Wednesday, September 10, 2014

Rahim bengkak akibat makan vitamin shaklee

Wednesday, September 10, 2014,2:12 PM |
Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kini isu rahim bengkak akibat makan vitamin shaklee memang hangat diperkatakan. Customer yang makan vitamin tersebut salahkan vitamin shaklee kerana rahim bengkak, dapat fibroid la dan macam-macam lagi. Adakah ini satu tuduhan! Pengedar shaklee pun hangat membincangkan isu akibat dari tersebarnya tuduhan yang dilemparkan, tak kurang juga ada diantara SID Shaklee yang was-was, eh betul ke! ye ke tak ni!  Memang menjadi viral dan ada yang bertepuk tangan sambil tersenyum mengenai isu ini.





Hati-hati dengan apa yang anda tulis kerana ianya akan menjadi bukti. Pihak shaklee juga telah respon melalui Facebook page rasmi shaklee mengenai isu ini. Diharap isu ini tidak berakhir dengan saman-menyaman di antara satu sama lain kerana saya pasti pihak shaklee akan menang. 


Saya sebagai pengedar sah shaklee berasa agak sedih atas tuduhan yang dilemparkan. Mungkin healing krisis tapi itu hanya sementara, mungkin penyakit tu dah duduk disitu yang kita sendiri mungkin tak sedar. Itu pendapat peribadi sahaja. InsyAllah pada entry berikutnya saya akan share penerangan dari seorang doktor mengenai masalah ini. 

Nota kaki : Minum lebih 3 liter air putih sehari 
Sekian, wasalam.