Wednesday, January 28, 2015

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan, ilman sayang

Wednesday, January 28, 2015,1:49 AM |
Alhamdulillah, Ilman nak masuk 1 tahun 3 bulan, kejap je rasanya kan, teringat-ingat lagi proses meneran nak keluarkan Ilman, cewahhh. Perkembangan Ilman sangat bagus setakat ini, dia boleh berlari walaupun tak stabil, suka main bola, gigi dah banyak dan geraham pun ada yang dah tumbuh, sangat suka makan, yang paling best Ilman makan pedas tau, kelass lah anak mama ni, mama tak manjakan Ilman sangat bab-bab makan ni, tak seperti Abg Haq, anak sulong kan, risau je kalau bagi makan bukan-bukan atau pedas ni, kot-kot lah perut tak tahan ke tapi Ilman, mama berjaya, alhamdulillah lah tak meragam perut Ilman. waaa wajar buat satu entry ni pasal melatih anak makan pedas. hihihi. 

Gambar terbaru Ilman tengah tidur, Ya Allah suci nya muka Ilman, tenang, mendamaikan hati mama

Ilman semakin besar semakin panjang akalnya, asal Abg Haq peluk mama nak bermanja dengan mama dia kata lah nak syusyu, hahaha mama dah tau taktik Ilman, pandai ek. Lepas tu Ilman dah pandai berebut dengan Abg Haq, pandai nak kacau-kacau Abg Haq, kadang-kadang saje je dia sikat rambut die pastu sikat rambut Abg Haq, dah goboh rambut Abg Haq yang sikat ke tepi tu. Mengamok lah Abg Haq tengok rambut dah tak cantik. 



Seronok update kisah anak-anak kat blog ni, pukol 12 malam terasa macam pukol 8 malam pula kan, terang je mata, hihihi, pasni InsyaAllah akan menyusul kisah-kisah menarik mereka lagi. 

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan Pos ke seluruh Malaysia. Berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin shaklee boleh terus hubungi saya wasap2 pun boleh di 019-6609951. Follow la blog saya nanti saya kembali ke blog anda. hihihihi. adiossss, wasalam