Friday, July 27, 2012

Semanis Kurma, manis lagi KHASIATNYA

Friday, July 27, 2012,11:44 AM |
Assalammualaikum dan salam ramadhan kpd umat islam semua..
akhirnya jadual kite kembali seperti biasa setelah 3minggu tak dtg opis..
rindu rasanya nak update blog ni.. jadik apa kata kite mulakan dengan makanan..best tu.. apakah makanan yang sinonim dengan bulan puasa..eemmm pe ek???? haa.. semestinya Buah kurma kan..  jom baca khasiat kurma...


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Diserap Serta-merta

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Menambah Tenaga Seksual

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kandungan Kurma

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma Dalam al-Qur'an

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
sekian.
Read More...

Tuesday, July 10, 2012

Resdong & Vitamin C SHAKLEE

Tuesday, July 10, 2012,8:46 AM |
Sekarang dalam kursus induksi...Hari ni masuk hari ke-7. Lg 5 hari je lagi...sementara tunggu penceramah.. boleh la update blog kesayangan ni.. semakin syok plak berkongsi sedikit  info2 kesihatan bila makin hari makin meningkat nombor digital kat wall depan tu. huhuhu..

ini mengenai promosi bln ni..vitamin C.. apa kaitan resdung ngan vitamin C ni.. info ni dah lama ada dalam laptop kite ni tapi lupa la mana kite dapat.. minta halal la penulis. hihihi...tokok tambah bg pd kite...

orait jom baca...

Vitamin C adalah salah satu vitamin yang paling terkenal, Seperti yang kita tahu, vitamin C bermanfaat sebagai antioksidan yang universal dan kos effektif. Vitamin C juga menggalakkan kulit yang cantik dari dalam dan luaran, membantu meningkatkan sistem imun, dan membantu mencegah beberapa jenis kanser.

Vitamin C dan Resdung

Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.

Dengan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten kerana pelepasan vitamin c tu adalah secara berperingkat yer.., ia mampu merawat penyakit resdung yang kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung. Hanya perlu mengambil 1 kapsul sehari sudah mampu merawat masalah resdung yang anda hidapi, di awal pengambilan disarankan mengambil 2 kapsul sehari iaitu pada waktu pagi dan malam, setelah sebulan pengambilan Vitamin C, anda boleh mengurangkan pengambilan dari 2 kapsul kepada 1 kapsul setiap hari.

Setelah mengamalkan Vitamin C Shakle, anda tidak lagi mengalami masalah:

-Bersin setiap pagi

-Gatal telinga & tekak

-Mengalir cecair putih setiap masa

-Batuk berkahak

-Nafas berbau

-Gatal hidung & mata

-Sakit kepala

-Sakit gusi

ringkas dan padat, sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh sms hanie 013-3929451.. 
Read More...

Wednesday, July 4, 2012

Vitamin C

Wednesday, July 4, 2012,2:22 PM |
Salam sayang kepada semua.
 
Bln ni Julai ni adalah promosi vitamin C... Haa Kali ni nak cerita tentang Vitamin C Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C 500mg. ..salah satu vitamin wajib kite.. Jom bace..

 


Apakah Vitamin C? 

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.  Ia juga merupakan co-factor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.

Apakah fungsi Vitamin C?
  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
  • Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.
  • Untuk metabolisma asid folik, tairosin, dan phenylalanine.
  • Boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
  • Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Mengurangkan "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan "high-density lipoproteins" (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C?
  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak gusi
  • Hidung berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
  • Anemia
  • Gigi rapuh - kekurangan vitamin c menyebabkan kalsium sukar diserap oleh tubuh jadi walau pun minum susu banyak, tapi vitamin c tak cukup pun gigi jadi rapuh
  • Sendi sakit dan bengkak - extra dos vitamin c melegakan bagi orang yang berpenyakit Arthritis
  • hidung berdarah
  • Senang dijangkiti penyakit
  • Luka lambat sembuh
  • Rambut kering dan bercabang
  • Gingivitis (gusi bengkak)
  • Kulit kasar, kering dan bersisik
  • Sembelit
  • Selalu bersin/resdung

Siapakah yang perlukan Vitamin C?
  • Perokok (kerana Vitamin C dapat membersihkan darah dari logam berat dan mengelakkan buah pinggang rosak).
  • Penghidap Darah Tinggi (kerana Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat).
  • Orang yang stress kerana ia boleh memusnahkan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang mengalami gusi/hidung berdarah.
  • Orang yang tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Selsema kerana Vitamin C meningkatkan antibodi badan.

Sumber-sumber Vitamin C
  • Buah-buahan (buah beri, buah-buahan sitrus, avocado, black currants, anggur, lemon, mempelam, oren, betik, nenas, strawberri)
  • Sayur-sayuran (sayuran hijau, asparagus, sawi hijau, kacang peas hijau, bayam, kobis bunga, kubis,bawang, tomato dan selada air)
  • Sumber haiwan (hati anak lembu, hati lembu, tiram, telur ikan kod, hati ayam dll)
 
Kenapa vitamin C shaklee pilihan kite...haaa why ar????

Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem pelepasan berkekalan. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
  • Mengandungi bioflavonoid yang menjadikan tubuh kite mudah menyerap Vitamin C.
  • Selamat dan halal
  • Tiada Silika Gel 

Info :

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Tumpuan Vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya, jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan Vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.  Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkin. Satu lagi punca kehilangan vitamin C dalam makanan adalah larut lesap, iaitu vitamin yang larut air melarut dalam air masakan, kemudian dibuang tanpa gunanya. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama; kajian menunjukkan bahawa brokoli  kelihatan lebih mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding jenis sayur yang lain.  Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari. - wikipedia


NUR HANIE ILHAMIE - 013-3929451
Read More...