Tuesday, July 15, 2014

Khasiat buah naga dan smoothies sweet pinky

Tuesday, July 15, 2014,10:02 AM |
Buah naga yang cantik molek bukan sahaja sedap dimakan malah kaya dengan pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan badan.

Kajian mendapati ia kaya dengan kandungan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium  yang lebih baik berbanding buah-buahan import.

Buah yang berasal daripada keluarga cactacea dalam spesis pokok kaktus itu juga baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia membantu memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam darah.


Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1(mengawal kepanasan badan), vitamin B2(menambah selera makan), vitamin B3(menurunkan kadar kolestrol) serta vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit dan mencegah jerawat. HM140714

Kini dipasaran terdapat dua jenis buah naga iaitu yang isinya berwarna merah dan putih. Ia boleh dimakan begitu sahaja dan isinya manis seperti buah kiwi. 


Resepi smoothies sweet pinky dari HANIE
1 Biji Buah Naga
1/2 Cawan Yogurt
2 Sudu ESP Shaklee
1 Sudu Mealshake Shaklee
1 Cawan Fresh Milk
Sedikit gula
Semangkuk ais sesedap rasa

Blenderkan semua diatas dan hasilnya pasti yum yum.. Sangat segar bila minum waktu berbuka puasa dan pastinya anda kenyang lebih lama. Selamat mencuba!!!

Klik sini untuk order --> smoothies sweet pinky