Monday, August 10, 2015

#Cabaran31hari, Cara Cegah Jangkitan Kencing Tikus

Monday, August 10, 2015,11:00 AM |
Mula-mula saya kenali penyakit Kencing Tikus ini dari berita dalam tv yang selalu nya berkaitan dengan tempat mandi manda seperti air terjun. Asal sakit je, diselidik rupa-rupanya ada mandi di kawasan air terjun. Sejak-sejak tu memang terset pula dalam minda takut untuk ke kawasan seperti itu. Namun anda semua jangan silap, sekarang ni bukan setakat dikawasan air terjun sahaja, malah ini ada dimana-mana sahaja. Untuk lebih faham secara ringkas, jom kita lihat poster ini.




Klik gambar untuk lebih jelas

Petikan dari aktikal upm.edu.my mengenai penyait kencing tikus,

Menurut WHO, 23 peratus daripada 500,000 pesakit itu meninggal dunia akibat penyakit kencing tikus setiap tahun. Bakteria leptospirosis dibawa oleh tikus, ternakan, anjing dan khinzir dan ia berlipatganda dalam buah pinggang binatang-binatang itu sebelum dikeluarkan melalui air kencing lalu mencemari persekitaran.

Apa yang amat membimbangkan adalah ujian dijalankan oleh saintis-saintis UPM terhadap tikus-tikus dijumpai di Kuala Lumpur mendapati rodensia itu dijangkiti bakteria leptospirosisKejadian serangan leptospirosis terhadap haiwan yang mempunyai kepentingan ekonomi di Malaysia adalah tinggi dan amat membimbangkan kerana ia menyebabkan pengguguran, kemandulan, pengeluaran susu yang rendah dan anak lembu menjadi lemah. 

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kawasan rumah, tempat kerja dan kawasan sekitar kita supaya tida menjadi tempat pembiakan dan pemyebaran virus kencing tikus ini. Mencegah adalah lebih elok dari mengubati. Sekian, wasalam