Friday, September 5, 2014

Anak aktif, Abg haq kini berusia 3 tahun

Friday, September 5, 2014,9:10 AM |
Alhamdulillah, semalam adalah hari lahir Muhammad Haq Uqasha yang ke 3 tahun. Happy birthday sayang, moga jadi anak soleh ye. Anak aktif, cergas dan pintar ni mempunyai banyak kebolehan di usia 3 tahun ni. Antaranya Abg Haq dan pandai bawa basikal (roda tiga), pandai jaga adik (pegang kaki supaya tak jatuh katil), pandai buang air besar di tandas, tidak lagi memakai pampes (tapi nak tidur saya akan pakaikan), sungguh kuat semangat, kalau berebut mainan tu memang tak mengalah, kalau demam pun masih lagi aktif bermain, kalau pergi taman permainan sejam pun belum penat lagi, sedikit sensitif (merajuk), pandai mengalah dengan adik kalau kene dengan cara pujuk nya. Salah satu caranya, umpan dia dengan bagi vitamin sebab Abg Haq suka makan vitamin. 

Abg haq seorang yang takut dengan gelap & guruh seperti mamanya, berani pegang cicak & katak & sedikit baran seperti ayahnya. Budak-budak sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap ibu bapanya kan. Jadi memang saya berazam untuk menjadi contoh yang terbaik pada anak-anak saya. Moga Allah beri saya kekuatan fizikal, mental untuk mendidik mereka dengan cara yang terbaik. Moga anak aktif, cergas, hebat ini akan membesar menjadi khalifah terbaik di bumi Allah ini. Amin

Itulah sedikit sebanyak perkembagan Abg Haq di usia 3 tahun ini. Sejak usianya 1 tahun, saya memberinya Chewable Vit C, Omega Guard dan MealShake Shaklee. Alhamdulillah perkembangan tumbesarannya berjalan dengan baik. 

Dan gambar di bawah ini cerita semalam, makan dan bermain-main di Tesco Melaka. Lihat perangai anak aktif ini, baring atas meja kedai Secret Resepi. Itu belum lagi dia berdiri menjerit dan ketawa berdekah-dekah atas meja.  Adehhhhh anak oh anak. Akhirnya saya bawa dia keluar jalan-jalan sementara tunggu makanan sampai. 




Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka. Sekiranya anda berada di sini dan ingin COD vitamin shaklee, boleh hubungi saya di 019-6609951. Begitu juga dengan mereka yang di Luar Melaka, jom hubungi saya untuk konsultasi dan order vitamin, Abg posmen ada, jadi tak perlu risau ye. Email saya di emy_2912@yahoo.com.my