Friday, August 14, 2015

#Cabaran31hari, Nyamuk Kebal Sebabkan Denggi Berleluasa

Friday, August 14, 2015,5:00 PM |
Dunia sekarang semakin menakutkan, penyakit deman denggi semakin berleluasa, SALAH SIAPA? entry ini ditulis bukannya ingin mencari kesalahan sesiapa sekadar ingatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan.

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Klik untuk gambar lebih jelas
Kesimpulannya mudah sahaja, bersihkan kawasan sekitar rumah kita bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Gunapakai Tips dalam poster diatas untuk mengelakkan daripada kene gigtan nyamuk aedes. 

Sekian, wasalam.