Thursday, March 5, 2015

Waktu terbaik buat ujian pap smear

Thursday, March 5, 2015,4:58 PM |
Apa itu Pap Smear? wallahualambisawab. Tak tau la saya. Hihihi.. Minggu lepas misi datang rumah sebab nak tanya kenapa tak datang klinik bawa ilman cek up. Jawapannya saya terlupa lah misi. So misi suruh datang dan pastu siasat saya punya period bila lepas tu pesan untuk buat pap smear.. emm.. saya pun kata ok misi. Saya tau itu satu ujian tapi tak tahu untuk apa? 


Jadi dengan kemudahan harini kita boleh tanya en.google. Apa itu Pap Smear? Pap Smear adalah satu ujian yang dilakukan untuk memeriksa kesihatan servik (bahagian pangkal/bawah rahim yang bersambung dengan vagina). Tujuannya adalah untuk mengesan kehadiran sel servik yang luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.

Alkisah ke klinik cek up ilman yang berusia 1 tahun 4 bulan 20 hari. Berat 8.4 kilo tinggi 74cm kot. Alhamdulillah dah keluar dari graf kuning.. yeahhh..

Saya pun cakap "haritu misi nama Mazwin tu suruh buat Pap Smear, boleh buat ke arini?"
Awak datang esok, arini sibuk. Waahh, macam saya ni bos pula kan boleh sesuka hati datang klinik selalu. Lepas tu misi tanya tau ke nak kira waktu yang sesuai buat Pap Smear ni, mmg tak tahu lah kan.. Jadi waktu yang sesuai adalah pada hari ke 10 hingga ke 14 period. Kira mula dari hari pertama datang period (bukan dari habis period). 

Sekiranya nak tau lebih lanjut boleh lawati laman web myservik.gov.my. Semoga info ini berguna kepada semua. Sekian, wasalam.

JOM KLIKS!!!!!!


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.