Tuesday, April 8, 2014

Makanan pejal yang pertama untuk ilman

Tuesday, April 8, 2014,1:00 PM |
Semalam adalah hari pertama saya menyediakan makanan pejal (solid food) untuk baby ilman yang lagi 7 hari nak masuk umur 6 bulan. Mulakan awal sikit ye. Alhamdulillah saya sangat-sangat lah bersyukur kerana dapat menyusukan ilman secara exclusive dengan susu ibu.. yeehhh hanie, anda berjaya.

Sebenarnya saya telah lama diasak oleh orang disekeliling saya untuk berikan ilman nestum la, bubur la seawal umurnya 3 bulan, nampak tak berapa lama saya bertahan. Mereka kata ilman tak cukup susu la lapar la blablabla. emmm.. kalau nak ikut logik takkan la ilman yang bam bam tembam tu tak cukup susu, tengok je la saiz badan dia. huhuhu.. ok la, abis cerita full stop.

Untuk makluman, masa anak sulung saya bagi abg haq nestum je, huhuhuhu.. bila dah besar sikir baru bagi makan bubur dan biskut. Jadi memang saya pening sikit, puaslah berwasap dengan kawan-kawan, siap google cara buat puri lobak la, puri kentang lah, akhirnya saya buat bubur kosong je dulu. Tapi saya tak blender sebab saya dah masak bubur tu 4 jam.. hahahaha.. dasyat tak saya, asyik tambah air je, dah naik hancur dh jadi tak yah lah blender. 

Inilah hasilnya. tara...Comot momot ilman makan, mula lah dia buat muka pelik, hihihi