Thursday, May 30, 2013

Al- kisah jatuh cinta dengan shaklee

Thursday, May 30, 2013,12:59 PM |
harini kite nak kongsi cerita bagaimana kawan-kawan dan kite berkenalan dan telah jatuh cinta dengan produk shaklee ni. 

Cerita Hanie yang telah jatuh cinta dengan set kecantikan shaklee. Jom baca :)

Perncarian bermula apabila sy tension dgn kulit muke yg mengelupas (al maklum la byk buat keje luar & panas) Bila pakai bedak mesti bercapuk2.. waktu tu mmg ada ambil vit c yg beli dr farmasi.. dh beberapa bulan mkn still mcm tu jugak.. pencarian berakhir apabila bertemu dgn pgedar shaklee Lydzar Rusman di internet. Dah cerita masalah & akhirnya cadangan mengambil set kecantikan kulit menjadi plihan. Setelah ambil vitamin selama 2 minggu.. sy prsn kulit muka dah tak mengelupas lg.. sejak tu sy jatuh cinta dengan shaklee hingga ke hari ini.. luv 4 ever shaklee...

Kebanyakan mereka bermula dengan set tertentu. Baru cuba makan dalam beberapa hari/minggu, mereka mendapat kesan yang sangat positif. Contohnya Puan Nur Hazwani Nadiah dan Puan Noriah jatuh cinta melalui Set Berpantang, melalui Set Kecantikan Kulit, Puan Junaida Jalaluddin melalui Mealshake dan sebagainya lagi.

Jom ikuti kisah jatuh cinta mereka dengan shaklee lebih detail lagi. 

Puan Nur Hazwani Nadiah

ptg2 ni teringat ms zaman mule2 kenal shaklee, mase tu sy kene operation coz bengkak susu, doc bg sy ubat stop susu then memang xlehla nk bf, rase cm sdey sgt2 coz ms tu irfan br 2bln, sy tak patah smgt,sy cl doc pakar puan kt hukm,cl sane sini pakar laktasi,
semata2 nk tye bley ke sy bf lg n cmne nk wt relaktasi, alhamdulilah..ade juga insan2 yg sgt membntu dan mencdgkan produk ini kpd sy..
dgn kuasa Allah luka sy cepat sembuh dan tak sampai sebulan pun,sy dah bley bf irfan.. pape pun smgt kene kuat! 

Puan Elisa Lu 

Bagaimana saya kenal Shaklee?

Sebenarnya dah lama, almost 3 years, tapi memang tak terbuka hati pun nak beli. Tapi gerak hati ni, google dan macam maklumat saya dapat..Rata2 beri feed back yang baik & keberkesanan tentang produk Shaklee. Ohhh yang paling best, Shaklee adalah sangat semulajadi!!

Puan Siti, kazen saya yang first kenalkan ESP, selain set kecantikkan Shaklee yang saya tau melalui internet. ESP salah satu produk yang saya jatuh cinta, bahkan ramai lagi. Khasiatnya 1001 macam yang memang bagus untuk kuku, kulit, rambut juga organ badan yang lain. Malah sesiapa saja sesuai amalkan ESP - tak kira apa jua tujuannya, hamil, untuk hamil, berpantang & menyusu, untuk kecantikkan & kecerdasan..Ahhh banyak sangat khasiatnya.

Kerana saya telah cuba & alami kesan yang super hebat, saya jadi ahli Shaklee, Alhamdullilah ia lebih hebat dari saya berbisnes pakaian wanita & bayi. Percayalah, memang superb hebat!! Dengan modal RM65 boleh bikin duit RM6**,***.00.

Ahaaa, jangan tak caya!!

Puan Asmahizan Sahizah

Saya kenal Shaklee ni laaamaaa dulu dah.. dari zaman sekolah. Start hidup di Universiti saya dah mula mencari makanan tambahan..macam-macam saya cuba, tapi tak pandanglah Shaklee ni sebab rasa mahal..

Tapi kalau dicongak-congak, dibahagikan dengan berapa bulan sebotol vitamin boleh bertahan..Shaklee tak mahal langsunglah..lebih-lebih lagi jika jadi ahli. Saya mula rapat, berkenalan (ewah..) dengan Shaklee melalui kak Noriah Rusman. Saya bermula dengan set optimum ketika mengandungkan anak ke3..dan mula jatuh cinta ketika pengambilan set berpantang.

Dan ketika banyak masa free dalam temph berpantanglah saya mula berminat untuk cuba berbisnes. Lebih-lebih lagi bila mendapat tahu ramai dalam group super upline saya dah beroleh 5 angka bonus dan bergelar WAHM. Alhamdulillah saya dah dapat bonus 3 angka dengan 'sedikit' usaha. InsyaAllah jika saya lipat gandakan usaha saya secara berterusan dan up kan amalan rohani semestinya..saya boleh dapat 4 angka sedikit masa lagi.

Wang memang nmpk seperti fokus utama, tetapi sebenarnya point utama adalah tentang menjaga dan mengekalkan kesihatan diri. Dengan Shaklee saya lebih sihat tanpa perlu risau tentang kesan jangka panjang dan juga berkongsi dengan ramai orang tentang kebaikan pengambilan produk semulajadi ini.

Puan Noriah Rusman

Perkenalan pertama dengan vitamin Shaklee dulu dengan set berpantang nie le..
Sebab utama, dah malas nak survey since adik saya Lydzar Rusman dah jadi SID, makanya order je kat dia. Proses berpantang 2 kali sebelum tu, guna ubat homopati.
Memang rasa bezanya. Maklum le. Berpantang sendirian. Dengan 2 orang anak yang dah bersekolah dan memang lasak. Anak-anak saya memang aktif buat hal!! Dah namanya budak kan?

Apa yang best?

✔ Luka epi cepat sembuh. Boleh bergerak aktif selepas 2 minggu adalah sangat heaven untuk saya yang kulitnya sangat mudah koyak walaupun doktor tengah jahit!!
✔ Lebih bertenaga. Menguruskan kerja rumah yang kurang dibantu En Suami dek kesibukannya kerja.
✔ Saya menyusukan anak sepenuhnya. Dan terpaksa mula mengepam di hari ke 3 berpantang. Alhamdulillah. Susu ibu melimpah ruah.
✔ Walaupun kurang tidur, tidak ada masalah sakit kepala.
✔ Berat turun!! Nie paling best rasanya..haha!
✔ Dan, saya tak nampak pucat & tidak bermaya sebagaimana ibu berpantang lain.

Puan Suhailah Abdul Hamid

Bagaimana saya boleh JATUH CINTA dengan SHAKLEE?
------------------------------------------------------------------
Segalanya bermula semasa saya hamil anak sulong. Badan rasa penat sangat. Lepas balik dari kerja selesaikan mana2 yg patut (angkat baju di ampaian & masak), lepas solat maghrib dah tertidur, sedangkan banyak lagi urusan kerja rumah tangga yang belum selesai. Bermula dari saat itu saya mencari suplemen yang boleh memberi saya tenaga yang berpanjangan. Akhirnya saya telah menemui SHAKLEE & mencuba Set Optimum Health Set (Vitalea, B Complex, Vitamin C). Alhamdulillah bukan sekadar kekal bertenaga, lebih dari itu yang saya dapat. Now i am a Shaklee Independent Distributor. Kawan2 yang diluar sana kalau nak mencuba Shaklee do PM me k. Sekali cuba pasti jatuh chenta. ≧◠◡◠≦

Puan Junaida Jalaluddin

Hari ni june nak berkongsi bagaimana june blh 'BERKENALAN & JATUH CINTA DENGAN PRODUK SHAKLEE'..

Asalnya june mmg dh lame tau psl brand Shaklee ni..selalu nampak kwn2 promot kt FB/blog/internet..june mmg dh lame mencari produk vitamin utk anak2..terutamanya utk Danish Wafiq..jenuh & ssh sgt nak bg die makan..terlalu memilih!kdg2 die lgsg xmkn seharian..just minum susu jer.jadi kite risau la kann!xlapar ke?xsakit perut ke?tp die releks jer..sbb minum susu bnyk kot..

Mcm2 vitamin june dah try..semua xbrape berkesan..die lebih mkn vitamin dr makan nasik ade la..then seleranya xjugak berubah..haihhh, stress dibuatnyer!!lps tu mmg dh plan nak try la MEAL SHAKES ni..tgk testimoninyer mmg sgt2 menterujakan!!

Kebetulan, my bff Memi Ila MyKhalish adalah Shaklee Distributor..so june order darinya & alhamdulillah, anak2 suka serta dpt lihat kesan yg positif selepas semgu minum Meal Shakes..anak2 semakin berselara makan nasik, kdg2 bertambah2 & xterlalu memilih makanan dah..

Tq MEAL SHAKES, Tq SHAKLEE..saya MESTI PILIH!!

Puan Dayang Ruqayyah Abang Jamari

Kenapa saya JATUH CINTA dengan SHAKLEE?
======================
Produk Shaklee sangat BERKESAN. Sesuai dgn tagline Shaklee `Always Green,Always Safe & Always Works`. Produk pertama Shaklee yg sy guna adalah Set 3M utk membantu sy mengumpul stok susu. Slps 1 mggu dh npk kesannya. Dr 1 oz terus blh dpt 5-8 oz utk skali sesi mengepam. Skrg ni x payah dh risau pasal stok. Peti ais dh penuh. Now i'm a Shaklee Independent Distributor

Begitulah al-kisahnya. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal comfirm tak mahu tukar dah. Dan untuk pengetahuan semua, kami semua dah jadi pengedar oleh sebab mendapat kebaikan daripada vitamin shaklee ini dan berharap dapat membantu yang lain memiliki kehidupan yang lebih baik dengan pengambilan vitamin shaklee ini. 

Sekiranya mahu mencuba dan mendapat kelebihan daripada vitamin shaklee ini boleh hubungi hanie di nombor 019-6609951.

Read More...

Monday, May 27, 2013

Testing update blog menggunakan android

Monday, May 27, 2013,12:22 PM |
Alhamdulillah kite dah boleh semakin dekat dengan dunia blogger ni sebab boleh update blog kesayangan kite ni menggunakan telepon je.. huhhhu alangkah gembiranya adanya teknologi macam ni.. pasni insyallah boleh update blog hari2 kot.. insyaallah..

Harini nak cerita pasal ibu menyusu kalori pemakanan bertambah tapi ibu kekal kurus.. apa cerita tu dik non..

Apabila proses penysuan, badan memerlukan tenaga yang lebih bagi menghasilkan susu yang banyak untuk bayi. Untuk ibu yang kerap menyusu bayi, keperluan kalori bertambah 450 kalori sehari. Jadi adalah tidak wajar untuk ibu menghadkan pengambilan makanan bagi menurunkan berat badan kerana ia akan menjejaskan penghasilan susu.

Kajian menunjukkan ibu yang menyusu tanpa ada pengurangan kepada pengambilan makanan seharian membantu dalam penurunan lemak badan. Namun diet yang seimbang dan sihat ketika menyusu bayi adalah penting dalam memastikan berat badan sedia ada tidak bertambah terlalu drastik dan dalam masa yang sama bayi mendapat zat yang cukup walaupin melalui susu ibu sahaja.

Prosea penurunan berat badan memerlukan tindakan secara menyeluruh melalui diet dan senaman dan bukan dari penyusuan bayi semata-mata.

Selain daripada penbahan kalori (ingat hanya tambah 450 je..), keperluan untuk minum banyak air iaitu sekurang kuranvnya 3 litr sehari amat penting bagi memastikan badan kite tidak kekeringan. Jadi apabila kite minum air yang banyak, ia akan membantu menguruskan berat badan. Macam mana pulak tu.. nanti hanie update lg.. dapatkan supplement ibu hamil dan menyusu di 0196699951.
Read More...

Tuesday, May 21, 2013

Relaktasi susu ibu dengan Set Triple M (3M)

Tuesday, May 21, 2013,2:25 PM |
Relaktasi adalah proses penyusuan semula setelah bayi berhenti menyusu dari payudara buat beberapa tempoh tertentu dan ia menyebabkan susu badan si ibu kurang atau tiada langsung. 

Relaktasi ada proses untuk meng'ada'kan semula susu ibu melalui beberapa proses, yang penting si ibu bersungguh-sungguh, rajin melalukan apa yang mesti dilakukan, kuat semangat, yakin akan berjaya dan sentiasa berdoa. Boleh gunakan juga untuk ibu yang nak banyakan susu ibu akibat susu merudum.



Antara yang perlu dilakukan untuk relaktasi, bersama Set Triple M secara khususnya;

Stimulation (rangsangan):
-Stimulate payudara melalui sesi pumping, buat jadual dan ikut jadual strictly;
Pam selama 20minit (double pumping/single pumping for each breast) setiap 2-3jam. Lebih kurang 8 kali sehari.
-Jika bersama bayi, boleh lakukan tandem pumping (sebelah menyusu, sebelah lagi pump) gunakan jadual yang sama.


Artikel Power Pumping Di sini


-minum segelas dua air setiap kali selepas sesi pumping


-Berfikiran positif, kurangkan stress, berdoa dan amalkan zikir Ya Matin semasa mengepam untuk relaktasi.

Apa yang paling penting disini adalah RANGSANGAN/STIMULATION.
Suplemen TRIPLE M membantu dari segi kesihatan dan kecergasan tubuh ibu untuk bangun dan stay up waktu malam untuk mengepam. Sambil tu Afalfa dan ESP bertindak sebagai milk booster yang boleh membantu membanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Relaktasi mengambil masa. Jangan expect buat power pumping 3 hari dah expect susu penuh satu botol. Istiqamah itu penting. Kesannya mungkin dapat dilihat dalam masa 2-4 minggu atau lebih lagi.

Set Tripel M (RM498.50) mengandungi :

vitalea, vitamin c, b complex, Alfalfa
(makan untuk 4 bulan)
Ostematrix dan ESP
(makan untuk sebulan)

Harga istimewa boleh hubungi hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my dan kami juga menyediakan tips ataupun petua-petua banyakan susu ibu serta jadual sekiranya anda mahu. Konsultasi percuma sebelum & selepas pembelian. Sebarang kos mengepos ke seluruh malaysia adalah percuma. Sekiranya ada masalah bajet atau ingin mencuba boleh je kite bincang, jom kite chit chat.. :) 


Read More...

Monday, May 20, 2013

Teknik Power Pumping untuk ibu menyusu

Monday, May 20, 2013,10:31 AM |
Sejak dua menjak bakal melahirkan anak kedua ni, sedaya upaya kite mencari info pasal ibu menyusu, sebab memang nak sangat menyusukan anak sehingga 2 tahun, insyallah dengan sedikit ilmu yang ada ni kite mampu lakukan, chayok-chayok hanie, hehehe.. 

Sedikit perkongsian mengenai power pumping ye, jom baca :)

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

Gambar dari en.google, 
bukan power pumping ini 
ye yang dimaksudkan, ni nak bina badan.

Dapatkan tips banyakan susu badan, hanie : 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my 
Read More...

Friday, May 17, 2013

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

Friday, May 17, 2013,3:17 AM |
Begitu banyak fadhilat menyusukan anak ni, nak cerita sikit ni, sebagai ibu masa anak sulung kite kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu menyebabkan anak kesayangaku hanya menyusu ibu sehingga 4 bulan sahaja, insyaallah untuk anak kedua kite telah berazam untuk menyusukannya sehingga berusia 2 tahun, amin, doa-doakan la ye, hehehehe..


Jom baca antara kelebihan dan fadhilat menyusukan anak :

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

Wallahu’alam….

Susunan: HasnulHadiAhmad.Com



Dapatkan vitamin ibu menyusu disini untuk kecergasan ibu & anak, hanie - 019-6609951/ emy_2912@yahoo.com.my. Sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan jangan risau, kami menyediakan pek istimewa untuk anda, hubungi saya segera.

Kepentingan penyusuan susu ibu 
Read More...

Wednesday, May 15, 2013

GLA Complex membantu ibu cepat hamil

Wednesday, May 15, 2013,10:17 AM |
Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur.


Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda. Macamana nak periksa ni boleh hubungi saya – emy_2912@yahoo.com.my Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.

Kredit : Vitaminsemulajadi.com

Read More...

Tuesday, May 14, 2013

Tips penyusuan susu ibu

Tuesday, May 14, 2013,12:17 AM |
Sebelum kite pergi ke topik tips penyusuan susu ibu, jom baca sedikit firman allah mengenai penyusuan susu ibu yang bermaksud:


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

 Kepentingnya penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi bagi memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.

·           Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu.

·           Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.

·           Jangan gunakan putting kosong. 



·           Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

·           Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana member susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang member susu botol.



Bagi ibu bekerja :
-        susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja  balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.

-        Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin. 

 

-        Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali

-        Tenangkan fikiran.

-        Semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . Pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.

-        Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.


Sekian sahaja, jom klik entry mengenai susu ibu :
Pilihan set penyusuan ibu yang sangat popular
Sedikit ilmu penyusuan yang dapat dikongsi bersama

Read More...

Friday, May 10, 2013

Keistimewaan set bersalin shaklee

Friday, May 10, 2013,3:15 PM |
Ibu hamil angkat tangan, hehehehe, semestinya yang menanti kelahiran yang sulung tiada pengalaman, keliru, tercari-cari, tergoogle-google set bersalin mana yang harus dipilih, kite pun dulu merasainya, setiap hari buka internet google & baca mana set bersalin mana yang sesuai, yang paling best, memang pening la.. 

Antara set bersalin yang popular yang popular ketika itu antaranya Set Bersalin Nona Rogay (NR), Set Bersalin Sendayu Tinggi, Set Bersalin Mustika Ratu, Set Bersalin Salindah, Set Bersalin Tanamera, Set Bersalin Amway, Set Bersalin Leesa, Set Bersalin Ibu Halimah dan macam-macam lagi tapi tak tahu lah kenapa saya tak jumpa Set Bersalin Shaklee ketika itu.

Pencarian set bersalin saya terhenti apabila mak suruh beli yang tradisional punya buatan sendiri dari kak ipar punya emak, alahaiii.. ingat nak makan jamu yang dalam kapsul tu je, ni kene telan yang jenis lembik ala-ala majun tu, memang lemah semangat nak menelan, asyik nak terkeluar balik je tapi memang ada yang sampai termuntah la, akhirnya jamu tu tak dapat dihabiskan dan mak yang makan sendiri, hahahahah..

Okeh, panjang betul cerita dah hanie ni, kalau nak story mory memang bagi kat kite hahaha. Berbalik kepada tajuk harini, Keistimewaan Set Bersalin Shaklee. Kenapa kite (hanie) rasa shaklee begitu istimewa dihati kite sebab setiap kandungan di dalam vitamin itu kite tahu asal usulnya, kandungannya, manfaatnya, tahap kualitinya, semuanya terbukti, ujian klinikal, sijil halal, dan macam-macam lagi, pendedahan itu kite dapat bila jadi pengguna & ahli yang setia dalam Shaklee. Bila dapat tahu semua ini, memang kite tak akan berpaling kepada yang lain.


Jom apa yang ada seterusnya :
Apa keistimewaan set bersalin Shaklee?

1. Zink - membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman serta luaran dan membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Alfalfa - memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang. Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

3. B Complex - membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang dan juga memberi tenaga kepada ibu sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan menjaga bayi.

4. Vitalea - multivitamin & mineral bagi memberi tenaga, menambah kecergasan tubuh serta sebagai pelengkap nutrisi bagi memastikan sel-sel dapat hidup sihat.


Selain daripada 4 jenis vitamin ini, ada beberapa vitamin yang boleh ditambah seperti ESP baik untuk mereka yang bersalin secara pembedahan. Papermint ginger plus bagi membuang angin (biasanya ada orang suka beli ubat pukul angin boleh gantikan dengan yang ini).  Cinch Mix Tea bagi memberi tenaga (gantikan tonik2) dan lain-lain lagi.


Berminat, boleh mesej hanie 019-6609951 atau email emy_2912@yahoo.com.my
Sebarang perundingan boleh dibuat sebelum dan selepas pembelian & ianya FREE.

Read More...

Tuesday, May 7, 2013

Rumpai laut Vs Vitamin Shaklee

Tuesday, May 7, 2013,8:18 AM |
Amboi tajuknya gempak, harini kite bukan nak membandingkan kebaikkan rumpai laut dengan setiap Vitamin Shaklee, tapi untuk menunjukkan bagaimana proses membuat masker menggunakan rumpai laut dan membuat masker menggunakan beberapa vitamin shaklee. Al-maklumlah malam tadi baru pertama kali ber Masker dengan rumpai laut. Jadi tergerak hati nak berkongsi bersama pembaca semua. Harap bermanfaat dan pada mereka yang tercari-cari masker diluar tu, apa kata buat sendiri je dirumah, kalau gajin la.

Cara-cara memproses rumpai laut :
1.       Cuci rumpai laut sehingga bersih
2.       Rendam semalaman rumpai laut di dalam air, pastikan bekas rendaman itu lebih besar sebab rumpai laut itu akan kembang.
3.       Keesokan harinya, cuci semula rumpai laut yang direndam.
4.       Masak rumpai laut di atas dapur (seperti membuat agar-agar), letak air sehingga tenggelam rumpai laut, tidak perlu air yang lebih.
5.       Letakkan beberapa helai daun pandan untuk menghilangkan bau hanyir rumpai laut.
6.       Setelah selesai, masukkan rumpai laut di dalam bekas, sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Selesai.

Kegunaan rumpai laut yang telah siap diproses :
1.       Boleh buat masker – ambil sedikit rumpai laut dan sapukan sahaja di muka. Boleh membuatkan muka anda kembali tegang, anjal dan bebas jeragat.
2.       Minum – ambil sesudu kecil rumpai laut dan campurkan bersama segelas air dan minum, boleh juga letak sedikit madu atau boleh juga dicampurkan bersama air sirap dan lain-lain. Boleh minum 2 hingga 3 kali sehari.
3.       Rendaman kaki – ambil sedikit rumpai laut dan dicampur bersama air di letakkan di dalam besen dan rendam kaki anda, mesti anda akan berasa lega, pastikan air rendaman kaki itu sedikit panas tapi jangan pula sampai melecur. Ia untuk melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh anda.
4.       Makan seperti agar-agar – rumpai laut ini akan jadi seperti agar-agar atau lebih glamour lagi dipanggil lengkong. Boleh dipotong-potong dan d imakan begitu sahaja. Tapi ada sedikit bau macam ikan masin la.

Malam tadi sebelum tidur kite baru sahaja bermasker dengan rumpai laut ni, bangun je kulit terasa lembut dan tidak terlalu berminyak dan macam lembap-lembap gitu, bagus kan. Alhamdulillah la my mom bagi yang siap diproses kalau tak tak kuasa nak buat.


Kalau ada sesiapa yang nak lagi mudah, pantas dan cekap, ini hanya buat mereka yang bervitamin dengan Vitamin Shaklee je boleh buat masker ini, caranya :

1.       Vitamin E – ambil sebiji vitamin e, cucuk dengan jarum, titiskan di atas tangan dan sapu dimuka. Sebiji vitamin e boleh digunakan sebanyak 3 kali, jimat.
2.       ESP – ambil sedikit sebuk ESP, campurkan bersama yogurt, kacau rata dan sapu di muka.
3.       ESP – ambil sedikit serbuk ESP, campurkan bersama putih telur kacau rata dan sapu di muka.
4.       Shaklee Collagen Powder – ambil sedikit serbuk SCP, campurkan dengan sedikit air dan sapu di muka.

Kat tepi tu gambar hanie sedang bermasker menggunakan rumpai laut, tegang betul muka, lepastu kite terletak kat kelopak mata pulak dah tak boleh angkat pulak mata tu, sepatutnya disekiling mata tak perlu disapu. ingat tu.

Begitulah mudahnya berMasker dengan vitamin Shaklee, khas untuk mereka yang ingin sentiasa pantas. Hehehehe.. 
Sekian sahaja celoteh untuk entry kali ini, berminat untuk dapatkan vitamin e, ESP dan Shaklee Collagen Powder untuk buat masker, jom mesej hanie 019-6609951 / emy_2912@yahoo.com.my /  Page FB : rujukvitaminku / FB : emy ilhamie

Read More...