Friday, August 21, 2015

#Cabaran31hari, Hernia Dikalangan Kanak-Kanak

Friday, August 21, 2015,1:29 PM |
Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai hernia dikalangan kanak-kanak. Kenapa hernia ye? sebab anak saya bakal menjalani pembedahan untuk menutup bukaan kecil yang menyebabkan air atau usus nya terkeluar lalu jelas kelihatan pada telur (testis). 


Pada raya cina tahun 2015 iaitu awal tahun haritu, telurnya besar sebelah, mula-mula takda risau sangat tapi lama kelamaan ianya semakin membesar. Beliau kerap pegang sebab rasa tak selesa tapi bila mama tanya sakit atau tak? beliau kata tidak sakit. Bila telurnya besar sebelah, telur yang sebelah lagi semakin kecil dan menghilang.

Kami mencuba rawatan alternatif iaitu pergi berurut, keesokkan harinya ianya makin teruk, telurnya menjadi merah dan sakit. Dengan segera saya membawanya ke hospital. Doktor kata bahagian telur jangan diurut kerana takut mendatangkan bahaya. Kami diminta rujuk kepada pakar di Hospital Melaka. Akhirnya doktor memberi penerangan sama seperti penerangan artikel dibawah ini 

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.


Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin berkata, sesetengah bayi memang dilahirkan dengan beberapa bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya.


Tetapi pada sesetengah kes, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan tisu-tisu berhampiran menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia. Kata beliau, hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya.


Hernia jenis ini boleh ditutup dan selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Cuma kadangkala, tisu-tisu boleh terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh ditarik semula kepada kedudukannya yang asal. Artikel Penuh


Alhamdulillah dari penerangan doktor tersebut baru lega rasanya. Cuma kami diminta buat appoiment untuk hari pembedahan. Oleh sebab pembedahan yang akan dijalankan itu memerlukan pesakit dibius penuh, maka pesakit tidak boleh demam, batuk dan seleseme dalam tempoh 2 minggu. 

Al-kisah tarikh untuk buat pembedahan iaitu pada 3hb Sept 2015, tapi pada 20/8/2015 beliau batuk dan seleseme sikit. Terus upkan dos Chewable Vita C sebanyak 3 biji dan bagi Vita-lea For Kids sebagai multivitamin supaya antibodi lebih kuat. Anak saya apa lagi, suka je sebab dapat tamin lebih, biasanya saya beri sebiji vita c dan sebiji vitalea jew. 

Pada 28hb Ogos, kami akan jumpa lagi sekali pakar bius untuk tahu sama ada boleh buat pembedahan atau terpaksa ditangguhkan. Akhir kata, bukan tidak boleh kita mencuba rawatan alternatif tapi seelok-eloknya rujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu untuk kesahihan. Bagi saya ini adalah pengajaran buat diri saya dan keluarga yang kononya nak cepat elok. Padahal sesuatu itu boleh mendatang bahaya kepada anak saya. 

Sekian, Wasalam.