Tuesday, May 6, 2014

Melatih anak tidak pakai pampes.

Tuesday, May 6, 2014,8:00 AM |

Saya dalam proses melatih anak sulung saya Muhammad Haq Uqasha untuk tidak memakai pampes. Kini abd haq berusia 2 tahun 7 bulan, mula-mula rasa macam Abg Haq kecik lagi tapi bila ada kawan yang bagi tahu anaknya usia 2 tahun setengah tak pakai pampes lagi, tu yang besemangat nak melatih abg haq.

Hari pertama
Mama : Abg Haq dah besarkan, tak payah pakai pampes la ye.
Abg Haq : Dengan senyum simpulnya itu, haaaa tak yah atai pampes.
Mama : Nanti Abg Haq nak kencing Abg Haq cakap dengan mama tau.
Abg Haq : Haaa, ok (senyum sebab sukalah tu, macam orang besar la katakan)

5 minit tanya, 10 minit, 15 minit, mama bagi tahu 'nak kencing cakap dengan mama tau'. .okeh nampaknya proses melatih abg haq berjalan dengan baik. Mama pun buat lah keje kat dapur. Bila dah puas memain Abg Haq buatlah menyebuk kat dapur, membebel dengan pelatnya sambil mama menyiang ikan, tetiba basah je kat lantai. Mama pula terlupa, siap tanya Abg Haq, kenapa basah ni, rupanya terkencing. Mama pun ok.. xpe lah abg, nasib kat dapur kan.

Hari kedua
Mama : Abg Haq dah besarkan, tak payah pakai pampes la ye.
Abg Haq : Tak yah atai pampes.

Seperti biasa, 5 minit, 10 minit, 20 minit mama ingatkan Abg Haq supaya kalau nak terkencing cepat-cepat bagitau mama. Emmm.. basah juga lantai kat ruang tamu, Abg Haq leka memain sampai terlupa nak bagitau. Mama terasa agak penat untuk melatih Abg Haq tak pakai pampes sebab kencing kat ruang tamu, fuhhhh banyak kerja nak mengemop 2, 3 kali supaya betul-betul bersih. Tapi tak pe, mama gagahkan juga untuk melatih Abg Haq.

Si hensem buah hati mama

Hari Ketiga
Mama : Abg Haq dah besarkan, tak payah pakai pampes la ye.
Abg Haq : Tak yah atai pampes.

Pendekkan cerita abg haq tertidur dan terkencing atas tilam. Fuhhh berpeluh-peluh membelakan kencingnya itu. Lap kan atas tilam dengan air sabun, air bersih akhir sekali curahkan dengan air panas (buat kat ruang tamu sebab berat nak angkat tilam), mop lantai 2, 3 kali. Lepastu kata dengan abg haq, 'abang pakai la pampes'..

Mama pun buat keputusan untuk tunda latihan abg haq. huhuhu.. Mungkin abg haq kecil lagi tapi takpe, mama akan gigihkan untuk melatih anak mama ni ye. 

Omega guard untuk kanak-kanak  
Berminat untuk mendapatkan vitamin shaklee boleh hubungi hanie di 019-6609951. Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.