Sunday, March 1, 2015

Majlis Bacaan Yassin Tabika Kemas Bertam Malim

Sunday, March 1, 2015,5:23 PM |
Alhamdulillah saya diberi kelapangan masa untuk hadir ke majlis bacaan yasin Tabika Kemas Bertam Malim yang diadakan di Tabika Kemas Bertam Malim A bersebelahan Majlis Kg. Bertam Malim. Dalam Majlis ini dibuat bersekali dengan Tabika Kemas Bertam Malim B (sekolah Abg Haq). Ibu bapa dijemput hadir.

Walaupun begitu, kehadiran gabungan kedua-dua tabika ini tidak lah memberangsangkan. Nasib baik la dijemput sekali orang-orang masjid sebelah, terasa lah ramai sikit. Kalau tak, ada lah 7, 8 ketol manusia. Hihihihi.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan ataupun terlupa.

Majlis bacaan yasin ini berlangsung selepas magrib (27hb feb), jadi saya ambil kesempatan untuk solat di Masjid bersebelahan dengan Tabika tersebut.

Abg haq cukup teruja jumpa kawan-kawan, bermain kejar-kejar sampai songkok baju basah akibat peluh. 3 orang yang aktif dan bising tu rasanya bagai 10 orang plak yang bermain. Sesekali Abg Haq masuk ke dalam tabika jengah mama ada ke tak lepas tu sambung main lagi pastu jengah lagi..  hihihi risau mama balik tingalkan dia lah tu.

Makanan yang dihidangkan sedap dan saya yang dah makan kat rumah pun makan lagi. Cuma Abg Haq makan 2 suap je dah kenyang, sebenarnya Abg Haq leka nak bermain dengan kawan-kawan.