Friday, September 11, 2015

#35EntrySept, 6 cara tenangkan bayi yang kuat menangis

Friday, September 11, 2015,11:43 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi.

Harini saya nak kongsikan 6 tips penting yang perlu diambil maklum oleh ibu, ayah atau nenek terutamanya yang baru dapat anak. Ini juga lah yang saya buat untuk menenangkan buah hati sulong saya yang asyik menangis masa dalam pantang.


Tepukkan perlahan

Sambil dukung, anda tepuk-tepuk badan bayi anda. Ada yang tertidur jika ditepuk-tepuk. 

Buat bunyi yang menenangkan

Bayi secara umumnya menyukai bunyi yang menenangkan seperti zikir dan berdengung. Atau boleh juga buat bunyi seperti syuuuu, seperti bunyi di dalam perut ibunya.

Urutan 

Bayi suka dirinya dibelai dengan lembut. Urut perlahan bayi anda. Gosok kaki & badannya. Bayi akan berasa selesa.

Udara segar

Apabila bayi menangis cuba cari ruang yang lebih luas. bawa bayi anda keluar & ambil udara segar. Mungkin dia akan rasa lebih lega dan tenang.

Bedung atau Peluk Erat

Bayi akan berasa selesa & selamat apabila dibedung dan dipeluk erat. kain bedung yang meliputi badannya membuatkan bayi terasa seperti berada di dalam kandungan ibunya.

Keluar menaiki kenderaan

Ada sesetengah bayi akan berhenti menangis setelah menaiki kenderaan. Malah ada yang terlena tertidur. 



Klik untuk gambar lebih jelas.

Jom layan video menarik ini. 


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Hanie
019-6609951
ID 866973
emy_2912@yahoo.com.my