Monday, May 5, 2014

kulit putih dan cerah dengan diet kaya soya

Monday, May 5, 2014,12:25 AM |


Sebahagian besar keperibadian wanita di kawal oleh hormon estrogen. Secara semulajadi perubahan tahap estrogen membantu pembesaran anak gadis menjadi wanita muda bermula dari kitaran haid mereka yang pertama.

Selepas melepasi tempoh usia untuk melahirkan anak, tahap estrogen akan berubah lagi apabila wanita mendekati fasa pra-menopaus iaitu anatara 35 hingga 55 tahun.

Apabila paras estrogen berubah, wanita akan mengalami kemerosotan sel kulit yang menyebabkan penghasilan kolagen dan elastin semakin perlahan dan perubahan mula berlaku seperti kulit kering, garis halus dan kedutan.

Payudara turut mengalami kemerosotan menyebabkan perubahan bentuk, saiz dan keanjalan. Ramai wanita yang tidak mengetahui paras hormon yang turun naik juga menyebabkan tulang menjadi lemah.

Tanda biasa termasuk pengurangan kekuatan cengkaman tangan, penyusutan gusi, kuku yang lemah dan rapuh, kekejangan kaki, keretakan tulang, kehilangan ketinggian badan dan tulang belakang yang bengkok.

Pic credit to beautyandgroomingtips.com
 
Secara genetiknya, wanita asia mempunyai kekuatan tulang yang rendah kerana rangka mereka lebih kecil. Kira-kira 90% orang asia juga tidak tahan dengan lactose yang ada dalam produk tenusu.

Ini menyebabkan mereka mengelakkan pengambilan makanan tinggi kalsium. Gaya hidup moden seperti merokok dan pengambilan alcohol turut mempercepatkan proses kelemahan tulang.


Wanita jepun dan korea terkenal dengan kulit mereka yang putih dan cerah kerana mengamalkan diet tinggi kandungan soya seperti tauhu, nedamame dan miso. Mereka sering melalui proses perubahan hormon dan proses penuaan yang bebas daripada masalah hasil dari pengamalan diet kaya soya.

Penyelidik sains mendapati sebab utama wanita asia yang mengamalkan pengambilan soya yang tinggi mempunyai kulit cantik kerana kewujudan bahan dalam soya dipanggil isoflavon soya. Isoflavon soya adalah sejenis fitoestrogen, unsur tumbuhan yang mempamerkan cirri estrogen.

Berikutan itu, fitoestrogen – anti oksidan semulajadi yang dipanggil genistein berupaya meniru sifat estrogen untuk memberikan penyegaran pada kulit, payudara dan tulang serta meningkatkan keyakinan diri. Sel kulit diaktifkan untuk menjana semula kolagen dan elastin supaya kulit dan payudara kelihatan lebih muda dan anjal. Kulit menjadi lebih lembap dan kelihatan muda.


Sel tulang yang mengalami penuaan juga dirangsang oleh isoflavon soya yang membantu meningkatkan aktiviti pembinaan tulang sementara mengurangkan kehilangan jisim tulang apabila tahap estrogen semakin merosot.

Sumber : 27 MAC 2014 HM

Ha, dah tahu kan kenapa soya amat-amat digemari. Tapi jangan salah pilih pula ye sebab sekarang banyak sangat air soya yang ditambah2 dan tidak asli lagi. Jom dapatkan ESP Shaklee iaitu susu soya berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet, perasa, perwarna tiruan dan semestinya ESP dihasilkan dari bahan semulajadi. Inginkan maklumat lanjut mengenai ESP shaklee boleh hubungi saya di 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka