Monday, August 18, 2014

Bercuti ke Pulau Tioman

Monday, August 18, 2014,4:13 PM |
Assalammualaikum dan selamat hari raya.. cewah.. masih dalam mood raya lagi ke. Ya allah, berkurun aku tak update blog.. eh ye ke.. 

Apalah dak hanie ni, ni kan blog untuk vitamin-vitamin shaklee, kenapa pula ada termasuk gambar bercuti ke Pulau Tioman pula ni.. hehehehe.. Jawapannya sebab saya takda blog personal untuk saya abadikan gambar-gambar ini, jadi saya pun dengan suka hati mengupload lah gambar bercuti ke Pulau Tioman saya disini. 

Rasa best sangat dengan aktiviti snorkeling di Pulau Tioman ni, dapat tengok banyak ikan dan isi-isi bumi di dalamnya. Alangkah indah ciptaan Allah, terasa tenang berasa di tengah lautan. Aisyyyy.. memang teruja lah.. best sungguh. 






Tempat : Pulau Tioman
Tarikh : 31 Julai 2014
Kos perbelanjaan 3 hari 2 malam lebih kurang 4 ribu untuk 10 dewasa dan 2 kanak-kanak
Kalau nak pergi dinasihatkan tengok ramalan cuaca terlebih dahulu ye sebab masa kami nak balik, angin serta ombak kuat pun melanda, nasib kami dalam perjalanan pulang ke Jeti Tanjung Gemok.

Pesanan penaja, jangan lupa bawa vitamin shaklee untuk penambah tenaga sebab memang kepenatan selepas melakukan aktiviti berendam dilautan, rasa macam tak bermaya, nak berjalan ke tempat makan pun longlai. Vitamin untuk kulit pun penting juga sebab kulit akan rase kering, jadi bila konsisten makan vitamin, cepatlah kulit kita pulih nanti. 

Sekian wasalam.

Jom order online -> Vitamin Shaklee