Thursday, June 21, 2012

RAHSIA B COMPLEX SHAKLEE

Thursday, June 21, 2012,1:36 PM |
Sementara ada masa lapang ni kite nak kongsikan sesuatu yang menarik.. kenapa b complex ini istimewa dan kite menjadikan b complex sebagai vitamin wajib kite..hehehe ...ni nak kongsi ni.


Jom Baca yer...
B COMPLEX mengandungi beberapa jenis vitamin B iaitu



· B 1 (Thiamine) – digelar juga sebagai vitamin “morale”
Untuk urat saraf yang sihat dan learning capacity.

· B 2 (Riboflavin)
Untuk stamina dan kekuatan otak (vigor) & oksigen otak

· B 3 (Niacin)
Urat saraf yang sihat, & hormone kelamin

· B 5 (Pantothenic Acid)
Urat saraf sihat, ketahanan stress serta keletihan/kelesuan

· B 6 (Pyridoxine)
Tukar glycogen kepada tenaga, pengeluaran sel darah merah

· B 12 (Cyanocobalamin)
Tingkatkan konsentrasi dan ingatan

· FOLIC ACID
Kesihatan mental dan emosi, pengeluaran sel darah merah

· BIOTIN
Kurangkan sedih/dukacita/muram (depression)


B COMPLEX pada keseluruhannya adalah:-
- Menukarkan makanan kepada tenaga untuk proses minda
- Tingkatkan kapasiti belajar, konsentrasi + ingatan


Selain itu, b compleks juga amat baik utk kulit...
Sesiape nak boleh baca ni yer...Kulit cantik.






Read More...

Rahsia Makanan Yang Menjana Minda Dan Daya Ingatan

,1:16 PM |

SALAM SAYANG SEMUA... 

Tahu tak ada makanan tertentu yang boleh bantu tingkat pertumbuhan memori ingatan dan memperbaiki fungsi otak?.

Menurut American Dietetic Association ( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling kelaparan kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada 12 jenis makanan yang  di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.


1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. Kacang merah
Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan.

3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan.

4. Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus
5. Susu dan yogurt
Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup
Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
6. Halia
Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal.

7. Salmon
Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. 
8. Oat
Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.
9. Berry
Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh cuba ini: Daging cendawan

1. Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

2. Daging Ayam
Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Selain daripada makanan di atas, badam dan juga kekacang SERTA buah deliama sangat elok diamalkan selain sedap dimakan.. sekian saja..kite berharap dengan tips yang dikongsikan ni dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.. ilmu yang baik berpanjangan akan membantu kite di akhirat sana.. Sekian saja yer utk kali ni.. WASALAM..




Read More...

Lecithin & Manfaatnya

,12:37 PM |

Shaklee Lecithin is a concentrated natural source of Lecithin from soybeans with no cholesterol. It is uniquely formulated with vitamin E to ensure potency. 

Functions of Lecithin: -·Nature's emulsifier (soybeans)
·Helps to emulsify fats and oils from foods and prevent the excess from being absorbed and stored in the body
·Contains choline which is essential in the proper functioning of the brain 
·Helps the body to absorb fat-soluble vitamins A, D, E ,K.
·Also have cholesterol-lowering property


Lecitin boleh di dapati daripada tisu binatang dan tumbuh-tumbuhan,jagung, telor dan kacang soya. Lecitin dikatakan sebagai "Fat Emulsifier" – Metabolisma lemak atau kata lain pemecah lemak.

Apa sebenarnya yang terdapat dalam lecitin? 

Lecitin mengandungi
# asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
# Kolin – satu komponen neurotransmitter
# Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
# Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan


KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITIN
1. PALING UTAMA
untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
• Lecitin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
• .Ia menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
• Membantu kawal paras triglycerides
• Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. ( sangat penting untuk kita)
• Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol



2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK• Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
• Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
• Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

3. UNTUK KAUM TUA 
• Lecitin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
• Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb



4. UNTUK PENGHADAMAN• Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL 
• Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
• Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita



6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)• Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

kredit : Pn. norita
Read More...

Thursday, June 14, 2012

Oh Alfalfa...

Thursday, June 14, 2012,1:29 PM |
Waa bestnya baca testimoni ni... Alhamdulillah la...dia mendapat kebaikan sejak  mengamalkan alfalfa secara kosisten...Jadi sesiapa yang mahu lebih intim boleh la mengamalkan nyer yer...




Alfalfa tumbuhan 1001 fungsi, bukan untuk ibu yang menyusukan anak je tauu!! Antara fungsi alfalfa yang wajib anda tahu dan ingat :

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (
untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (
untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (
untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (
untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (
untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE



Read More...

Tuesday, June 12, 2012

Waktu Subur Wanita

Tuesday, June 12, 2012,1:45 PM |
Kenalpasti waktu subur masing-masing yer bagi pasangan yang merancang.. Macam kite, kite tak ambil pil perancang mahupun implan..cuma rancang sendiri.. setakat harini alhamdulillah.. berjalan lancar.. tu yang tergerak hati nak kongsi dengan yang lain mengenai waktu subur ni. Mula-mula macam susah je nak tau waktu subur kite tapi bila selalu buat die jadi senang jer.. okeh bagi yang tak tau boleh baca ni. Agak panjang sikit la artikel ni. tapi berbaloi la.. saya kongi artikel ni daripada " Kami mencuba buah zuriat atau buah adam hawa"... 

Jom baca...

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.


Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin.Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.



BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-rubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

WAKTU SUBUR MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.


Selain itu boleh, kawan-kawan boleh baca artikel ini k.




Read More...

Vivix

,11:11 AM |
NAK TAHU RAHSIA? :
Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser


Tapi takkanlah kita as muslim nak gi minum wine merah plak kan..hehe.. ALTERNATIF terbaik adalah dptkan vixix...Ia bukan wain merah.. (Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah).. DAN YG BEST..Vivix terbukti 10x LEBIH HEBAT DARIPADA RESVERATROL, Ia tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),


Kredit mamafaiz.

Vivix ni agak mahal sikit tp harga setanding dengan kualiti beb..  miz nina n ayu raudah pun amalkan vivix ni.. patut la muka diaorang cantik jer... Sesiapa yang nak jadik cantik...Meh call hanie..  sesiape yang bajet kecik ker bajet besar ker...boleh jer..K..



Read More...

Silika gel....

,11:01 AM |







Nampak tak biji-biji kecik dalam botol softgel tu? Itu lah dia silika gel.
Kenapa perlu letak silika gel dalam botol vitamin yang direpack? 

Silika gel berfungsi untuk menyerap lembapan. Bagi vitamin/supplement, fungsi silica gel adalah bagi mengelakkan pil tersebut dari dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap di dalam botol. 

Bagi yang biasa membeli vitamin di farmasi, boleh buat eksperimen. Apa terjadi pada vitamin anda bila dikeluarkan dari botol asalnya? Berubah warna? Berubah bentuk? Kehitam-hitaman? <<---- ia menunjukkan bahawa vitamin tersebut adalah vitamin SINTETIK.

Bagi yg dh makan vitamin Shaklee, buat experiment yang sama. Adakah sama kesannya. Berubah warna dan bentuk serta menunjukkan tanda-tanda telah rosak??

TIDAK SAMA SEKALI kan. <<------ ini lah vitamin semulajadi. 



ha..kelas gitu kan.. jadik pe lagi..dapatakan yang semulajadi k.. 100%  semulajadi.. 




Read More...

Thursday, June 7, 2012

Cikgu cantik??

Thursday, June 7, 2012,10:44 AM |

Sedang kite bersarapan di opis..g jenjalan baca blog kawan-kawan.. terbaca blog seorang cikgu ni. Tomel dan ceria la CIKGU HANI ni.. 

JOM BACA..

"Cantik cikgu hari ini'
"Cikgu cantik...."
"Suka tengok cikgu cantik"
...............terkedu tak bila anak murid cakap camtu? hehehe..separa rekaan..kikiki.. Kadang-kadang je murid cakap macamtu. Motif?hehe.mungkin nak belanja atau nak lebih perhatian!
TAPI ada yang serius..


"Mana ada cikgu cantikk..." cikgu menjawab dengan nada bersahaja.
"Iyalah, hari ini cikgu cantik..kulit cikgu licin jer".....

JENG,JENG JENG...dah banyak kali murid cakap tu betul ke?hehe,tgk cermin jap. 


"cikgu comel je.."  jawab cikgu malu-malu (ceh, tak boleh blah)


cikgu nak kongsi sini, rahsia awet muda dan kecantikan kulit cikgu ialah:
  1. Minum air banyak
  2. Makan VITAMIN - vitamin e dan vitamin c. tubuh kita mmg tak boleh buat vitamin,mmg harap dari makanan..tapi banyak mana kita makan makanan sumber vitamin ni?huhuhu tgk ttg VITAMIN C  dan juga Vita E. Cikgu juga amalkan minum ESP dan GLA untuk keseimbangan hormon.
  3. Selalu bersenam - of course mantap sbb cikgu PJ kan?hehehe
  4. Solat dan Ngaji jgn tinggal!
  5. Saya guna air wudhuk dan amalkan makan sayur kampung - ceh, ayat artis!


TIPS HARINI, cikgu cantik atau lawa atau comel bukan segalanya! Yang penting kita ni jaga kesihatan badan, dalam dan luaran agar sentiasa nampak bertenaga dan CANTIK!!

NAK CANTIK?HEEEE. jom tengok la apa yang cikgu makan! 


\
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.  Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 0133929451/fb emy ilhamie /emy_2912@yahoo.com.my
cikgu
Read More...

Wednesday, June 6, 2012

5 VITAMIN ASAS

Wednesday, June 6, 2012,10:25 AM |

Vitamin ada bermacam-macam.

Vitamin A.B.C.D.E dan banyak lagi.

Tapi ramai orang tak berapa nak ambil tahu apakah vitamin yang paling perlu diambil.

Ada orang yang hanya ambil vitamin C sahaja. Ada yang ambil multivitamin sahaja.

Sekarang saya nak kongsi 5 vitamin yang asas yang perlu diketahui, kerana 5 vitamin ini adalah vitamin yang paling asas untuk kita amalkan, dan amat sesuai bagi yang baru nak mula mengambil vitamin.

5 Vitamin asas ini adalah keperluan kepada setiap orang. dan saya rasa juga kosnya tidakle terlalu tinggi untuk anda memilikinya.

Jika anda dapat mengamalkan pengambilan 5 vitamin asas ini secara konsisten selama 30 hari, anda pasti dapat mengesan perubahan yang ketara pada dalam perasaan anda.

Ini adalah kerana dalam kehidupan seharian kita kadangkala kita hanya mengambil sedikit saja nutrisi yang berkualiti.

Kita tidak akan tahu manfaat dari pengambilan nutrisi jika kita tidak mencubanya sendiri.

5 adik beradik yang asas ini terdiri dari :

1. Multivitamin/mineral
2. Protin
3. Vitamin C
4. B Kompleks
5. Vitamin E


Kesemua 5 Vitamin asas ini boleh memberikan anda kelengkapan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.

Jika anda ingin mencukupkan nutrisi melalui pengambilan vitamin tambahan, jom hubungi kite dan akan kite berikan konsultasi secara percuma
kredit
Read More...

Tips Kesuburan Lelaki – Vitamin E!

,10:24 AM |

Mahu tips menarik ker.. jom baca n.. kite dapat tips ni dari mommy lyna... 
Benarkah Vitamin E memainkan peranan dalam fungsi seksual dan kesuburan seorang lelaki?
Kajian ini dibuat oleh Mohammad K Moslemi dari Highly Specialized Jihad Daneshgahi Infertility Center, Qom Branch (ACECR), Qom, Iran dan Samaneh Tavanbakhsh dari Department of Urology, School of Medicine, Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran. Kajian bertajuk Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate telah dipublish pada tahun 2011.
Kajian ini melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg).
Antara lain hasil kajian ini menunjukkan bahawa:
- Kadar oksidasi (radikal bebas dalam badan) memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma.
- Kekurangan Selenium dan Vitamin E memberi kesan kepada fungsi kelelakian.
Jadi kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutama yang mencuba untuk mendapatkan zuriat, bolehlah mencuba…
 
…Vita-E Complex Shaklee yakni Vitamin E lengkap dengan Selenium, yang diperbuat dari soya secara semulajadi.
Untuk isteri pula GLA Complex adalah cadangan terbaik bagi cepat hamil.
Hubungi kite untuk mendapatkan kombinasi set kesuburan untuk suami dan isteri, yang bukan sahaja ‘menyuburkan’ malah menyemarakkan lagi rumahtangga, insya-Allah.
—————————————–
kite adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari rujukvitaminku/0133929451||



Read More...

Monday, June 4, 2012

Vitamin Menggemukkan Ke?

Monday, June 4, 2012,1:35 PM |

artikel yang sangat menarik untuk dikongsi bersama... jangan salah faham dengan vitamin yer.. jom baca artikel dari mommy lydzar ni..

"Kalau saya makan vitamin ni, berat badan saya akan naik tak?"
"Vitamin-vitamin ni menggemukkan tak?"
"Eh, bukan ke kalau makan BComplex, berat badan kita boleh naik?"

Banyak juga soalan seperti ini yang saya dapat sewaktu sesi konsultansi dengan bakal customer. Ramai juga yang takut-takut nak ambil vitamin terutamanya BComplex sebab takut ianya menggemukkan.

Jawapan saya : TIDAK.

Saya ambil vitamin Shaklee, sejak saya menyusukan anak kedua saya, Hadif. Berterusan hingga kini. Tapi saya tak rasa pon diri saya gemuk. Malah berat badan saya maintain je dekat range yang sama macam sebelum saya pregnant.



Fakta BComplex:

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik

Rujukan : MyChibibox 

BComplex berfungsi untuk menukarkan gula menjadi tenaga. Dan tenaga akan digunakan untuk membuat aktiviti harian kita. Kita mungkin akan cepat berasa lapar dan ingin makan apabila tenaga telah digunakan. Jangan risau, kika BComplex diambil dengan cara yang betul, gula dari makanan yg kita makan akan terus dijana dan ditukar kepada tenaga semula. Bagaimana pula tenaga habis digunakan boleh membuatkan seseorang itu menjadi gemuk?

Fakta BComplex Shaklee : 


  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin


PENTING!!
B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan berselera sekali, dan ini lah penyebab berat badan anda meningkat!!

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Read More...

UBAT KUAT VS VITAMIN UNTUK LELAKI

,1:23 PM |
SUPER POWER!!!

POWER UP!!

SUPER LONG LASTING!!

Tak kurang juga ubatan tradisional seperti Tongkal Ali, dan berbagai lagi jenis ubat yang dikatakan ubat untuk membantu lelaki menjadi lebih bertenaga.

Saya tidak kata salah untuk mengambik semua itu, namun yang paling penting adalah kaji dahulu keberkesanannya, keselamatannya, tindakbalasnya terhadap tubuh badan anda.

Kesan yang mudah ketara adalah terhadap buah pinggang. Kerana ia adalah bendasing pada tubuh dan memaksa buah pinggang untu bekerja keras untuk memproses.

Lain dengan vitamin. Kerana vitamin sudah sebati dengan sistem tubuh. dan tubun ini hanya kenal vitamin sahaja untuk melancarkan sistemnya.
Oleh itu amatlah bagus kiranya ramai lelaki mengamalkan pengambilan vitamin. 
Kenapa saya cakap begitu?
Ini kerana, setiap hari tubuh memerlukan vitamin sebagai antioksidan untuk menyingkirkan kekotoran dalam tubuh.

dan vitamin yang amat bagus untuk kekuatan tenaga lelaki adalah:

VITAMIN E + KALSIUM
FUNGSINYA :

- antioksidan yang mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular
- memelihara kesihatan hati
- menjaga kestabilan libido (seksual)
- membantu meningkatkan penghasilan air mani
- menjaga kesihatan kelenjar tiroid
- mengekalkan kesihatan saraf, otot, menguatkan dinding kapilari
- orang yang bekerja dibawah matahari memerlukan legih vitamin e.

Kalsium pula selain untuk menguatkan tulang, ia amat bagus untuk mengelakkan sakit badan khasnya selepas bersama dengan isteri.
Membantu menyelesaikan masalah insomnia
Mengurangkan kadar kolesterol
Mengelakkan kekejangan

Jadi, hadiahkanlah suami anda sesuatu yang bermanfaat untuk kesihatan tubuhnya, selain daripada kesihatan perutnya.






BERMINAT ----> HANIE(0133929451)
                                  (emy_2912@yahoo.com.my)
                                  ( fb : emyilhamie @ rujukvitaminku)


bestbeautymom
Read More...