Monday, September 8, 2014

Perlukah susu formula untuk anakku

Monday, September 8, 2014,2:55 PM |
Dengan rasa yang agak kecewa saya menulis entry ini, kalau ada yang mengikut blog saya ni pastinya tahu misi saya sebelum terjadinya anak ini, semasa mengandungkan anak ini, semasa lahirnya anak ini, hati saya teramatlah kuat untuk menyusu badan anak ini sepenuhnya tanpa campur dengan susu formula.

Memang niat suci murni saya itu sentiasa mekar dalam hati saya.  Tapi apakan daya, semakin ilman membesar semakin banyak pula permintaan susu yang agak payah untuk saya tunaikan. Saya ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji selama 3 bulan iaitu pada usia ilman 5 bulan hingga usianya 8 bulan. 

Semasa saya bercuti, tiada masalah untuk saya bagi susu badan secara exclusive sepenuhnya. Mula-mula bercuti, dengan penuh semangat saya membuat stok susu ibu untuk ilman, ada 5 botol penuh susu ibu beku di freezer, apakan daya, ianya cair akibat en.suami mendefross peti ais kami. adehhh.. habis semua susu cair. Buang kesemua susu tersebut. Dan en. suami tak bagi saya menyimpan susu ibu lagi kerana peti ais kami yang satu pintu itu perlu di difross selalu. Hampeh dan kecewa juga lah rasa hati ni.

Dengan kelalain saya sendiri untuk tidak mengepam semasa cuti 3 bulan tersebut, saya kembali bekerja, stress dengan kerja, letih, apabila waktu pam, susu saya semakin kurang. Sepatutnya saya boleh hantar pada pengasuh 5 botol tapi tak dapat. Saya hantar 3 botol sahaja waktu pagi, tengahari saya balik hantar lagi 2 botol, kadang kala ada meeting tak dapat lah saya balik rumah, dan anak saya terpaksa berlapar susu hanya makan bubur dan air kosong sahaja. Malam pula saya tidak mengepam, semangat hilang dek kepenatan dengan urusan seharian. 

Saya cekalkan hati juga, dengan kata-kata mak saya 'kesian ilman', saya bagi juga susu formula lactogen 2 (sama brand dengan abg haq). Tapi sehingga kini ilman masih menyusu badan, dan saya masih bekalkan lagi susu badan cuma di rumah pengasuh, ilman akan minum tambahan 2 botol susu formula. Jadi persoalan perlukah susu formula untuk anakku.. Ya, memang perlu. 

Semestinya susu ibu itu adalah yang terbaik untuk anak dan susu formula adalah alternatif lain bagi memberi nutrisi kepada anak kecil yang kurang mendapat susu dari ibunya

Alkisah perjalanan penyusuan anak ke dua ini. Walau apapun saya bersyukur, ilman menyusu sepenuhnya sehingga berusia 10 bulan, Sewaktu anak sulung, Abg Haq menyusu badan sepenuhnya hanya 20 hari sahaja.

Kegagalan penyusuan susu ibu sepenuhnya bukan kerana susu sikit, susu cair, buah dada kecil, perah dapat sikit, anak tak nak hisap puting, TAPI adalah disebabkan ibu itu sendiri. Jadi, dikesempatan ini saya menyeru supaya ibu berkerjaya, sediakanlah mental dan fizikal untuk melakukan penyusuan susu ibu ini. Jangan kita anggap remeh dalam menyusukan anak ini. 

Sekian sahaja coretan untuk hari ini. Semoga kisah ini menjadi panduan dan sempadan dalam kehidupan seharian. Amin. Wasalam

Pengedar Sah Shaklee
id 866973
019-6609951
emy_2912@yahoo.com.my