Friday, August 28, 2015

#Cabaran31hari, Hernia, bagaimana nak atasinya?

Friday, August 28, 2015,5:46 PM |
Hernia a.k.a bahasa orang kampung iaitu angin pasang. Saya nak pesan banyak-banyak, bagi sesiapa yang ada hernia, baru muncul hernia tu ke, anak kita yang ada hernia ke, sila lah rujuk kepada doktor bagi dianosis benda tu dulu. Jangan lah terjah kepada bomoh ke ubat-ubat kampung ke. Bagi doktor bertauliah menjelaskan apa hernia tu, punca dan bagaimana cara merawatnya. Lepas dapat penjelasan yang sepatutnya, ada ilmu sikit tentang penyakit itu, barulah kita fikir nak buat apa, kalau nak berubat kampung silakan.

Al-kisah operation anak saya terpaksa ditunda berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau batuk sikit. Bagi pakar bius, batuk seleseme atau demam sikit pun tak boleh sebab ianya melibatkan paru-paru memandangkan usianya yang kecil.

Banyak ilmu yang saya korek daripada en.google, Alhamdulillah ianya terang dan nyata bagi saya supaya saya tak panik atau kalut menghadapinya. Bagaimana nak atasi hernia ini, hanyalah dengan pembedahan sahaja bagi menutup saluran/dinding yang terbuka yang membuatkan usus atau bendalir melaluinya. Kalau ubat kampung wallahualambisawab. Tapi ikut pengalaman saya ianya melalui urutan. Walaubagaimanapun, hernia anak saya semakin teruk, merah dan membengkak serta sakit. 

Petang ni saya nak share cara bagaimana doktor operate. Haiii.. gerun hati kecik saya nak tengok yang real punya, kita tengok yang macam ni ok tak. hehehehe



Sekian sahaja, wasalam...