Wednesday, March 18, 2015

Bagaimana Ilman memperngaruhi Abg Haq untuk makan pedas

Wednesday, March 18, 2015,1:22 PM |
Asal merah je dah tak nak, padahal kalau spegeti tu merah je lebih bukan pedas pun kan. Itu lah situasi yang dialami oleh Abg Haq, anak sulung saya. Kini Abg Haq dah sekolah. Tajuk entry kali ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini, Tips ajar anak makan pedas.

Biasanya saya akan puji anak-anak tak kisah lah dieorang buat benda seperti kemas mainan ke atau lap air tumpah ke, "pandainya kemas mainan sayang mama ni, baiknya sayang mama tolong lap air tumpah". Bila puji salah sorang, sorang lagi macam excited nak buat juga supaya dapat pujian. Begitulah, saya tak pasti anak orang lain bagaimana pula situasinya.

Jadi dengan usia Abg Haq yang kini masuk 3 tahun 6 bulan (betul tak aku kira ni) perasaan tak nak kalah tu memang sentiasa ada, lebih-lebih lagi dengan Ilman, memang Abg Haq suka nak menang, nak no. 1 dalam apa-apa hal. Kalau mama puji Ilman, kadang-kadang jeling je dari jauh, nak tengok apa yang Ilman buat tu sampai mama puji.



Jadi dengan usianya begini, saya selalu puji Ilman bila suap makan pedas, Ilman tak luek balik. "Pandai anak mama makan pedas, Ilman kuat, Ilman dah besar" Abg Haq kalau dengar mama puji Ilman macam tu, dia terus cakap "abg nak juga", padahal dulu memang bangkang habis pedas-pedas ni. hihihi. Jadi, nampak tak bagaimana taktiknya mama nak buat supaya Abg Haq terpengaruh untuk makan pedas. Alhamdulillah sekarang dah boleh la makan pedas sikit-sikit.