Wednesday, December 31, 2014

Abg haq sekolah di Tadika Kemas, Melaka

Wednesday, December 31, 2014,1:46 PM |
Percaturan Maha Esa cukup indah. Muhammad Haq Uqasha akan mula bersekolah seawal usia 3 tahun 4 bulan . Berita yang mama terima lewat pukul 11 malam (30/12/2014) dengan mesej berbunyi sukacita dimaklumkan blablabala... Alhamdulillah.

Ramai yang mohon, abg haq yang dapat.. Syarat wajib masuk ke tadika kemas adalah pandai menguruskan diri sendiri contohnya makan sendiri, ke tandas dan cebok sendiri. Itu mama tak risau, memang abg haq pandai buat sendiri. Tapi yang mama risaukan abg haq berebut kale/pensil, abg haq kalau mood tak baik, pantang orang usik barang pasti dia mengamok dan menjerit. Mama harap-harap abg haq cepat menyesuaikan diri di Tadika Kemas tu. Bukan sahaja untuk belajar A B C tetapi juga untuk belajar mengawal emosi, tingkah laku dan akhlak yang baik. 

Cerita serangan asma dikalangan kanak-kanak

Perasaan saya amat gembira sekali, abg haq pun teruja nak ke sekolah. Bila suruh tulis buku selalu kata, abg haq nak sekolah kene tulis buku, nanti cikgu nak tengok. Padahal tika tu usianya 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Moga fasa persekolahan abg haq sentiasa berjalan dengan lancar dan mudah. Amin.


Gambar terbaru buah hati mama yang nak masuk sekolah. Abg haq dah hafal doa makan, 123, pandai nyanyi lagu air pasang dalam, bapaku pulang dari kota, burung kakak tua, dsbg. Abg haq memang anak yang aktif dan bijak. Abg haq suka nasi lemak, ayam goreng drumstik, aiskrim, gula-gula dan juga vitamin2 dia tu. Memang selalu ingat nak makan vitamin, kadang-kadang dengan neneknya siap tambah sebiji lagi "nenek, mama kata boleh makan 2"..tah bila mama cakap pun tak tau la, pandai-pandai je.

Klik sini untuk vitamin kegemaran abg haq. Nantikan celoteh hanie di entry seterusnya k. Wasalam.