Tuesday, March 10, 2015

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Tuesday, March 10, 2015,7:00 AM |
Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah. 

Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.  

Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat.

1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih. 
   
2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam atau sotong). Saya suka siap cincang, potong-potong, nanti nak masak terus masuk je.


3. Cili dah siap blender, jangan bubuh air banyak masa blender, bila kurang air, jimat masa menumis. Boleh mesin untuk masak dua minggu, asingkan 2 bekas, seminggu masuk kat chiller, seminggu masuk kat frezeer. Untuk elak cili berbau dan berlendir kalau lama sangat dalam chiller tapi kalau yang tempat chiller nya memang cukup sejuk, itu boleh la letak. Saya tak pasti boleh guna tak cili yang dah blender dalam tempoh yang lagi lama contohnya sebulan ke sebab yang biasa mak saya buat adalah 2 minggu.

4. Kalau nak perap ayam atau ikan, boleh siap-siap gaulkan rempah dan simpan dalam bekas dan letak dalam chiller. 

5. Gunakan bekas yang mudah dilihat dari luar (transparent) supaya mudah nak tengok apa benda dalam bekas tu.

Itulah 5 tips masak dengan cepat untuk sediakan lauk dalam masa seminggu. Ada lagi satu, lagi best, contoh kalau masak asam pedas, bila kita dah siap-siap tumis bawang cili semua sebelum masuk ikan, asingkan dulu kuah, jadi bila lain kali kita nak makan asam pedas, keluarkan kuah dari frezeer, cairkan terus masuk ikan. waaaa... sangat senang kan.

Al-kisah bagaimana saya dapat tips ni, mak saya yang ajar. Dulu masa duduk Sarawak, kawan-kawan ayah suka suruh mak masakkan kuah asam pedas sebelum mereka pergi memancing di tengah lautan, jadi bila dapat tangkap ikan, siap basuh semua masukkan je dalam kuah asam pedas tu. Haaaaa, sedapkan makan ikan fresh atas kapal. Begitu lah kisahnya.

Banyak lagi nak kongsi tapi lain kali lah, kita tulis entry lain. Teruskan melawat ke blog saya ni, InsyaAllah saya akan penuhi dengan cerita best. Wasalam.

Untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh hubungi saya di 019-6609951. Saya adalah pengedar sah shaklee ID 866973 yang berada di Melaka, pos ke seluruh malaysia. bye bye