Thursday, January 22, 2015

Pengalaman pertama Abg Haq di Tabika Kemas

Thursday, January 22, 2015,1:55 PM |
Terlewat sudah mama nak buat entry untuk hari pertama Abg Haq ke sekolah. Kalau nak ikutkan harini ni dah 9 hari Abg Haq pergi ke tabika kemas ni. Tapi takpe lah sebagai kenangan untuk hari pertama anak mama ke sekolah.


Ini adalah dipagi hari pertama Abg Haq untuk ke tabika kemas. Nampak sungguh teruja.
Masa hantar Abg Haq, alhamdulillah abg haq tak menangis walaupun ada jemaah menangis beramai-ramai kat situ. Lepas mama hantar Abg Haq pastu mama tinjau kat tingkap tengok Abg Haq duduk bersandar kat dinding diam-diam, terus je mama balik rumah. Firasat mama mengatakan Abg Haq anak berani, mesti tak menangis punya. Mama ambik cuti hari ni kot-kot nak pergi sekodeng Abg Haq kat sekolah tapi dek kesibukkan kerja rumah tak sempat sungguh nak menjengah Abg Haq kat sekolah. Waktu balik sekolah baru lah pergi jemput Abg Haq.


Cikgu kata Abg Haq walaupum budak 4 tahun (3 tahun 4 bulan) tapi berani dan aktif. Waaaa.. kelasss anak mama.. alhamdulillah perkembangan Abg Haq sangat memuaskan hati mama.


Nanti mama sambung lagi cerita Abg Haq yek. Ada hot story, Abg Haq dah pandai cakap bukan-bukan, ya Allah baru 9 hari kot.