Monday, November 10, 2014

Alkisah Abg Haq Elergik Ubat

Monday, November 10, 2014,2:57 PM |
Hari yang sangat mencemaskan hati saya. Ambil dari rumah pengasuh mulut Abg Haq agak tebal dan muka memang macam sembap je. Kenapa kepelikkan ini berlaku?

Bawah telinga Abg Haq membengkak, bawa ke klinik malam itu juga, rupanya tonsil membengkak walaupun tak demam, jadi salur yang berkaitan dengan tonsil pun turut membengkak. Doktor bekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat untuk dihisap seperti gula-gula. Saya bertanya kepada doktor, "perlu ke bagi antibiotik ni" doktor kata " memang perlu memandangkan kuman telah merebak ke tonsil dan salurnya"

Sebelum tidur Abg Haq makan antibiotik, apabila bangun pagi, bengkak tersebut makin besar dan Abg Haq mengadu sakit. Saya berikan lagi antibiotik dan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan pukul 7 pagi. Tak lama selepas itu, jari Abg Haq bengkak, memang besar kata pengasuh. Tengahari bengkak tu kembali surut. Pukul 3 petang makan antibiotik dan ubat tahan sakit, tak lama kemudian bibir pula bengkak. Tak terdetik pula yang Abg Haq elergik ubat.

Omega Guard untuk kanak-kanak hidap BRONCHITIS

Hati seorang ibu, ya allah kenapa lah anak aku ni, memang risau, cemas. Nekad lepas magrib bawa Abg Haq ke hospital. Call adik untuk teman, adik pula sibuk, call orang sebelah rumah, alhamdulillah dapat teman ke hospital.  Siap-siap bawa ubat dan antibiotik untuk bagi pada doktor.

Macam biasa Hospital Melaka di wad kecemasan tu sentiasa je ramai orang. Alhamdulillah kalau kes budak-budak memang didahulukan. Bila tiba giliran memang lega sangat dapat tengok muka doktor. Nampak tak betapa mulia kerja doktor ni, bila cek-cek alkisahnya Abg Haq alergik ubat tapi tak tahu ubat tahan sakit suspension BRUFEN ibuprofen ataupun antibiotik curam 156,25mg/5ml brand sandoz. (tah apa aku tulis, memang sengaja direkodkan diblog ini untuk rujukan kemudian hari) Tapi doktor pesan untuk simpan serpihan dari kotak ubat tersebut untuk rujukan kemudian hari. Berkali-kali doktor pesan. Ye doktor, saya akan simpan.



Harini salur tonsil bengkak lagi, tak tahu lah apa sebabnya, tapi setahu saya kalau kuman dalam salur tersebut masih ada, ianya akan bengkak surut bengkak surut, akhirnya kene juga ambil antibiotik jenama yang lain. Tapi tu lah, fobia lah pula saya nak bagi Abg Haq antibiotik lagi. Ya Allah buntu saya dibuatnya. Kesian Abg Haq. Kene bawa jumpa doktor lah ni. Moga abg haq sentiasa sihat dan gembira.