Monday, December 29, 2014

Pendedahan taktik kotor MLM ajak orang jadi ahli

Monday, December 29, 2014,12:23 PM |
Al-kisah pengedar MLM sebuah syarikat yang menggunakan taktik kotor untuk ajak bertemu dan kemudian panggil geng (upline) untuk terangkan bonus itu ini yang menyebabkan orang meluat nak dengar. 

Kebiasaan alasan untuk bertemu adalah lama tak jumpa, nak tanya kabar dan semalam yang kami kena, ada seorang kenalan yang mengetahui suami saya pandai juga lah untuk repair kereta, katanya nak minta tolong tengokkan kereta, kami yang penat baru sampai ke rumah pun keluar lah untuk ke rumah yang lagi satu sebab kenalan tersebut berada berhampiran situ. Ajak lah datang ke rumah, tak sampai 15 minit katanya ada kawan nak jumpa sekejap. Ok takpa lah, suami pun ada kerja kot mereka berdua nak berborak, sampai-sampai kenalan kepada kenalan tersebut membawa keluarga, tak kisah lah kami menjemput masuk dan hidangkan air. Lepastu mula lah mereka bercerita pasal MLM. 


Saya kira itu taktik kotor kerana kami yang penat, niat suami memang untuk menolong tetapi lain pula ceritanya, suami pula hendak pulang ke JB, tapi takkan pula kami sampai hati nak halau, hampir 3-4 jam juga lah masa terbuang. Kalau hendak bisnes buatlah secara elok. Ini membazirkan masa kami untuk dengar bonus kereta itu bonus ini. Dalam hati saya, group shaklee saya berganda lebih baik dari group itu. 

Diakhir perbincangan itu, saya mengatakan saya ahli shaklee saya juga menjual produk shaklee, riak wajah mereka agak terperanjat kerana lagi tadi saya hanya menjadi pendengar sahaja. Saya pun memulakan bicara dengan menceritakan bagaimana saya jatuh cinta dengan shaklee berserta kekuatan produk shaklee. Group saya di shaklee menekankan kepada kebaikan / kelebihan produk bukannya bonus-bonus bagai. Kami tidak menngunakan taktik bonus, wang ringgi tetapi kami ada yang lebih kuat iaitu produk yang terbaik.

Setelah pengedar MLM tu pulang, bertekak jugalah suami dengan kenalannya itu sebab menipu. Rasanya kami takkan terpedaya dengan konsep mereka. Ajak 4 orang jadi ahli dan kita akan terima 9 ribu. Lagi ramai lagi bagus. Kami bukan bodoh untuk terima konsep itu bulat-bulat. Untuk dapat 9 ribu tu sila kerja keras. MLM kau buat kerja kau dapat, bukan hanya cari orang sahaja. Orang yang dicari mestilah buat belian sekian ringgit. bukan hanya daftar.

Sekian sahaja celoteh hanie pada petang ni, sekadar luahan perasaan.