Thursday, June 19, 2014

Punca lelah/semput/asma kepada baby

Thursday, June 19, 2014,8:25 AM |
Nak panggil lelah ke semput ke asma ke.. apa-apa je lah kan.. Tajuk entry kali ini ditulis sebab baby ilman kene asma. 

Al-kisahnya begini....

Mungkin perjalanan kami yang jauh dari Kedah ke Melaka, berehat sehari di rumah dan meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi, Johor membuatkan baby ilman penat, dengan perubahan cuaca dan tempat, maka singgahlah en.demam. Pada ketika dah baik demam selesema, berjangkit pula pada Abg haq selesema dan batuk. Dalam seminggu tu berjangkit pula batuk pada baby ilman. Emmm.. berbalik-balik pula penyakit ni. Kesian tengok baby ilman batuk keras, bawa ke klinik dan bagi makan ubat. Setelah 3 hari batuk bermulalah episod lelah/semput/asma kepada baby ilman.

Waktu pagi, seperti semalam nafas baby ilman berbunyi lebih jelas. Nafasnya laju macam orang penat dan sememangnya saya betul-betul ingat baby ilman penat kot menyiarap dan mengemop satu ruang tamu rumah kejar mengejar abg haq. Jadi saya lebih banyak mendokong baby ilman. Hampir ke waktu tengah hari baby ilman makin tidak aktif dan masih penat walaupun tidak banyak bermain dan lebih berdokong. Hati seorang ibu dah terasa lain macam, tak sedap hati ni, kenapa ni. Ikutkan hati nak bawa baby ilman pergi klinik sekarang tapi oleh sebab petang tu nak balik ke Melaka, jadi diputuskan untuk bawa baby ilman ke klinik masa dalam perjalanan keluar nanti. 


Untuk pengetahuan semua, masa di Kota Tinggi saya menetap di perkampungan Orang Asli Sg. Layau. Agak jauh ke dalam kebun. Nak ke klinik dalam 10km atau lebih. Memang dah tak sedap hati dah ni, bila dokong baby ilman je bergenang air mata, ya allah kenapa anakku ni ya allah. Masa tu saya masih tak dapat kenalpasti kenapa dengan baby ilman. Bila waktu zohor, saya cakap memang tak boleh tunggu petang sebab baby ilman semakin lembik, tak boleh nak angkat tangan. Saya dan emak segera bersiap dan terus memecut ke klinik, waktu hujan lebat. Tiba di satu klinik swasta terasa lega sangat. Cepat-cepat ambil baby ilman masuk ke dalam klinik, tapi dugaan allah kan, pembantu klinik tu kata 'doktor masuk pukul 4'... ???!!!!

Masyaallah.. macam mana ni. Ni je lah klinik yang mak saya tahu.
Hanie :  'Macam mana ni mama, takda doktor'
emak : 'Habistu nak tunggu ke, ni je klinik yang mama tau'
Hanie : 'Takpe lah kita gi klinik kesihatan ikut signbord'

Alhamdulillah, allah mudahkan urusan kami. Kami jumpa Klinik Kesihatan Felda Semencu 5 beberapa minit kemudian. Ada 3 orang pesakit je kat dalam tu, mujur ilman didahulukan. Doktor cakap' dah teruk dah baby ni'. Baby ilman dipasangkan dengan penyedut udara (xtau nak panggil apa benda ni). Sekali diletak air supaya laluan pernafasan berjalan lancar namun tiada kesan. Bagi lagi sekali penyedut udara tu, kali ni dia letak sabutamol (ye tak ye la aku eja ni kan) Doktor pesan bila jadi balik silalah cari klinik atau hospital yang berdekatan.
  
Kulit gatal, kurap oh tidak!!!   

Dalam perjalanan pulang ilman kene lagi, dan kami terus ke Hospital Besar Melaka pada pukul 9 malam dan dimasukkan wad pada pukul 1 pagi. 

3 Hari dihospital ilman makin aktif walaupun setiap kali nak pakai penyedut udara tu memang akan nangis. Bukan sebab sakit tapi mungkin tak selesa akibat asap-asap yang keluar tu kan.

Doktor kata punca lelah/semput/asma bayi ilman ni adalah akibat jangkitan kuman dari batuk yang dialami. Emm.. lepas ni saya dah tau macam mana baby kene asma.

Sebenarnya banyak lagi kisah di hospital tapi kesuntukkan masa pula nak cerita. Takat ni je lah ye.. Mohon doa para pembaca untuk Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz. Semoga allah jauhkan penyakit ini dari melekat pada baby ilman. Amin