Thursday, August 6, 2015

#Cabaran31hari, sahur dengan kodok, haaa kodok???

Thursday, August 6, 2015,6:05 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi

Bersiaran langsung dari rumah depan laptop pada pukul 5:50 pagi, baru selesai bersahur. Harini menu sahur adalah kodok atau cucur tepung atau ada yang panggil cengkodok. Tapi kebiasaanya di rumah saya, kiteorang panggil kodok. Bila cerita dengan kawan, ada diantara mereka yang terperanjat haaaa, kodok???? hehehe bagi mereka kodok tu katak, pulak dah. Kami tak panggil katak tu kodok kerana kodok tu sejenis makanan. hihihi

Harini keterlupaan untuk menjamah kurma, jadi menu sahur harini selain kodok adalah segelas ESP yang dibancuh dengan 2 scoop. Hanini minum ESP plain je tak campur apa-apa oleh kerana sudah terlewat bangun. Diharap puasa harini berjalan dengan baik, bersemangat, ceria dan bertenaga. InsyaAllah.

NotaKaki : Bumi Melaka sentiasa hujan sejak kebelakangan ini, moga diturunkan rahmat bersama-samanya. Amin