waaa.. macam usztazah pulak ye.


Ini pula dipetik dari FB seorang doktor, kite sentiasa mengikuti FB doc ni. Apa katanya :

Dr. Hamid Arshat
Bagi mereka yg masih berusaha mendapat zuriatan toiba.
1. Jangan putus asa terys berdoa kpd Allah dan berusaha dapatkan rawatan.
2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg.
3. Kurangkan gula dan karbihaidret dalam minuman dan makanan.
4. Minum teh hijau dan fresh juice . Jauhkan fizzy/soft drnik dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah2.
5. Makan lebih sayur2 hijau, ulam2, sop sayur, salad, pecal atau rojak.
6. Makan lebih buah2 . Mulakan setiap sajian makanan dengan buah2, diikuti sayur2.
7. Kurangkan nasi , masak lauk2 - daging , ayam dan ikan yg fresh/segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yg diperoses yg mengandungi pengawet, perisa dan pemanis.
9. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila isteri subur. Bolih kesan kesuburan dengan ujian ovulation.
10. Lakukan exercise dgn berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang 30 minit setiap hari.
11. Supplemen2 - multivtamins, folic, vitamin E dan C, logam2 zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda.
12. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation , D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2.
13. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.


Segala maklumat di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang penyakit. 

Berminat untuk mendapatkan vitamin untuk kesuburan anda suami isteri atau mempunyai keraguan mengenai vitamin shaklee, berbesar hati sekiranya dapat hubungi hanie :

ID 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my
FB Fanpage : @rvk online shop
FB : Emy ilhamie

Read More...

Wednesday, August 21, 2013

Simpul biawak @ tarik mengkarung

Wednesday, August 21, 2013,4:45 PM |
Adakah perkara ini biasa terjadi kepada anda? Pada kite, Tak biasa, sebab kite mengalami keadan ini pertama kalinya ketika mengandung anak sulung, rasa pelik sebab tak tau, apakah yang terjadi kepada kakiku, asal ni? asal ni? 

Simpul biawak atau tarik mengkarung yang terjadi pada kite pada pertama kalinya berlaku dalam masa 3 minit dan kemudian pulih seperti biasa, peritnya hanya allah je yang tahu, hampir menitiskan air mata apabila terasa seperti urat ditarik tegang dah macam nak tercabut kakiku. Semasa mengandung anak sulung, tarik mengkarung mula berlaku apabila dah masuk trimester kedua dan ianya berlaku berkali-kali sehingga bersalin, kalau salah mengeliat waktu bangun pagi, siap la kau, mengucap dan berselawat panjang la menahan sakit. Sejak tu jarang-jarang nak mengeliat, dan bersalin pun takut dah nak mengeliat. 

Selepas melahirkan, tarik mengkarung ni terus hilang, tak da kene lagi. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari, ingatkan hilang terus, rupanya tidak lagi, kite kene juga sewaktu mengandungkan anak kedua. Tapi alhamdulillah nak masuk trimester ke 3 baru dia datang menyerang. Itupun termasuk semalam baru 2 kali, alhamdulillah tidak sekerap anak sulung. Sengalnya belum pun hilang. 

Menurut Dr. Zubaidi : Kekejangan pada wanita hamil berlaku apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Keadaan berpunca apabila rahim semakin membesar, kaki akan mudah lenguh, tekanan rahim pada saluran darah menganggu perjalanan darah ke bahagian kaki dan berlakulah kekejangan. 


Dengan kelapangan waktu yang ada, kite telahpun mengoogle perkara-perkara berkaitan simpul mengkarung ini dan dah take note sikit mengenainya. Apa yang kite perolehi dari mengoogle? (sumber  Dengan olahan sendiri untuk senang paham la ye, Jom ikuti perkongsian ini:

Faktor terjadinya Simpul biawak @ tarik mengkarung :

  1. Keletihan otot yang digunakan dalam pergerakkan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. (aktif sukan, atau tetibe je bersukan, tidak melakukan stretching)
  2. Pengecutan otot secara tidak terkawal (cramps)
  3. Kekurangan pengaliran darah dibahagian kaki akibat posisi yang tidak betul.
  4. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah menganggu perjalanan darah kebahagian kaki.
  5. Terlalu banyak bergerak menyebabkan kaki cramps. 
  6. Kekurangan garam mineral seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Cara mengurangkan kesakitan ketika kena simpul biawak @ tarik mengkarung :
  1. Kejutkan suami, suruh ambil ais dan tuamkan pada kaki.
  2. Suami boleh tolong urut perlahan menggunakan minyak atau picit-picit betis dan jari kaki perlahan-lahan.
  3. Sekiranya bersendirian, gerakan perlahan pergelangan kaki, atau gerakkan kaki supaya darah dapat mengalir. 

Untuk mengelakkan terkena Simpul biawak @ tarik mengkarung :
  1. Sebelum tidur, lakukan sedikit regangan pada bahagian kaki.
  2. Sapu minyak panas dan urut perlahan dibahagian kaki.
  3. Pakai stokin atau selimutkan kaki agar tidak kesejukan atau masuk angin.
  4. Minum air secukupnya. 
  5. Minum susu atau ambil kalsium secukupnya.
  6. Jangan berdiri terlalu lama ataupun duduk kaki terjuntai.
  7. Makan makanan seimbang.

Menurut Dr Tan, 
(Berita Harian Online)

“Apabila wanita hamil kerap merasa sakit, kejang, gatal dan kakinya bengkak, amalkan memakai stokin tekanan sepanjang masa, elak berdiri terlalu lama, jangan duduk bersilang kaki, lakukan senaman ringan dan angkat kaki sekerap mungkin,” katanya. 

STOKIN TEKANAN...Emmm bagaimana ya rupanya.. google google..


Maklumat diatas hanyalah sekadar perkongsian dari hanie sahaja, sebarang pertanyaan bolehlah Call/SMS/WhatApp 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my / @rvk online shop

Read More...

Monday, August 19, 2013

Breast Pump mempengaruhi penghasilan susu ibu

Monday, August 19, 2013,1:31 PM |
Oleh sebab dak hanie ni akan melahirkan anak keduanya pada Oktober 2013, jadi banyak la entry mengenai susu ibu ni, jangan muak dan jemu membaca ye.

Pada pendapat korang, adakah Breast Pump menjadi salah satu faktor yang akan mempengaruhi penghasilan susu ibu.

Pada pendapat dak hanie (ibu bekerjaya) yang comel yang pernah menyusukan akan sulungnya dulu, jawapanya YA. Kenapa??? kerana apa yang terjadi pada kite (hanyalah pendapat pensendirian)

Puting sakit - Breast pump brand p****** yang dibeli tidak berkualiti menyebabkan setiap kali pump susu, puting akan terasa pedih dan sakit. Memang bercinta la nak pump susu. Pada permulaannya gagahkan jugak la mengepam sebab susu banyak dan ada masa terluang ketika di pejabat, tapi bila pump asyik sakit je kite mula la bermalasan nak pump dan berlanjutanlah susu semakin kering blablabla. Penghasilan susu ibu, lagi kerap kite kosongkan breast kite lagi aktiflah penghasilan susu ibu, Tapi bila kita biar je, maka kilang pun tak aktif dan kurang la susu, makin lama makin tiada. Itulah pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman anak sulung. Jadi anak kedua ni, kite pastikan memcuba breast pump dan kemudian baru beli, jangan main hentam beli je. huhuhu, kene stanby duit la sebab harga setanding kualiti. hehehe.

Sekiranya kawan-kawan ada pendapat yang berbeza, jom komen-komen dibawah ini, berkongsi pengalaman indah sepanjang penyusuan anak masing-masing.

Ada pertanyaan, boleh je hubungi Call/SMS/WhatApp : 019-6609951/ emy_2912@yahoo.com.my
Read More...

Thursday, August 15, 2013

Masalah puting tenggelam atau puting leper

Thursday, August 15, 2013,1:47 PM |
Sebagai ibu baru atau ibu yang mengandung anak sulung, banyak persediaan yang perlu dibuat dari segi kelengkapan bayi, persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin, memperlengkapkan diri dengan ilmu penyusuan sebaik mungkin, peralatan penyusuan, dengan persediaan emosi, fizikal dan mental lagi. Memang banyak la, kite dulu siap buat check list lagi..

Kite sangat bersyukur dan berterima kasih dengan misi-misi di Klinik Ibu dan Anak Klebang kerana layanan dan perhatian mereka sepanjang kehamilan pertama dan kedua ini. Walaupun agak kecoh dan kepoh misi-misi tu, tapi hubungan dengan mereka dah macam keluarga. Masa check up dengan misi dulu, semua benda misi cek & ajar, tengok puting die kata puting ok, takda masalah, tapi ada sesetengah tempat misi tak cek pun. Kesian kepada mereka yang mengalami masalah puting tenggelam atau puting leper ni. Ianya terjadi kepada saudara terdekat kite. 

Kat sini nak kongsi beberapa tip untuk mengatasi masalah puting tenggelam atau puting leper ni :

  1. Agak-agak 2 bulan nak bersalin, ibu boleh menggunakan breast pump dan melakukan aktiviti mengepam macam nak pump susu tapi tujuan sebenar adalah untuk kelurkan sikit puting tersebut. Buat hari-hari, insyallah yang tengelam atau yang leper tu akan timbul.
  2. Ibu-ibu juga boleh melakukan urutan. Guna ibu jari dan jari tunjuk, picit dari sekitar kawasan hitam hingga ke puting. Picit dan tarik ke depan. Buat hari-hari.
  3. Bagi puting leper tu, ambil seketul ais, letak kat puting, bila dia mengeras, lakukan urutan seperti di perkara 2.
  4. Perkara paling senang, suruh je suami jadi baby tua... hahahaha (18sx ye) kalau hari-hari buat senang la puting nak timbul, selain mengeratkan hubungan suami isteri.. :) 
Sebenarnya nak mengeluarkan puting bukan nya perkara sehari dua, tapi kene dilakukan seawal mungkin tapi kalau 2 bulan sebelum tu, dah ok lah. 

Sekian sahaja perkongsian dari pengalaman anak sulung, semoga anak kedua ini dipermudahkan perjalanan penyusuan sehingga 2 tahun. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi hanie dengan Call/SMS/WhatApp ke 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut. 
Read More...

Wednesday, August 14, 2013

Syoknya Bisnes Shaklee

Wednesday, August 14, 2013,5:14 PM |
Alhamdulillah kenyang minum ESP mix susu anlene...sedap sungguh hihihi.. Bukan itu yang nak diceritakana kali ini yer, sekadar selingan. Orait, today it's pay day... yeeeeehhh yahooo.. Macam biasa la tengah bulan poket kering, sang rimau pun lemau je, nak tekan pun dah tak leh keluar lagi, tinggal rm10 je, kalau tersedak terdesak kene la tekan bank lain sebagai back up, kalau nak harapkan gaji tiap-tiap bulan, paras hidung je la..simpanan pun tak da.

Tapi Alhamdulillah, sejak bersama shaklee saya ada back up baik punya, sang rimau tak lemau sangat la, Mula-mula 2 angka, kini 3 angka, dan sentiasa berusaha untuk mencapai 4 angka suatu hari nanti, insyallah. Banyak sungguh halangan untuk mencapai 4 angka tapi mungkin ada perancangan allah yang lebih baik, sebab tu delay sikit tapi insyallah dan doakan kite untuk mencapai tahap 4 angka dan 5 angka dan seterusnya. Amin ya rabbalalamin. 

Sejak mengamalkan vitamin shaklee, yang lain dah tak pandang dah, memang jatuh cinta mati la bersama shaklee. Bila jadi pengamal vitamin shaklee, lebih elok jadi ahli terus sebab kita akan contineu beli vitamin, jadi kita akan dapat lebih murah sikit disamping boleh kumpul point setiap bulan. 

Dipendekkan cerita, alang-alang dah jadi AHLI untuk diri sendiri, orang tanya kite jawab orang tanya kite jawab, bercerita pengalaman dari mulut ke mulut, dapat gak la bonus sikit-sikit, daripada sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Lagipun dalam team kite ini ada latihan atau kelas online, senang la, kalau free-free boleh la belajar santai-santai, dari belajar santai-santai, lama-lama, jadi pandai. Sekarang ini pandai dah dak hanie ni buat blog, kalau tak dulu memang buta it la.


Apa yang buat kite jatuh cinta dengan team shaklee yang kite sertai ni adalah mereka bukan sahaja menekankan mengenai duniawi je, malah pelaburan di akhirat juga contohnya dari segi zakat, sedekah, dan lain-lain. Memang best sangat la, sebelum ini, yang wajib je buat, sekarang yang sunat pun dah boleh buat, takda la liat sangat. 

Yang lagi best, semua yang kite buat tiada paksaan, upline cuma bagi cara, tapi kite yang nak buat atau tak, terpulang, senang cakap, mau duit, buat kerja, tak mau duit, pandang saja, tak payah buat kerja. hehehehe.. 

Sekian sahaja luahan perasan berikutan it's pay day shaklee. Sekiranya berminat nak jadi AHLI dan menjadi sebahagian daripada group kite, jangan malu jangan segan, boleh hubungi dak hanie call/sms/WhatApp : 019-6609951. FB Fanpage : @rvk online shop

wasalam
Read More...

Tuesday, August 13, 2013

Tip kembali langsing

Tuesday, August 13, 2013,1:36 PM |
waaa.. dah beraya sakan, ada sesiapa yang mengalami penambahan berat badan tak? mesti ramai kan, masa bulan puasa ramai yang dah nampak kurus sikit, tayar spare pun kempis, ni dah asyik makan makanan berlemak, berminyak, kalori berganda-ganda, macam mana nak turun balik yer??? Jom ikuti tip untuk kembali langsing. Back to rutin ye.. 



1. Kurangkan makan daging merah
Daging terutama di bahagian tulang rusuk mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Begitu juga dengan daging ayam, berhati-hati ketika memilih bahagian daging ayam khususnya paha dan kepak yang terkandung lemak berbanding daging putih di bahagian dada.

2. Masak guna minyak zaitun
Minyak zaitun tidak mengandungi bahan lemak tepu. Oleh itu, ia dapat ganti lemak tepu dalam masakan anda. Penggunaan minyak zaitun dalam masakan juga beri banyak khasiat.Chef di malaysia turut guna minyak zaitun dalam masakan mereka.

3. Elak makanan beku
Makanan sejuk beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Disarankan tidak mengambil minuman sejuk selepas makan kerana apabila minum air sejuk, lemak akan terkumpul di kawasan tertentu dan akan jadi tepu lalu sukar untuk dibuang.

4. Tambah suplemen dalam diet
Antara suplement yang baik untuk kawal lemak tepu dalam badan adalah Omega 3. Suplemen ini adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh bagi membantu melawan lemak tepu dan kolestrol jahat. Selain itu, Omega 3 juga membantu kawal keradangan dalam badan, kuatkan jantung dan penglihatan seta menaikkan mood seseorang itu. Boleh diperoleh daripada jenis ikan seperti sardin, salmon dan kembung. Klik sini untuk lebih lanjut mengenai Omega 3.

5. Kurangkan produk tenusu
Jika anda peminat setia keju, cuba kurangkan ambil keju dalam setiap masakan anda kerana keju mengandungi lemak tepu yang banyak. Begitu juga produk susu lemak penuh atau susu pekat manis.

6. Kira jumlah lemak yang diperlukan
Mungkin anda rasa malas untuk kira jumlah lemak dan kalori yang diambil setiap hari. Namun cuba lakukan hingga anda berjaya jumpa cara berkesan bagi kurangkan lemak tepu dalam badan.

Sumber : HM 13/8/13

 Inginkan vitamin yang membantu anda kekal langsing. Jom sms/whatApp/call hanie 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my atau jom klik like di fan page fb : @rvk online shop

Read More...

Tuesday, August 6, 2013

Krisis penyembuhan (Healing Crisis)

Tuesday, August 6, 2013,9:45 AM |
Tajuk ini di up kan pada harini berikutan ada yang membeli vitamin tapi lepas makan vitamin terasa pening la, loya la, sakit makin teruk la, muka tetibe naik jerawat la, lepas tu stop. Kite rasa sedikit terkilan, kalau stop pastu sambung makan balik tak pe la, ni terus stop, vitamin tu buat jeruk dalam peti ais.. adehhhh, setiap kali urusan jula beli itu terlaksana, kite dah pesan, mungkin ada healing krisis, teruskan makan, banyakkan minum air masak, tapi tu la, kite hanya mampu menasihatkan je la, tak kan nak paksa pulak kan, tapi tu la, sedikit terkilan.
Jom baca quastion & Answer mengenai krisis penyembuhan (Healing Crisis)
Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi hanie 019-6609951/ emy_2912@yahoo.com.my/ @rvk online shop

Read More...

Monday, August 5, 2013

Omega Guard Shaklee : A Must Have Vitamin Sepanjang Musim Raya

Monday, August 5, 2013,12:54 PM |
sElAmAt hArI rAyA : Bulan ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi, rasa sedih pun ada, semoga kite bertemu lagi di bulan ramadhan next year... Dalam rasa sedih tu semua persiapan raya dah siap.. amboi, sedih2 pun ligat jugak bershopping yer.. hahahaha.. Sekarang mood raya memang sedang menanti dihujung je ni, kueh-kueh, biskut kegemaran memang dah di aim kan dah, umah makcik mana yang ade rendang kerang yang sedap dan kari kambing yang sedap, adussss... memang akan dilawati rumah-rumah tersebut. Menjadi trend rakyat malaysia makananya penuh dengan lemak-lemak ni, ko cakap la apa pun, bedal tetap bedal, cuma ade yang beringat, makan agak2 kenyang je,  ada yang kebabom je, langau je, ye la.. bukan selalu jumpa makanan sedap-sedap ni kan. Oh hanie cukup-cukup la into pasal raya ni.

Ok berbalik kepada tajuk harini Omega Guard Shaklee, A Must Vitamin Sepanjang Musim Raya. Biasalah makanan lemak-lemak & berkolestrol tinggi, gula tinggi, berminyak, yang kite makan tu semua akan melekat kat badan, kalori makanan semua pada level yang teratas, boleh mendatangkan 1001 penyakit,

Lihat Fakta ini, adakah anda tergolong dalam jumlah 16.8 juta manusia ini. Oh tidak.



Jadi apakah persediaan anda untuk itu, reda je lemak-lemak berkumpul dalam badan, biarkan kolestrol meningkat dalam badan, bila kolestrol tinggi salur-salur darah tersumbat, darah menjadi pekat, dapat risiko penyakit jantung, Obesiti ATAU buat excersice untuk bakar lemak atau memilih makanan tambahan untuk tolong bakar lemak di badan anda ATAU kedu-duanya sekali. 

Begini caranya : 

Dengan pengambilan Omega Guard (mengandungi Omega 3) ini adalah salah satu cara yang dapat membantu anda sihat ketika musim perayaan, Omega Guard tolong anda bakar lemak dan kolestrol didalam badan anda. 


"...[C]ountries that consume omega-3 regularly such as (Japan and Norway) have higher life expectancy rates compared to parts of the world that have adopted the Western diet. Furthermore, the rate of obesity is significantly lower among those whose diets are rich in omega-3 fatty acids," says Omega3.org.
Sumber : Naturalnews


Unsaturated fatty acids omega-3 contained in fish are a popular pharmaceutical supplement in Malaysia and worldwide. Omega-3 assists in lowering blood pressure, reduces the risk of blood clots and helps to lower cholesterol levels in the body.
Sumber : Kevin zahri.com



Selain itu, sedikit TIPS untuk kurus, marilah kita berjalan kaki semasa beraya dirumah saudara-mara yang berdekatan dengan rumah, berjalan kaki tu kan satu jenis excersice dan pilihlah minuman yang tidak bergas dan kurang gula. Bagi wanita bolehlah memakai Korset supaya kita makan dalam kuantiti yang berpada-pada.  
Testimoni ini juga membuktikan OMEGA GUARD mampu membantu dalam proses menurunkan berat badan dan kekal langsing yek...
Julia Ilyani sy amik omega, alfalfa, vita-lea n herbalax so far mmg nmpak turun berat bdn dlm sebulan sy dh turun 3kg itu pun x exercise cuma jaga mkn aje sy ttp mkn nasi cuma dlm kuantiti yg sikit yg plg best perut rasa kempis aje. 
Sekiranya berminat untuk mendapatkan Omega Guard ataupun vitamin yang membantu anda kekal langsing bolehlah call/mesej/WhatApps hanie 019-6609951/ emy_2912@yahoo.com.my/ emy.ilhamie / @rvk online shop

Read More...

Friday, August 2, 2013

Katakan TIDAK kepada sakit sendi dengan Advance Joint Health Tablet

Friday, August 2, 2013,9:39 AM |
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan reader yang dikasihi, Jom katakan TIDAK kepada sakit sendi. Biasanya bila sakit sendi kita selalu kaitankan dengan orang tua kan, oh TIDAK, bukan orang tua je k tapi selalunya orang tua la yang sakit sendi. Antara puncanya, kehausan bendalir yang kite panggil rawan, bila rawan tu kekurangan akan berlakulah geseran antara tulang yang menyebabkan radang, ini semua berkait-kait sehinggalah jadiknya kriuk-kriuk bile nak bangun, ngilu-ngilu dibahagian sendi dan lain-lain. Untuk itu saya cadangakan pengambilan Advance Joint Health Tablet dengan nama glamoursnyer AJHT.


Pada bulan Ogos 2013 ini, Shaklee telah mempromosikan Beli 6 percuma 1 untuk Advance Joint Health Tablet.

Dengan penguguman promosi Advance Joint Health Tablet di FB kite semalam dengan pantasnya seorang kawan komen untuk tanya harga promosi, Setelah nego harga dengan kawan itu dia akhirnya bertanya berkesan ke, terbukti ke????


So dengan gembira kite menceritakan sendiri pengalaman my mom yang memang mengamalkan AJHT ini sejak ianya dilancarkan pada tahun lepas ( 2012 ). Alhamdulillah my mom dah tak sakit lutut lagi.

Cadangan kite kepada beliau untuk mengambil Set Vitamin Untuk Sendi telah pun diterima oleh berikutan untuk mengatasi masalah radang dibahagian sendi. Alhamdulillah jual beli pun terjadi. Alhamdulillah, permulaan Ogos yang sangat bagus.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan AJHT beli 6 percuma satu, atau beli satu percuma postage atau sekiranya mahu mendapatkan SET VITAMIN SENDI dengan harga yang lebih murah, boleh hubungi hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my / @rvk online shop / emy ilhamie. WASALAM

Read More...

Thursday, August 1, 2013

Testimoni kolagen powder shaklee

Thursday, August 1, 2013,10:42 AM |
Ingin cantik dihari raya, Kolagen powder shaklee ini memanglah pilihan terbaik dengan cara yang pantas untuk dapatkan kulit licin, bersih, pori-pori mengecil, berseri. Jadi sesiapa yang mahu kulit cantik dengan cepat, selamat dan semulajadi, Jom dapatkan Kolagen powder Shaklee ini dengan segera. Ia terbukti berkesan dalam masa 8 minggu sahaja.

Fara Atiqah Ahmad (SGL)

Salam warga SGL. Malam ni saya nak share pengalaman consume shaklee collagen powder.
Actually ni baru kotak pertama dan tak habis lagi semua paket tu..tp dah nampak perubahan pada kulit saya.
Dulu kulit kering dan kusam, tone tak sekata..alhamdulilah sekarang dah nampak perubahan.
Memang niat makan collagen powder untuk cantik hari raya nanti. Sekarang saya tambah produk enfuselle dari shaklee untuk penjagaan luaran.
Kulit lembap tak kering macam dulu, menutup pori2.


Read More...