Friday, August 14, 2015

#Cabaran31hari, Memantau Kerja-Kerja membuat cerun

Friday, August 14, 2015,2:18 PM |
Cukup panas cuaca pada harini, rasa kulit menrenyam-renyam dek panas matahari. Macam manalah nanti panas akhirat kan, Ya Allah, takutnya. Sekarang saya memantau kerja-kerja 3 buah cerun di sekitar Daerah Alor Gajah. Dari satu tempat ke satu tempat. Berada dibawah panas tu perkara biasa bagi kami yang kerja sebagai kuli-kuli ni. Redha je la, saya yang memilih bidang ini, memang serasi dengan jiwa saya. Penat ke panas ke tetap kene tempuh dan kita kerja lillahita'ala. Yang penting niat sebagai ibadah, jadi kita tak lah dapat penat je malah kita dapat pahala. 

Tetiba je petang ni nak cerita pasal kerja saya pulak kan. hehehe sebab ni tengah kepenatan baru balik dari site. Nak tidur tak lelap pula jadi kita story mory lah kat blog. Jom tengok sikit kerja saya di site. 

Gambar dibawah ini adalah kerja-kerja membuat tembok penahan untuk mengelakkan dari cerun tersebut runtuh. Tembok penahan yang dibina ini adalah dari jenis "Rubber Pitching". Nampak macam mudahkan, hanya susun-susun batu sahaja tetapi tahukah anda dibawah batu itu ada asas konkrit yang diletakkan bersama besi, tujuannya adalah supaya tanah tersebut tidak mendap akibat batu-batu besar yang disusun di atasnya.
  

Gambar kedua ini pula adalah permulaan kerja untuk membina tembok penahan dari jenis "Rock Filling". Cerun ini adalah lebih tinggi dan keluasan cerun lebih lebar, jadi kaedah rock filling ini sesuai digunakan. Ianya lebih murah sedikit dan menjimatkan masa. 


Inilah sebahagian daripada kerja-kerja yang saya lakukan. Berada dibawa panas matahari menyebabkan kulit saya menjadi kering dan kerana kering itulah detiknya saya terjumpa vitamin shaklee. Saya mencari penyelesaian kepada masalah kulit saya. Alhamdulillah jumpa shaklee, Saya mula membeli vitamin shaklee, makan dan kesannya nampak dalam masa 3 minggu. Memang terasa syukur sangat. Dulu bahagian tepi mulut memang nampak ketara kekeringannya apabila saya memakai bedak. Tetapi setelah amalkan vitamin shaklee ianya totaly licin, tak kering dan tak mengelupas lagi walaupun asyik berjemu kat site. Alhamdulillah saya suka sangat. Rasanya banyak kali dah kongsi cerita ni tapi tetap nak cerita jugak. hehehehe. 


Masa pertama kali dulu saya beli set D iaitu ada Vitamin C, vitamin E dan B complex. Set D ni memang untuk kulit a.k.a set kecantikan. Sejak merasai keberkesanannya saya mula tambah vitamin-vitamin lain seperti ESP dan Alfalfa untuk masalah kulit dan keputihan. Keputusannya juga memberangsangkan. Sejak itu saya makin yakin dengan shaklee. 


Itulah kisah beberapa tahun lepas iaitu tahun 2012. Kini saya masih amalkan vitamin shaklee dan masih lagi berkongsi melalui blog ini. Kepada mereka yang ada masalah kulit dan ingin mencuba vitamin shaklee, boleh lah hubungi saya (hanie 019-6609951) untuk maklumat lanjut. InsyaAllah saya boleh membantu. 

Kalau yang ingin membeli vitamin shaklee secara online boleh klik ini, Vitamin Shaklee ataupun yang ingin membeli set kulit ini, klik SET D atau pun nak senang SMS/WhasApp je saya. 

Sekian sahaja celoteh saya pada harini. Wasalam.