Wednesday, August 5, 2015

#Cabaran31hari, Puasa 6 Di Aidilfitri Sahur Dengan Meggi Kari

Wednesday, August 5, 2015,5:59 AM |
Assalammualaikum dan selamat pagi, bersiaran diwaktu 5.30 pagi harini dan dalam keadaan tengah kepedasan makan meggi kari. Tertanya-tanya pula sejak bila meggi kari ni pedas bebenau ye. Nampak sangat dah lama tak makan meggi kari ni. 

Harini hari kedua saya puasa 6 dan di harapkan sempat lah nak menghabiskannya sebab bulan syawal dah tak lama je lagi. InsyaAllah sempat. Menu sahur harini adalah 3 biji kurma, secawan ESP, dan semangkuk meggi kari. Hajat di hati untuk makan kurma dan minum ESP sahaja tetapi bila terrrpandang meggi ni macam sedap je kan, so kita buat je lah. Sebenarnya tak membantu pun makan meggi ni, so sila jangan tiru aksi makan meggi ni ye. Sila lah tiru menu makan kurma dan minum ESP, memang sangat-sangat bangus. 



Makan kurma semasa sahur adalah sunnah rasulullah s.a.w. ianya penuh khasiat dan memberi tenaga kepada kita. Jom kita baca sikit apa kata en.google tentang kurma dari blog akuinginsukses

Nilai Nutrisi dari Kurma

Kurma merupakan sumber beragam vitamin dan mineral. Kurma merupakan sumber energi, gula, dan serat yang baik. Mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemukan pada kurma. Kurma juga mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan vitamin K. 

Dipetik dari blog sedakasejahtera


  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

Bagaimana pula dengan ESP sebagai minuman untuk sahur? Adakah mampu memberi anda tenaga. Jom kita tengok apakah khasiat yang terkandung di dalam ESP ini ye. Klik sini Segalanya Tentang ESP Rahsia Awet Muda

Setakat ini sahaja entry untuk kali ini. Nantikan celoteh #Cabaran31hari saya nanti. Wasalam