Thursday, May 8, 2014

Alahai kecewanya bila stok susu ibu cair

Thursday, May 8, 2014,1:00 AM |


Agak kecewa apabila stok susu ibu yang disimpan selama sebulan di dalam frezer cair begitu saja. Alahai.. apa nak buat, bukan rezeki ilman nampaknya. Walaupun hanya 4 botol tapi frust juga lah.

Angan-angan bila jadi suri rumah 3 bulan ni nak buat stok susu ibu banyak-banyak, nanti dah naik kerja senang sikit, boleh mengelat waktu mengepam nanti. Nampaknya allah lebih mengetahui, Dia nak saya lebih berusaha untuk memenuhi permintaan baby ilman.


Masa mula-mula datang en.suami dah warning saya, ‘ayang tak payah la pam, peti ais kan kecik je, nanti tak muat nak letak barang’ tapi saya kan degil sikit, nak juga pam.. ni lah hasilnya. Hihihi

Stok susu ibu yang telah cair terpaksalah dihabiskan dalam masa 24 jam tapi rasanya tak bagi kot kat ilman sebab susu fresh mama kan ada. Jadi terpaksa buang la jawapnya.


Bagaimana stok susu ibu itu boleh cair ye?
Peti air satu pintu, apabila ais yang melekat kat dinding bahagian freezer dah tebal, kita kene cairkan dengan menekan satu butang tu, jadi semua benda lah cair.

Kesimpulannya janganlah beli peti ais satu pintu, beli lah yang 2 pintu. Hihihi.. boleh tak macam tu. Sekian, wasalam.

Berminat untuk membuat bisnes dengan shaklee, tak perlu modal besar, hanya rm75 sahaja, anda dapat menjana pendapatan sehingga 4, 5 angka. Segera hubungi saya untuk maklumat lanjut. hanie 019-6609951 / email saya di emy_2912@yahoo.com.my