Monday, March 30, 2015

Mesyuarat Agung Tabika Kemas Bertam Malim B

Monday, March 30, 2015,1:26 PM |
Hujung minggu haritu saya dan suami terpaksa rela pergi kalau tak Abg Haq akan menangis seharian. Abg Haq: Mama, cikgu suruh datang sekolah. 
Mama : kalau tak pergi boleh tak? 
Abg Haq : ala... (muka nak nangis)
Jadi , terpaksalah mama pergi.


Ilman pun ikut sekali. Memang bising la suara Ilman, siap menyanyi-nyanyi lagi. Yang paling best, si bijak mama ni mengopek apa yang cikgu tampal kat dinding, puas la ayah melayannya. Ilman kopek ayah tampal, ilman kopek ayah tampal, kene marah, menangis bapak kuat. hihihi.

Abg Haq ada kat dalam bilik mengala, ada pertandingan mewarna tapi macam biasa Abg Haq tak menang. hihihi Oleh sebab yang datang setakat 8 Orang ibu/bapa maka kami saumi isteri dengan automatiknya terpilih untuk menjadi AJK. Tak kisah la, kalau ada masa kita turun, Insya Allah. 

Bila ditengok takwim, KEMAS ni memang banyak aktivi la, bagus juga, mengeratkan hubungan ibu bapa dengan cikgu dan ibu bapa kanak-kanak lain. Nantikan aktiviti Tabika Kemas pada entry-entry seterusnya okey. wasalam.