Friday, December 5, 2014

Al-kisahnya, sebab itu anaknya tak nak ke sekolah!

Friday, December 5, 2014,1:48 PM |
Boleh ke kita memanjakan anak untuk membolehkan dia mendapat 'excuse' untuk tidak hadir ke sekolah? alkisah nak story ni pasal ada anak tak nak ke sekolah! SEBAB APA? kerana 'gelaran' atau digelar-gelar.

Penumpuan harini kepada mereka yang kurus-kurus seperti saya, hihihihi

Biasanya zaman saya sekolah dulu, kalau budak tu terlalu kurus mesti akan dapat nama best yang kawan-kawan berikan seperti dipanggil 'kering', 'cekeding', 'kerempeng' begitu juga sebaliknya kalau gemok dan sebagainya, mudah je kawan-kawan gelarkan nama lain.

Serangan asma kepada anak kecil

Bila dah dapat kene gelar-gelar tu, ada yang buat tak kisah je, lantak lah tapi ada juga yang sampai jadi muram dan tak mahu ke sekolah (anak manja). Sebagai ibu bapa, kita tak nak lah anak kita orang panggil 'cekeding' kan, bukannya memanjakan anak tapi kita nak yang terbaik untuk anak, bukan nya menggalakkan anak untuk tidak ke sekolah, jangan manja sesangat lerrr, melampau tak nak pergi sekolah tu, jangan terus marah anak k, tapi kita cari penyelesaian kepada masalah 'cekeding' itu. 



Cari punca masalah, kenapa cekeding?
Adakah anak tak nak makan?
Adakah kita sebagai ibu masak tak sedap?
Adakah dia jemu dengan menu yang sama hari-hari?
Setiap hari rabu je ikan goreng, ari khamis telor goreng, tak ke bosan tu.
Adakah suasana tempat makan tu tak menyelerakan? (maksudnya meja makan berserabut, bertimbun-timbun botol air atas meja, dengan kicap nya, dengan susu nya)

Oleh itu, kenal pasti masalah anak cekeding ini maka mudahlah untuk kita cari penyelesaiannya. 

Kat sini saya ada sediakan tips untuk menyelesaikan masalah yang menjadi salah satu faktor anak 'cekeding' dan anak tidak mahu ke sekolah. Jom tonton!!!! Pastikan anda menonton sehingga habis k. Wasalam.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

ID 866973
SMS/Whatapps : 019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my