Thursday, February 5, 2015

Tips ajar anak makan pedas

Thursday, February 5, 2015,2:11 PM |
Saya selalu rasa kesian pada mereka-mereka yang tak makan pedas, al-maklumlah lidah orang melayu kan, suka yang agak pedas sedikit, tapi kami memang hantu pedas, kalau makan makanan yang tak pedas mesti makan ciput je. 

Alkisah bagaimana saya mengajar si manja Ilman, anak kedua saya yang kini berusia 1 tahun 3 bulan untuk makan pedas. Melentur buluh biarlah dari rebung nya, bukan untuk membentuk akhlak sahaja tapi unuk lidah juga (untuk merasa). 

Anak sulung saya tak makan pedas, pantang warna merah dia dah seriau, tu belum tahu makanan tu pedas ke tak. Jadi saya mulakan proses ini kepada ilman kerana saya belajar dari pengalaman, anak tak makan pedas ni cukup memilih makanan.

Antara tips untuk ajar anak makan pedas adalah:

1. Mulakan dari usia 8 bulan dan ke atas.
Memang hati seorang ibu akan rasa macam 'eh, tak sakit perut ke anak aku nanti' atau 'ala, takut kene cirit birit nanti'. Apabila hendak mengajar anak makan pedas dalam usia awal sebegini mulakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya masa kita tengah makan lauk asam pedas, ada anak kita kat sebelah, celupkan sedikit jari kita dalam kuah dan coletkan dalam mulut anak. buat sekali je dan kita dapat lihat mukanya berkerut. hihihi. 


2. Sentiasa latih anak untuk rasa 'pedas'
Pastikan buat hari-hari dan tak semestinya asam pedas je, lauk lain pun boleh. Mungkin keesokkan harinya kita boleh coletkan 2 kali, pagi petang, mukanya mungkin masih seperti semalam. Hari ketiga mungkin boleh letak beberapa titik kuah pedas dalam bubur si manja. Kalau dah seminggu coletkan kuah, minggu seterusnya mungkin kita boleh kopekkan ikan yang pedas dan beri kepadanya. Contohnya ambil lauk ikan sambal. Kemudian asingkan sambal menggunakan sudu (tak perlu basuh ikan tersebut dengan air, lari lah proses untuk ajar anak makan pedas nanti) kemudian letak dengan bubur dan suapkan anak tersebut, buatkan selalu, garenti dia akan suka makan pedas. 

3. Jangan beralasan.
Jangan sesekali guna alasan 'sayang tak boleh makan makanan ni sebab ni pedas, sakit perut". Tolong jangan set kan minda anak-anak dengan "pedas dan tak boleh makan" sebab ianya akan memberi kesan kepada anak-anak. Kalau dia nak apa yang kita makan, kot iya makanan itu pedas tahap gaban, pandai-pandai lah bagi sikit je ke atau apa ke, jangan guna ayat-ayat menakutkan. 
4. Pastikan ada air
Lepas dah coletkan anak makan pedas, berikan air untuk melegakannya.

Rasanya, itu je kot tips yang dapat saya kongsikan yang telah dipraktiskan pada si manja Ilman untuk makan pedas, dan sekarang ilman suka makan pedas, Mungkin selepas ni saya akan buat entry bagaimana saya melatih Abg Haq makan pedas di usia dia yang kini hampir 3 tahun 4 bulan, bagaimana Ilman mempengaruhi Abg Haq. Nantikan ye entry seterusnya dan selamat mencuba!!