Tuesday, May 6, 2014

Ibu menyusu latih diri berpuasa di bulan rejab

Tuesday, May 6, 2014,1:02 AM |
Coretan 5 May 2014

Harini dapat puasa sehari penuh. Alhamdulillah. Sejak bulan puasa tahun lepas (dapat puasa penuh) hingga lah bulan rejab ni, baru harini lah saya berpuasa. Terasa rindu nak berpuasa, yehhh tak lama lagi nak bulan ramadhan, tapi yang pastinya tak puasa penuh lah.

Ilman hampir berusia 7 bulan, harini hari pertama berpuasa sebagai ibu menyusu badan. Apakah beza ibu biasa dan ibu yang meyusu badan semasa bulan puasa ye. Seperti mana yang kita tahu ibu menyusu badan memerlukan lebih kalori daripada ibu yang tidak menyusu. Jadi kita akan rasa agak letih dan cepat lapar. Tapi takpa, dugaan itu meningkatkan tahap kesyukuran masa kita berbuka nanti. Terasa begitu nikmat. :)

Saya sangat bersyukur allah izinkan saya menyusukan ilman seperti biasa. Agak risau sebab siang hari kita tak makan dan minum, takut juga susu kurang ke susu cair ke. Saya serahkan pada Allah. Tapi alhamdulillah susu saya seperti biasa, ilman pun takda lah merengek sebab kurang susu ke apa ke. Semuanya berjalan dengan lancar. Bila kita mulakan sesuatu dengan niat insyaallah, allah permudahkan.

Bermula bulan rejab ni boleh la kita mula latih diri, siapkan diri untuk berpuasa penuh di bulan ramadhan. Puasa sunat isnin khamis, rasanya sangat membantu ibu-ibu menyusu macam saya. hihihi


Rahsia kekal bertenaga di bulan puasa

Jom dapatkan vitamin yang membantu anda kekal cergas walaupun berpuasa. Berminat untuk mendapatkan set berpuasa atau vitamin shaklee yang lain. Boleh hubungi saya di 09-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka.